Tuesday, February 25, 2014

Sedekah..

Assalamualaikum...

saya pasti kepada sesiapa yang pernah sampai ke sini akan sedia maklum tentang betapa ramai orang yang meminta sedekah. daripada anak2 kecil sehinggalah ke tua tidak berdaya. baik lelaki mahupun wanita. macam2 cara, macam version. ada yang datang meminta dengan cara yang baik, tak bagi tak apa.. kalau bagi rezeki... ada yang datang merayu2 meraih simpati. tidak kurang yang memaksa! selagi kita tak bagi, selagi tu lah dia duduk depan kita tak bergerak! haha.. 

saya pernah terbaca ramai yang mencaci peminta2 sedekah ini. ada yang kata sindiket lah.. tidak kurang yang menasihati supaya tidak senang2 memberi sedekah! ya, saya tak nafikan saya juga pernah terdengar dan pernah melihat kanak2 yang disuruh meminta sedekah ini diperhatikan oleh supervisor2 mereka. biasanya supervisor mereka berumur dalam linkungan belasan tahun atau mungkin lebih tua. wajah mereka sangat garang dan suara juga kuat dan menakutkan. kasihan kanak-kanak yang dipaksa meminta sedekah ini. saya pernah melihat mereka dibawa naik lori beramai2 berhimpit2 diantara satu dengan yang lain. tiada langsung senyuman diwajah mereka. yang ada hanya wajah yang murung, ada juga yang kelihatan agak kasar tidak kurang yang boleh tertidur dalam suasana tidak selesa begitu. kita maklum mereka ini kadangkala sangat agresif ketika meminta sedekah. cara mereka memang akan memaksa. kadangkala kita nampak mereka menipu berpura2 seolah-olah tiada tangan atau kaki. ya, pasti menjengkelkan bila kita nampak akan penipuan itu. jika kita mula kasihan dan memberi sedekah akan datang yang lain mengejar mahukan juga jumlah yang sama. oh, sangat stress kalau dikejar dengan anak2 ini! rasa nak marah sangat2. tak bagi kasihan dah bagi macam ini pula jadinya, bukan? 

namun, dalam kita sedaya upaya menahan amarah serta memaki seranah kanak2 ini di dalam hati, pernah tak terdetik bahawa kanak2 ini tiada pilihan. lahir2 mereka sahaja sudah dipilih jalan hidup mereka untuk meminta sedekah. kadang kecil2 masih merah lagi sudah dibawa oleh ibu mereka untuk meminta sedekah. persekitaran mereka sangat-sangatlah kasihan. mana mungkin budak yang datang dari persekitaran begitu tahu akan adab meminta sedekah. mana mungkin kanak2 ini faham akan bagaimana melayan orang lain dengan penuh tatatertib jika mereka sudah biasa dengan persekitaran yang memaksa mereka untuk jadi kasar dan kurang adab! kasihan bukan. nasib orang lain2.. kita tidak tahu perasaan dan kesusahan anak2 ini dipaksa meminta sedekah di tengah panas. kadangkala mereka dikejar polis! ditangkap dan kadang2 dipukul. saya pernah melihat seorang kanak2 ni menangis merayu2 minta dilepaskan apabila tertangkap. 

Penulisan saya kali ini bukan untuk menyalahi kalian yang tidak memberi sedekah kepada mereka-mereka ini kerana tidak mahu sindiket2 seperti ini wujud. malah, sedekah itu adalah rahsia.. di antara kita dengan ALLAH. tangan kanan memberi, tangan kiri pun kalau boleh jangan tahu! tetapi, saya meminta supaya sedekah yang kita beri jangan kita ungkit. jangan kita memberi kemudian kita memaki orang yang meminta sedekah tersebut. berilah dengan ikhlas tidak kira siapapun yang kita sedekah. siapa tahu dengan sedekah itu yang dapat membantu kita untuk ke syurga nanti. tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. 

Teringat akan kisah saya ketika itu saya baru sahaja tinggal di makkah. mungkin dalam 4,5 bulan. selalu terkejut dengan orang2 yang meminta sedekah yang macam2 ragam ni. kemudian pada suatu hari datang seorang wanita ni di meja saya dan suami (ketika itu sedang makan bersama beberapa orang student umm qura). wanita itu meminta sedekah. dia menolak anaknya dalam stroller yang cantik. abayanya juga nampak bersih. tidak menujukkan ciri2 orang susah. kemudian suami memberi.. setelah wanita itu pergi saya merungut. kata saya "ey, tak nampak macam orang miskin pun!" terus salah seorang pelajar umm qura tadi menasihati saya. katanya apabila kita sudah memberi, janganlah merungut.. ikhlaskan dan niat hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata. jangan fikir dah dia nak buat apa dengan duit tu.. nak beli baju ke.. nak shopping ke.. itu urusan dia dengan ALLAH. kalaupun dia menipu itu juga dosa dia dengan ALLAH. siapa kita untuk menghukum! 

