Wednesday, June 4, 2014

Rasyad Akhyar turns 1.

salam....

Terasa macam baru je bulan lepas saya meyambut kedatangan rasyad akhyar dalam keluarga kecil ini. masih terbayang2 pandangan pertama itu. tiba2 rasyad dah setahun! ya, hari ini 4 june 2014 rasyad genap setahun. anak kelahiran Makkah yang sering saya panggil sheikh, handsome & 'buntat' ini sudah setahun. terasa setahun dengan kahadiran rasyad adalah tahun yang ceria dan banyak ketawa. alhamdulillah terima kasih ya ALLAH...

perwatakan rasyad memang jauh sekali berbeza dengan kakak. rasyad lebih serius dan kurang keletah. rasyad lebih suka melayan perasaan sendiri berbanding kakak yang memang sukakan perhatian sejak dari kecil. rasyad juga kurang mendapat perhatian orang ramai. hehe... mungkin sebab rasyad bukan cheeky baby... tapi rasyad seorang observer. dia akan tenung dan melihat agak lama akan orang yang dia tidak pernah berjumpa. dia tidak takutkan stranger. cuma agak mengambil masa untuk menerima orang tersebut. kakak dahulu mudah menghadiahi senyuman kepada sesiapa sahaja! tetapi rasyad lebih berhati2... mashaallah.. kedua permata hati kesayangan saya ternyata mempunyai perwatakan yang berbeza! 

walaupun rasyad tidak seceria kakak, tetapi rasyad mempunyai cara yang tersendiri untuk mengambil hati bonda & dada. dia ada perwatakan yang agak humor. boleh membuat kami ketawa tanpa dengan mudah. :) rasyad juga gemarkan makanan! dia tidak picky. kalau boleh dia nak rasa semua makanan yang dia nampak. cuma bonda belum betul2 benarkan terutama sekali makanan yang bergaram dan manis. mungkin selepas ini bonda akan bagi sedikit kelonggaran tentang itu. hehe

memandangkan birthday rasyad terlalu hampir dengan tarikh kepulangan kami ke Malaysia, birthday party rasyad kami dah buat lebih awal bersama-sama dengan majlis usrah di rumah sahabat kami di sini. terima kasih kepada kak p & hj roslan kerana sudi menumpangkan majlis rasyad. alhamdulillah... semoga rasyad membesar menjadi manusia yang berjaya di dunia & akhirat. bonda mahu rasyad jadi hamba kesayangan ALLAH... bonda doakan rasyad menjadi penghafaz al-quran.. bonda mahu rasyad menjadi kekuatan bonda untuk terus dekat dengan ALLAH... dan yang paling penting rasyad menjadi anak soleh yang akan mendoakan bonda & dada nanti.. ameen... rasyad anak yang paling tidak banyak ragam & sangat penyabar. bonda pasti rasyad mampu menjadi seperti yang bonda harapkan walaupun bonda agak gusar kerana perjalanan mendidik amanah ALLAH ini masih jauh... tapi bonda yakin rasyad & rania akan menolong bonda untuk memperbaiki diri menjadi yang terbaik. :)

ok, jom tengok serba sedikit gambar majlis usrah kami dan juga majlis kesyukuran hari jadi rasyad... aktiviti usrah kami berjalan 2 minggu sekali. alhamdulillah.. 

the kids. 

rasayad and aunty miza.


birthday cake rasyad dari al jonah pasty.. 

tak tido malam bonda buat goodies bag ni. hehe


3 anak perempuan kak P datang bercuti di sini.. :) 

the cheeky birthday boys's sister. 

bersama kakak2 usrah saya..... kak zah & kak jah sudah pulang bercuti ke malaysia... :)

kids and activities...

fatimah & lukisan bunga yang cantik! 

dia pun nak tunjuk jugakkkk...! haha

ustaz 'azhar bukan idrus' sebagai penceramah kami minggu ini. hehe... tq hj azhar.  

sesi potong cake yang agak kucar kacir sebab rasyad terlalu teruja denga mickey mouse tersebut. ya, dia memang die hard fan mickey mouse! haha... 

bagi kakak aisyah & kakak rania je lah yang potong cake! haha


lihatlah dia dah berjaya cabut kepala mickey mouse! 

lihatlah kekecohan disitu... 

dan lagi.... hihi... 






terima kasih semua yang sudi mendoakan rasyad....
















HAPPY BIRTHDAY BOYFRIEND! AWAK MESTI SAYANG KITA SAMPAI BILA2 TAU! LOVE U. 



okay, nak sambung packing barang sekarang! byeee...! ^_^

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Nak tau kenapa gambar ke 6 mcm solat ada 2 imam? Ke sy slh nmpk? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya itu saf pertama di belakng imam.. Ada org lain juga tp terlindung. :))

      Delete