Friday, August 29, 2014

Jalan-Jalan petang Khamis.

salam..
Saya suka hari khamis sebab Mr.dada kerja half day. hari Jumaat pun suka sebab mr.dada cuti tapi tak suka hari sabtu sebab orang lain cuti tapi mr.dada kena kerja! selalunya kalau hari rania sekolah. setiap hari khamis saya berpeluang ambil dia pulang dari sekolah kemudian dapatlah lunch date kat luar. eh, sebut pasal sekolah hari ahad ni sekolah dah buka.. rania dah excited nak ke sekolah semula! semester baru ni rania akan masuk KG3.. dan yang paling best rania not the only malaysia di sekolah itu lagi. aisyah ada join rania nnt. eh, kita cerita pasal sekolah dekat entry baru nanti k. mungkin selepas hari ahad. :) 

so, petang tadi (masih guna 'tadi' sebab sekarang pukul 1.30am dan saya masih belum tido) kami, merujuk kepada saya & 2R berjaya mengajak mr.dada jalan2 pusing makkah. rasanya dah lama tak jalan2 waktu siang musim panas ni. rinduuuu nak pergi tengok makkah di waktu siang. so, lepas asar tadi kami jalan2 makkah & masjidilharam. walaupun hari ni cuaca kurang panas tetapi agak humid. agak memenatkan juga sebab kami akhirnya membuat keputusan untuk jalan2 sekitar masjidilharam. kata mr.dada mahu bawa saya dan anak2 masuk bahagian masjid yang baru siap. tetapi tak ada rezeki saya apabila kawasan itu ditutup untuk orang awam.. dibuka seketika musim ramadan yang lepas bagi menampung jemaah yang ramai. kemungkinan akan buka semula apabila jemaah haji sudah sampai nanti. oh ya, ini adalah weekend terakhir sebelum jemaah haji tibaaaaa.. dalam news juga dah diwar warkan bahawa bermula hari isnin ini hanya jemaah haji dan orang yang tinggal dalam makkah sahaja yang boleh berada di dalam makkah. selebihnya adalah strictly not allowed! oleh itu bermula isnin ini makkah adalah exclusively untuk jemaah haji dan 'kami'. :) masa inilah polis2 yang jaga kawasan border Makkah akan busy. bagi memastikan tiada orang luar yang terlepas. jelas security tahun ini lebih ketat dari tahun2 sebelum ini. semoga perjalanan haji para hujjah juga akan berjalan lancar dan baik inshaallah dengan pengurusan yang baik..  ameen... 

Jom kita tengok gambar2 yang sempat saya ambil tadi...




restoran al baik di jalan umm qura..

menuju masjidilharam.. 



lalu di bahagian masjid yang masih dalam pembinaan. 
inilah bahagian baru masjid yang telah siap dan saya belum berpeluang untuk memasukinya... hanya boleh bergambar di bahagian luar sahaja... 

cantik mashaallah. kagum melihat stuktur bangunan walaupun hanya dari luar. lebih lagi di bawah sinaran matahari petang.. eh, saya yang tidak menyumbang apa2 dlam pembinaan masjid ini pun rasa kagum tidak terhingga. apatah lagi orang itu ya? ehem2... :p 






sempat bergambar berlatar belakangkan hilton hotel.. 

amalan bersedekah di sini... mereka suka bersedekah. roti yang kita tengok simple macam ni tapi mungkin boleh buat orang yang makan gembira berganda-ganda! 