bersedekah ini saya rasa bukan menjadi budaya kita. kita selalu fikir, kenapalah orang tu tak nak kerja, nak minta sedekah je. entah2 dia jauh lebih kaya dari kita. entah2 dia tipu! tetapi orang2 di sini sangat suka bersedekah dan kebiasaanya sedekah mereka bukan hanya berbentuk wang semata. dari sekecil2 secawan air atau sebiji kurma sehinggalah benda2 yang mahal seperti kereta, rumah atau tanah untuk dibuat masjid! cara mereka bersedekah juga bermacam2.. biasanya kalau musim ramadan & haji senang untuk nampak orang yang bersedekah. mereka memberi bungkusan yang cantik penuh dengan makanan. mereka menghadiahi sejadah baru. meraka memberi persalinan yang baru.... masa musim haji selalu nampak lori2 bsar yang membawa makanan untuk sesiapa sahaja. biasanya ia datang dari orang-orang kaya. bungkusan mereka sangat cantik. makanan yang mereka bagi juga sedap2.. alhamdulillah... semoga ALLAH melimpahi rahmat dan memurahkan rezeki mereka. ameen.. 

ok kawan2... jom kita selalu bersedekah! bukan bersedekah bila banyak lebihan makanan sahaja, bukan sedekah baju2 yang sudah tidak boleh atau tidak mahu dipakai sahaja... apa kata kita beli yang baru, makanan yang sedap dan bersedekah supaya orang yang dapat itu tersenyum riang! ^_^ 





14 comments:

  1. salam,
    yer sangat betul atas catatan ini...
    ;-)
    thanx juga untuk reminder...

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Terimakasih atas ingatan.
    Mana gambar kat atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mam ju...
      gambar tu saya remove.. hihi....

      Delete
  3. Assalamualaikum Tn Hj,

    Itulah dugaan-dugaan yang dihadapi ketika berada di Tanah Suci Mekah maupun Madinah........Kesabaran yang tinggi perlu ada bagi menghadapinya..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan haji??
      saya seorang wanita. terima kasih. :)

      Delete
  4. Assalamualaiku Hjh,

    Mohon MAAF atas kesilapan tersebut oleh kerananya saya menyangkakan BLOG ini BLOG suami Hjh....... sebab apabila saya selalu mengikuti dan membaca BLOG ini, cerita-cerita yang keluar pun juga berkaitan aktiviti suami....sekali mohon MAAF.....

    ReplyDelete
  5. As Salaam.
    Saya dan dua orang kakak baru saja balik dari menunaikan Umrah pada 11 Mac yg lalu.
    Pengalaman kami yang tidak dapat dilupakan bila salah seorang kakak saya dihimpit oleh penyeluk saku berbangsa Bangladesh yang memeluk beliau dari belakang sambil memberi salam. Nasib baik kakak saya memang tidak membawa wang ke masjid. Kejadian berlaku 3 kali dan dilakukan oleh orang yang sama dalam perjalanan pergi dan balik dari Masjidil Haram. Memang dugaan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu saya dengar kes macam ni dilakukan oleh orang2 berkulit gelap (african) yang tinggal di sini... ni kali pertama saya dengar bangladesh yang buat... kena extra careful di makkah sekarang... dunia akhir zaman.. di tempat suci macam ni pun banyak juga kes jenayah...

      Delete
  6. Assalamualaikum

    Catatan yg indah. Semasa musim haji 3 tahun lalu pengajaran dari mamawana kalu nak bersedekah, turun dari hotel bersedialah dgn wang kecil dlm genggaman. Andai depan sipeminta sedekah baru nak buka dompet dan bag terkebil2 alamat depa berkerumun sampai kita susah nak jalan, depa anak2 berkulit hitam ini tarik2 baju , lengan, cubaan bergesel dan merimaskan. Hehehe.. tapi mamawana berjaya hadapi semua itu ... alhamdulillah. Di Malaysia juga praktis yg sama. Siap duti dlm genggaman kalu ternampak peminta sedekah/peminta derma dari jauh. insya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah mamawana... tahniah! bukan senang nk dealing kalau dikerumuni mcm tu. hehe... semoga segala amalan mamawama dibalas dengan rezeki melimpah ruah... ameen... :)

      Delete
  7. Semuga segala cerita cerita mekah memberi satu pengajaran akan sesuatu yg di lakukan biar lah segalanya kerana Allah azza wajjalla amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen3 ya rabbal alamin... itulah yang saya cuba kongsi kan... bukan semua perlakuan lebih lagi ibadah perlu ditunjuk kepada umum. adakalanya biarlah ianya menjadi rahsia kita dengan ALLAH... :)

      Delete
  8. Semuga segala cerita cerita mekah memberi satu pengajaran akan sesuatu yg di lakukan biar lah segalanya kerana Allah azza wajjalla amin.

    ReplyDelete