Monday, November 12, 2012

suamiku..



Dialah suamiku...,
walau sukar mengukir senyuman untuk orang lain,
dia masih tersenyum untukku.
suamiku,
yang berjaya membimbing dengan kesabarannya, dengan katabahannya.
suamiku,
yang tetap juga dia disitu 
walau yang menghina aku.
isterimu tidak menghargaimu!
isterimu pendosa!
isterimu tidak menutup aurat!
tidak malukah kamu?
tetapi....
dia masih mampu tersenyum
dia berkata, hidayah itu ditangan ALLAH..
hanya DIA yang mampu menghadiahi isteriku dengan hidayah.
bukan dari kamu.
itulah dia suamiku!
dalam doanya aku pasti tidak pernah lelah mendoakanku..
supaya aku dapat merasai hidayah ALLAH itu...
tidak pernah mengenal erti putus asa.. 
malah dia menyokong setiap tindak tanduk.
tetapi beralas dengan doa.
dalam usaha dia tawakal..
suamiku..,
hari ini meninggalkan semua benda hanya kerana aku.
walau tidak terucap aku tahu & hargai kasih dan pengobanan itu.
kau masih terus tetap jua disitu
dalam tidak sedar kau memberikanku kekuatan itu.
ya, aku tahu kamu juga lelah 
aku mengerti jasadmu lemah
namun semangatmu kuat!
bertahanlah, tetaplah kau disitu..
tanpa kamu, aku juga turut gundah.
tiada kata.
hanya ini. 
nukilan aku untukmu.
aku ingin kau tabah.
bertabahlah.
Tuhan itu selalu bersamamu.
kerana kau suami soleh.
kerana kau dianugerahi ALLAH isteri penuh kekurangan.
kerana aku yakin ALLAH tahu mengapa aku. 
jangan pernah kau tewas.
kerana masih banyak yang aku perlu darimu! 
aku yang hari ini hanya untukmu.
redhakan aku.




4 comments: