Thursday, December 27, 2012

yes,yes,yessssss!!

assalamualaikum my lovely readers!

alhamdulillah saya dah discharge dari hospital... entry ni nak buat review hospital tersebut boleh tak? tapi sebelum tu saya nak admit untuk semuaaa persoalan yang kerap berkunjung, menerjah saya lately nih. the question is... "eira, are u pregnant??" andddd today saya jawab dengan yakinya, yes,yes,yessss im pregnant my 2nd child! alhamdulillah.... :)) and its already 4 months. alhamdulillah again.....

kenapa sebelum ni saya agak berat nak menjawab soalan tersebut ya? alkisahnya begini... saya dapat tahu saya pregnant seminggu sebelum haji. seminggu sebelum haji! setelah saya memang bersungguh untuk buat haji.. jadi saya tawakal dan teruskan juga perjalanan haji saya walaupun mendapat tentangan dari orang terdekat. ye la.. very risky untuk early stage pregnancy. haji bukan satu perkara yang mudah.  mulanya mr.dada juga tidak berapa izinkan.. tetapi melihat kesungguhan saya, beliau sokong juga... alhamdulillah tidak ada banyak masalah sepanjang haji. seperti yang saya bagitu dalam entry perjalanan haji saya, saya makan kurma setiap setengah jam untuk memastikan tenaga terus ada. sehinggalah selepas tawaf dan saie pada hari pertama haji, saya bleeding. agak banyak... tetapi saya nekad teruskan juga pada hari kedua. selain berdoa supaya kandungan ini kuat saya tawakal dan serahkan 100% pada yang esa.. pada hari kedua saya sedikit down dan agak nervous. mr.dada juga begitu. kami berdoa dan terus berdoa supaya kandungan ini selamat. hanya DIA yang mengetahui. kami berserah pada ALLAH dan meletakkan 100% kepadaNYA kepercayaan. jika bukan rezeki kami walau macam mana pun pasti dia akan pergi juga. tetapi kalau ALLAH dah tetapkan bayi ini rezeki kami maka kami yakin dia akan selamat! akhirnya melontar pada hari terakhir iaitu semasa nafar awal, saya tidak teruskan dan wakilkan mr.dada untuk melontar. atas faktor keselamatan kandungan ini saya redha..

beberapa hari selepas haji saya berjumpa doctor dan alhamdulillah result ultrasound menunjukkan bayi sihat! cuma doctor nasihatkan supaya saya ambil hormon injection dan hormon pills untuk kuatkan rahim disamping bed rest selama 2 minggu. alhamdulillah selepas itu tidak ada masalah bleeding lagi. dan sehingga hari ini kandungan saya sihat dan normal. cuma, selepas pulang bercuti dari Malaysia hari tu saya salah makan dan muntah2 teruk. pergi hospital kenalah warded sebab dehydrated & low blood pressure. malam tadi saya dah discharge dan boleh berehat dirumah. :)

ok, saya nak review tentang hospital yang saya tinggal selama 2 malam tersebut. hospital alawi tunsi. saya rasa itulah satu-satunya private hospital yang agak bagus di dalam tanah haram. bagus2 pun banyak jugalah masalah sebab terlalu ramai orang mahu mendapatkan perkhidmatan di situ. saya tidak berapa pasti dengan hospital2 lain di dalam tanah haram. yang well known hanya pilihan yang ini. tetapi ada beberapa hospital yang bagus diluar tanah haram. atas sebab masalah insurans kami juga tiada pilihan lain melainkan hospital ini. kelengkapan dan doctor agak bagus tetapi pengurusan memang bermasalah. mungkin terlalu ramai orang. nak masuk wad pun kena tunggu giliran sebab bilik penuh. itu belum nak tunggu insurans approval lagi dan beberapa urusan lain. pendek kata, saya terpaksa tunggu hampir 12 jam baru dapat masuk wad! dan selama menunggu saya tidak diberi sebarang rawatan. memang dah lembik separuh mati baru dapat rawatan! fuhhh.. nasib baik rumah kami tidak jauh dari hospital. jadi suami menghantar saya pulang berehat sementara menunggu bilik kosong dan urusan selesai..




one of the suite room di hospital alawi tunsi..


2nd day lunch. big portion. mmg tak abis mkn sorang! 

nampak tak ada al-quran & sejarah disediakan di situ... :)

1st day lunch... breakfast terlupa nak ambil gambar.. :)

kena 6 botol drip utk 2 hari... :(


bosannya keeorangan... 


view aziziah makkah.. 

hari pertama rania kami tinggalkan dengan 1 of my good friend kat sini.. kak zie.. thnks to her and family sebab layan rania dengan baik sekali. mr.dada pun tak dapat cuti sebab baru je lepas bercuti panjang. its ok sebab saya tak lah dalam keadaan yang memerlukan sepenuh perhatian. dibawah jagaan nurses yang seriously sangat baik di sini pun dah cukup. hari kedua, rania tak mahu ke rumah aunty zie lagi. mungkin sebab 1st time ditinggalkan lama sangat. jadi dada terpaksa bawa rania ke office.. thanks to dada yang sangat understanding.. bawa juga rania ke tempat kerja walau terpaksa bekerja sambil melayan kerenah anak. lepas lunch hour dada meeting sambil memangku rania yang tidur. buat saya betul2 merasa kasihan pada keduanya...

ok lah, itu sahaja cerita saya.. nanti sambung lagi dengan topic lain pula. dah siap2 nak pergi bbq nih.. badan belum pulih sepenuhnya dah excited nak berbbq. :P salam sayang untuk semua dr makkah al-mukarramah..! byee.... :) 

12 comments:

  1. tahniah...:)..meriahnya makanan dlm wad..portion pun banyak...klu kat mesia senduuuu ja....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! :) mmg meriah... tp kalau xsihat makanan meriah mcm mana pun xde appetite nak makan... :(

      Delete
  2. Assalammualaikum,

    Tahniah.. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tahniah ye!

    moga mas dan keluarga sentiasa dilindungi olehNYa

    ReplyDelete