assalamualaikum pembaca sekalian... semoga dalam lindungan ALLAH swt selalu...
hari kedua haji, kami baru pergi melontar di jamrat (mina). semalamnya di hari pertama haji, kami bertahalul awal selepas tawaf ifadhah dan saie.. jadi di hari kedua haji kami perlu melontar sebelum masuk waktu maghrib. bukan senang. :) bila dah dapat tidur dengan badan yang kepenatan setelah berhempas pulas di hari pertama, kami perlu memaksa diri untuk bangun seawal jam 10 pagi supaya dapat bersiap2 untuk melontar. kami perlu keluar dari rumah selepas waktu zohor supaya kami sempat melontar sebelum waktu maghrib. alhamdulillah, mr dada yang bangun dulu menyiapkan makanan untuk saya dan rania. (bertuah punya isteri.) :p credit tu mr.dada sebab buatkan kami nasi+ayam goreng yang sedap sebelum melontar hari tersebut! sempat saya berseloroh. "eh, hari ni hari raya kan? kita makan ayam goreng dengan nasi je?" hehe... alhamdulillah rania agak senang juga bangun setelah dikejutkan. selalunya kalau tak cukup tidur memang liat nak bangun. :) dan bersyukur kami masih berpeluang balik dan tidur di tempat yang selesa berbanding jemaah haji lain yang mungkin kurang bernasib baik mungkin tidur di khemah yang tidak selesa. ada juga yang tidak berkhemah tidur ditepi2 jalan raya atau di mana sahaja yang ada ruang!
kami bertolak dari rumah ke Mina lebih kurang pukul 2 petang. seperti dijangkakan jalan jam teruk! terlalu sukar untuk mendapatkan parking. rasanya 2 jam setengah juga kami terperangkap dalam jam. setelah parking kereta, kami menyempurnakan solat asar di masjid berdekatan sebelum memulakan perjalanan ke mina. masih perlu berjalan lebih kurang 2km untuk sampai ke tempt melontar. itu pun dah bersyukur sangat kerana tidak perlu berjalan lebih jauh dari itu.
berjalan dengan melihat bermacam2 panorama dikawasan mina memang membuatkan perjalanan terasa sekejap. permandangan diwaktu haji memang tersangat istimewa. kawasan mina yang berada di dalam aziziah itu sebenarnya tempat yang hampir setiap hari kami lalu. tetapi, musim haji menyebabkan kawasan itu berubah kepada tempat yang saya sendiri kadangkala terasa seperti berada di sebuah tempat asing. susah untuk dijelaskan. hanya yang pernah merasai pengalaman haji itu akan memahami. kita akan melihat ragam & kerenah manusia. walaupun kita semua ketika membuat haji adalah sama di sisi ALLAH! tidak ada pangkat dan darjat yang dapat membezakan kita. namun, di Mina kita akan dapat melihat orang2 yang berpangkat akan tinggal di tempat yang selesa.. khemah yang besar disempurnakan dengan aircond. khemah pula sangat dekat dengan tempat melontar. tetamu2 di raja pula tinggal di dalam istana di atas bukit kawasan Mina. pakej yang sederhana jauh sedikit. berjalan lagi jauh. dan kurang kemudahan di dalam khemah. pakej yang lagi murah, lagiiiiiiiiii jauh perlu berjalan. kami yang tiada pakej ni?? faham2 sendiri la. hehe... ;) tetapi itu semua bukan penghalang untuk mengerjakan ibadah dengan sempurna kerana hak2 haji mabrur itu di tangan ALLAH swt. yang penting tawakal dan redha. pada pendapat saya, perjalanan dari parking kereta ke jamrat adalah sebuah perjalanan singkat yang menginsafkan.............................
cukup dengan penjelasan di atas, saya akan leraikan big question mark di minda anda dengan gambar yang sempat saya ambil sepanjang perjalanan saya melontar dan mabit di mina nanti ya. :) alhamdulillah kami sempat melontar sebelum masuk waktu maghrib. seingat saya selepas habis je melontar masuk waktu maghrib! kemudian kami mencari2 tempat untuk mabit sehingga setengah malam. bab nak cari tempat untuk mabit ni pun challenging juga. bukan semua tempat jemaah haji macam kami ni boleh duduk. silap parking kena halau dengan polis. itu belum masuk bab menggangu laluan untuk jemaah haji yang lain pergi melontar. tidak lama kemudian kami mendapat tempat yang agak selesa.. dengan bantuan ustaz rashid dan 2 lagi rakannya. tidak lama kemudian datang pula keluarga haji arshad. agak meriah 'port' kami dengan kehadiran mereka. :) sejak tahun lepas, mabit memang memberikan pengalaman yang manis. terutama kanak2... picnic muslim tahunan!
sepanjang laluan kami untuk ke jamrat..
kadangkala terasa seperti berjalan di atas sampah!
selepas melontar terjumpa pak cik ni yang terbaring di laluan orang ramai. mungkin tidak sihat..
mabit di atas bukit..
jamrat..
port 'picnic beramai2 kami..'
ustaz rashid..
bercukur selepas melontar..
haji arshad baru sampai..
princess kepenatan ni baru bangun tido. kena paksa makan..
menggengdong anak..
mabit berdekatan dengan org2 arab ni. tidak pasti dari mana...
tidak jauh dengan al-baik. mabit sambil makan al baik itu heaven!. :)
solat..
sekian dari saya... to be continue...
salam sayang,
Rindu perjalananan haji saya tahun lepas. As Salam Hajjah, sy Shamizah Affendi dari Kuantan.. berpelung mengerjakan haji bersama ibu pd tahun lps.. sepatutnya pergi bertiga tetapi perancangan Allah ternyata berbeza dari kita manusia biasa. Apa2pun, perjalanan haji adalah sgt berbeza dgn perjalanan2 umrah sy pada tahun2 sebelumnya.. setiap hari dihambat rasa rindu yg sgt dalam pd Baitullah . setiap solat sy berdoa semoga dijemput lagi menjadi tetamu Allah. dan sekarang sdg menghitung hari utk mendaftar haji semula slps 5thn.. hampir setahun berlalu, so sy masih ada another more or less 4yrs to go to re-register. Salam perkenanlan. semoga sentiasa dilimpahi kurnia utk Hajjah sekeluarga. In Sha Allah, Aameen
ReplyDeleteI really enjoyed your blog, thanks for sharing
ReplyDelete