2 orang wanita yang berdiri sambil memegang container yang berisi rutob (fresh kurma) sape mahu, ambil sahaja. ya, mereka sedang bersedekah! apabila 2R besar sikit nak suruh buat macam tu juga. ;) 


kaunter kecil itu tempat untuk sewa wheel chair. berada di bahagian luar masjid. 


usai solat kami tunggu di bahagian laluan jenazah yang akan dibawa menaiki ambulan kemudian akan dibawa ke kawasan perkuburan untuk dikebumikan... 

melihat jenazah mengingatkan saya bahawa waktu 'pulang' sudah semakin hampir. bersediakan kita??  

jenazah lelaki..


pintu numb 1 (King Abdul Aziz)... bahagian ini nanti akan dirobohkan untuk projek pembesaran masjidilharam fasa ke3.. inshaallah selepas musim haji berakhir. oh pasti saya merindui kawasan pintu ini dan kawasan sekitarnya! sangat nostalgia sebab kami selalu berada di kawasan ini.... :(

13 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Sis... pintu ne akan dirobohkan?
    waaaa...sedey nya....

    ReplyDelete
  2. Assalam puan....
    Akak suka sgt mengikuti blog ini utk mendptkn perkembngn terkini di tanah suci Mekah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah .. terima kasih dengan perkongsian ini..Melihat dan merasai sperti kami pun turut berada di tanah haram.. Hati membuak-buak rindu dan menitis airmata kerinduan ... sungguh bertuahnya Hajjah sekeluarga dapat menetap di bumi suci ini... Do'akan kami dapat beribadah di dua tanah suci Makkah dan Madinah lagi dan lagi.. dan juga di Masjidil Aqsa yang menjadi impian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kasih... semoga dapat datang lagi... inshaallah sy cuba kongsi cerita di sini selalu.. terima kasih sudi membaca... :))

      Delete
  4. Salam, Akak pun suka blog adik, Banyak cerita terkini mengenai Makkah.Memang adik sekeluarga bertuah. Sudah rezeki, kan. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. terima kasih kak... take care too. :))

      Delete
  5. Assalam, saya suka blog puan, tahniah kerana puan antara yg bertuah.....

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas info. Amat menarik. Teruskan...semoga puan dan keluarga dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... saya baru terjumpa blog saudari... izinkan saya utk jadi follower ye... rindu sangat2 nak ke sana lagi...

    ReplyDelete
  8. Assalam Hajjah. semoga Hajjah sekeluarga sentiasa di bwh lindungan Yang Maha Esa. sy dh menjadi follower utk blog hajjah lebih dari setahun yg lps. seronok membaca kisah2 hajjah di tanah suci. makkah medinah sentiasa dekat di hati sy. pengalaman mengerjakan umrah beberapa kali dan terakhir mengerjakan haji pd 2012 sentiasa terpahat dlm hati sy. sentiasa rindu utk datang lagi ke tanah suci..
    ayah sy kini berada di medinah dan akan bertolak ke makkah esok utk kerja-kerja haji. sepatutnya kami 3 beranak mengerjakan haji sama-sama pada 2012 tetapi ayah tak berkesempatan sbb terikat dgn on-going project. makanya hanya sy dgn mak je yg pergi berdua. tp tahun ni ayah sy pula berpeluang mengerjakan haji wpun agak ralat melepaskan ayah sy sendirian tp memandangkan ayah pun dh biasa dgn tanah suci makanya sy lepaskan juga. lgpun sy percaya ayah sy sentiasa di bwh lindungan Allah SWT. utk pengetahuan Hajjah, mak sy baru kembali ke rahmatullah pd 25/82014 bersamaan 29 Syawal yg lps. tak sempat arwah mak sy nak menghantar ayah sy ke kelana jaya minggu lps. hanya sy dan abg serta kakak ipar dan dua anak buah yg menghantar ayah. mohon agar Hajjah dpt sedekahkan alfatihah utk arwah mak sy, Hajjah Fatimah bt Piru Mohamad. Terima kasih Hajjah.

    ReplyDelete
  9. Salam... saya jga suka mengikuti blog puan... sentiasa menungu-nunggu cerita-cerita menarik ttg tanah suci. Ia sedikit sbyk dpt mengubat kerinduan yg teramat sgt sejak pulang dari mgerjakan haji 2011..semoga puan skeluarga sejahtera selalu di sana

    ReplyDelete