Monday, September 3, 2012

salam perkenalan, salam sayang! :))

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang cantik dan kacak.. semoga kita semua didalam lindungan ALLAH swt selalu.. alhamdulillah hari ini saya berjaya membuka satu blog baru bagi menggantikan blog saya yang lama. blog ini saya khususkan tentang perjalanan hidup saya di kota suci makkah al mukarramah. sebagai ingatan ataupun kenangan untuk saya dan keluarga saya, untuk keluarga mahupun rakan-rakan yang berminat mengetahui tentang keluarga saya di sini. juga untuk keluarga terdekat yang merindui kami.. semoga coretan-coretan disini sedikit sebanyak dapat mengubati rindu kalian terutama sekali pada si cantik rania athira oh ya, tidak lupa juga kepada kenalan baru saya disini. terima kasih kerana sudi membaca. semoga kita dapat membina ukhwah yang bermanafaat dan berkongsi cerita.

untuk coretan saya yang pertama ini lebih manis jika saya menerangkan banyak persoalan yang bermain-main ataupun mungkin pernah terlintas di fikiran anda semua. persoalannya pasti berkenaan kehidupan saya di sini bukan? kemana-mana saya pergi ataupun dengan siapa saya berjumpa pasti akan ada soalan yang hampir sama keluar dari mulut mereka. bagaimana saya boleh tinggal di makkah. saya tinggal disini kerana mengikut suami di atas tuntutan kerjaya beliau. alhamdulillah suami saya terlibat dengan project pembesaran masjidilharam. sudah hampir 2 tahun saya di sini. di sebuah kota suci yang penuh dengan seribu macam perbezaan kehidupan! sudah hampir 2 tahun barulah saya betul2 serius untuk mencoretkan perjalanan kehidupan saya di sini. kenapa? entahlah. saya pun tak boleh menjawab soalan itu. haha.. setakat ini saya masih menjalani rutin kehidupan yang sama sejak setahun yang lalu. cuma, pengalaman dan kenangan yang bertambah. tinggal di sini memberi saya peluang berjumpa ramai kenalan tidak mengira pangkat dan usia.. tidak kurang dapat mngeratkan hubungan sesama kawan2 dan keluarga. mungkin dahulu rakan-rakan yang kurang akrab menjadi bertambah rapat dengan berkat kehidupan di tanah haram. mashaALLAH. pengalaman begitu membuatkan rentetan kehidupan saya di sini menjadi lebih bermakna dan manis untuk di kenang. :) terima kasih kepada semua keluarga dan sahabat yang sudi untuk menghubungi dan menemui saya di sini.. saya sangat hargai.. saya meminta saya untuk mendoakan kalian alhamdulillah juga telah saya tunaikan.. hanya ALLAH sahaja yang mampu memenuhi semua permintaan kalian. amin3..

masih tidak terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri buat semua! ampun dan maaf atas segala silap dan salah. saya masih dalam mood raya sebab baru sahaja pulang bercuti ke malaysia selama 2 bulan! bila kembali saya terlalu rindu pada keluarga di malaysia. inshaALLAH berjumpa lagi pada coretan akan datang.. salam sayang dari saya dari makkah al mukarramah.. love u all~~

gambar sebelum tawaf hari rabu minggu lepas.. jemaah umrah kebanyakkan sudah pulang. tidak lama lagi jemaah haji akan tiba. musim haji sudah bermula... labaikkallahhummalabaik.. !


1 comment:

  1. Assalamu`alaikum.. salam perkenalan..
    Masnira, akak terjumpa blog ni.. and well, sangat tertarik.. semoga kita boleh jadi kawan and akak nak dengar cerita baaanyak dari Masnira.. :) ilal liqo'..

    ReplyDelete