assalamualaikum....
lama saya tak update blog. cerita perjalanan haji saya juga tergendala. sebabnya? busy menjaga diri sendiri, si kecil rania dan mr.dada yang demam secara bergilir2 macam pass baton. :) bermula lepas haji saya dan mr.dada je yang demam. rania ok. kemudian rania. teruk juga. mujur bonda & dada dah baik demam masa rania demam. lepas bawa ke hospital. alhamdulillah rania dah pulih sepenuhnya. berat badan rania susut sgt. sekarang tgh dalam proses menaikkan semula.
yang paling tak best, weekend ni mr.dada pula tak sihat. alkisahnya, minggu ni dah plan nak pergi bercuti. dekat2 sini je. di kawasan pantai. obhur. tetapi, rabu yang lepas mr.dada balik office dengan keadaan yang tidak sihat. berlanjutan hingga hari khamis dan jumaat. hari jumaat sakit telinga pula. maka memang cancel la plan nak bercuti. nasib baik belum book hotel. bila mr.dada sakit, saya rasa memang useless sangat! nak tolong bawa ke hospital pun tak boleh nak drive. so, kena tunggu mr.dada agak stabil untuk drive baru boleh ke hospital. di hospital pun semua urusan kebanyakkan dilakukan oleh orang lelaki. itu belum masuk masalah komunikasi. saya temankan mr.dada ke hospital. apa yang boleh saya buat hanya memastikan beliau ok ketika driving then tunggu dan tengok. huhu. sedih pula rasa hati. doakan kesihatan kami sekeluarga kembali pulih ya. nanti saya update kronologi haji yang tetangguh tu. buat masa ni mood belum betul2 pulih.
Take good care..(^_^)
ReplyDelete