Tuesday, June 3, 2014

pesta bunga di taif.

Assalamualaikum...

lagi 2 hari saya bakal pulang ke tanah air untuk bercuti. bercuti. boleh guna kah istilah itu untuk saya yang tidak bekerja ini. mungkin boleh untuk suami yang akan menghabiskan 3 minggu di Malaysia bersama2 kami. kemudian akan kembali ke Makkah meneruskan pekerjaan dan saya serta anak2 akan tinggal di Malaysia sehingga raya nanti. hati berbunga2 untuk kembali bertemu dengan keluarga yang semestinya menanti kepulangan kami dengan penuh kerinduan. saya pasti tentang itu. lebih lagi pada anak2 yang sering menjadi tajuk perbualan bila menghubungi keluarga. saya pasti percutian panjang kali ini lebih bermakna dan semestinya akan melakar memori indah dengan keletah rania dan juga rasyad yang semakin aktif dan bijak dari sehari ke sehari... 

minggu akhir sebelum pulang ini ramai pula kenalan yang datang mengerjakan umrah dan berharap untuk bertemu kami. ya, saudara dan sahabat yang pasti amat berat untuk menolak ajakan untuk mengukir memori bersama bertemu di tanah suci. dalam saya gusar tentang wabak penyakit yang menular kini, saya tetap juga pergi menemui mereka.. meredah cuaca yang panas dari sehari ke sehari  dan mengabaikan kewujudan jemaah umrah yang ramai semestinya dengan pelbagai ragam. di samping saya sentiasa berdoa supaya ALLAH melindungi kami dari segala penyakit berbahaya.. dari perasaan iri, sombong dan riak... semoga ALLAH menghadiahi kami tenaga yang berpanjangan dan kesihatan yang baik. seringkali pertemuan itu saya berharap menjadi pertemuan yang indah... ameen... jadikan saya dan keluarga hambamu yang sentiasa bersyukur dalam setiap langkah dan gerak geri mahupun dalam setiap hela nafas! semoga kelebihan rezeki yang ALLAH berikan lebih mendekatkan kami kepadaMU.. bukan menjauhi... malah selalu saya berdoa supaya ALLAH sentiasa memberikan saya hidayah dan mengekalkan hidayah tersebut terus sebati dalam benak dan sanubari..... 

setiap kali saya ingin pulang bercuti atau setiap kali saya ingin meninggalkan Makkah ini.. perasaan yang akan datang adalah sama... saya takut jika ALLAH tidak izinkan untuk saya kembali lagi. naluri ingin bertemu keluarga yang sungguh kuat sama sekali tidak akan mampu menghilangkan perasaan sayu yang menggunung di sanubari... sesungguhnya ALLAH yang maha mengetahui setiap perjalanan hidup hamba-hambaNYA... hanya Dia yang layak menentukan akan dimana kita berada... oleh itu setiap kali kenalan yang datang umrah beritahu akan kesedihan untuk meninggalkan makkah, saya faham. sungguh. kerana saya yang sudah tahu tarikh kembali juga merasa sedih inikan pula orang lain yang tidak pasti bila lagi akan kembali.. terima kasih ALLAH kerana memberikan kita 'rasa' tersebut supaya kita tidak lupa berdoa untuk kembali lagi.. supaya kita tidak terus melayan perasaan terbuai dan terus hanyut dalam keindahan duniawi. :) supaya kita 'ingat' dimana kita akan kembali apabila hati sudah tidak keruan dan sarat dengan kerinduan. indah perasaan rindu. walaupun kehidupan saya di Makkah ini bukan semudah yang disangka... dengan ujian yang datang silih berganti.. tidak dinafikan ada sesuatu yang 'mengikat' hati ini untuk terus kembali. untuk terus mengeraskan hati supaya dapat terus tinggal di sini... sebenarnya mulut pernah terlanjur kata untuk mengajak suami berhijrah ke tempat lain... kadangkala suami juga begitu.. tetapi bila membayangkan untuk meninggalkan tanah suci ini, serta merta hati akan menjadi tidak keruan... oh ALLAH..., kekalkan kami di sini... jadikan kami hambaMU yang istimewa untuk terus cekal di sini... ameen... 

baiklah, apa kata kita tinggalkan kata2 meruntun sanubari dengan melihat koleksi gambar kami ketika di pesta bunga 2 minggu yang lepas! pesta bunga ini berada di taif selama lebih kurang 2 minggu. alhamdulillah kami dapat turut mengabdikan kenangan indah di sana bersama kawan2... :) 













maaf akan kualiti gambar yang kurang baik. sehingga kita bertemu lagi. inshaallah akan ada 1 lg entry khas untuk anakanda rasyad akhyar sebelum bercuti dari dunia blogging seketika kerana berada di malaysia... 


salam sayang!


2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    lama betul tak singgah... sebab belog sendiri pun tak update... hehehee... rupanya dah ada beberapa entri baru di sini...
    hmmm 14 Jun nanti ada pesta bunga di putrajaya.... dah balik malaysia tak? boleh lah datang sini... hehehehe....

    ReplyDelete
  2. dah ada kat msia... hehe... inshallah... :)

    ReplyDelete