Thursday, June 5, 2014

rania's school update 5.


salam..

Sedang mengemas tiba2 saya teringat yang saya belum close story tentang sekolah rania. memandangkan sesi persekolah untuk semester ini dah habis.., rasanya saya perlu buat entry khas untuk itu. sepatutnya sekolah akan habis pada minggu ini, tetapi disebabkan oleh wabak mers yang semakin meningkat dari sehari ke sehari, kebanyakkan sekolah mempercepatkan cuti 2 minggu awal. alhamdulillah saya pun agak khuatir walaupun kebanyakkan kes yang melibatkan kematian berlaku di jeddah. saya difahamkan visa umrah juga dikurangkan disebabkan virus ini.. semoga kita semua dilindungi.. ameen... 


Berbalik pada sekolah rania tadi alhamdulillah rania dah habiskan sesi persekolah pada tahun ini dengan jayanya.. setakat ini saya berpuashati dengan sekolah tersebut. rania juga happy. rania sudah agak fasih bertutur dalam bahasa english... bahasa arab juga... walau tidak sefasih seperti bahasa english, dia sudah mula faham dan boleh berbual di dalam bahasa arab yang ringkas. rania tidak mahu menunjukkan 'skill' tersebut kepada bonda. hehe... bonda tahu pun melalui cikgu bahasa arab dia. dia juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam kedua2 subjeck bahasa arab dan islamic. alhamdulillah... walaupun bonda tidak dapat menolong sangat untuk paper tersebut. tolong rania buat arabic homework pun dengan dictionary dan google translate. kadang2 kami sama2 belajar dan meneka terutama sekali apabila menyebut sesuatu perkataan. bila kedengaran agak janggal kami sama2 ketawa dan study lagi... ^_^ untuk islamic subject rania sudah hafal beberapa surah pendek. eh agak banyak juga sebenarnya... kadang2 bonda pula yang malu bila terpaksa merujuk al-quran apabila menemani rania mengulangkaji. haha... bila rania tanya, bonda tak hafal ke? bonda kata, eh bonda nak pastikan betul2 yang rania baca tu betul. sebab tu bonda buka al quran. haha... ya Allah... rupanya banyak kelebihan dalam perjalanan mendidik anak2... secara tidak langsung bonda juga turut dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik... terima kasih rania..

sepanjang di class KG 2 rania mendapat guru yang baik & penyanyang.. dan satu kelebihan apabila rania satu2 satunya pelajar dari Malaysia di sekolah tersebut.. hampir semua guru dan staff mengenali beliau. hehe... so senanglah bonda nak berurusan. :) banyak kenangan manis untuk semester ini. yang pasti bonda yakin yang rania sangat2 happy ke sekolah. cuti weekend pun terasa lama baginya. tak sabar2 nk ke sekolah! inshaallah semester depan aisyah  (anak sahabat senegara di sini) akan turut bersama2 rania bersekolah di situ. yeay. bonda dah ada kawan yang boleh sembang2 dalam bahasa melayu bila ada perjumpaan bersama guru2 nanti... sebelum ni bonda kawan dengan indian & Egyptian sahaja memandangkan kebanyakkan mereka boleh berbahasa english.. yang lain tu hanya angguk2 dan senyum2 sahaja...

terasa agak sedih setelah rania tamat KG2 memandangkan untuk KG3 tidak akan mendapat guru yang sama lagi. mujur rakan sekelas masih sama.. bonda pulak yang sedih. huhu.. sebab segalanya dipermudahkanNYA... alhamdulillah... semoga untuk tahun2 selepas ini juga akan begitu. semoga rania akan sentiasa dilindungi dan diterangkan hati untuk menuntut ilmu dunia & akhirat. bonda dan dada sentiada menyokong rania.. disamping selalu berdoa untukmu... ok, saya akan kongsi sedikit kenangan2 indah rania di sekolah.. :)

rania's 5th birthday party at classroom... 

planting & flowers day! 

pyjama's day. 

rania & friends during classmate birthday party.. 


result final exam... alhamdulillah all excellent! :) 

congratulations... 

dapat beg & school album... 
Itu jew.... ini betul2 last entry sebelum blog ini akan berehat selama 2 bulan... doakan perjalanan pulang kami lancar dan rania& rasyad sihat dan behave sepanjang perjalanan k.. kalau jumpa saya di Malaysia tegur2 lah ok. semoga kita berjumpa lagi... salam sayang! 








No comments:

Post a Comment