Monday, November 3, 2014

Hari Keluarga Dsaji.


As salam..

Apa khabar semua? semoga dalam lindungan ALLAH sentiasa.. 
Sabtu lepas kami dijemput untuk bersama2 meraikan hari keluarga dsaji, makkah. 
sesiapa yang pernah datang umrah atau haji pasti maklum tentang restoran dsaji yang terletak di dalam safwah tower. restoran ini menyediakan makanan malaysia. saya masih ingat semasa kali pertama berkunjung ke makkah 5 tahun dahulu. saya sangat teruja tentang restoran ini. lebih lagi dengan teh tarik dan roti canai yang dijual! terasa seperti sedang minum2 di malaysia apabila menikmati makanan2 di restoran ini. selain itu, di restoran ini jugalah tempat kami (orang2 malaysia) yang tinggal di makkah, jeddah, yanbu', madinah mahupun dari daerah saudi yang lain berkumpul. sesiapa yang bekerja di saudi dan dtg ke makkah untuk menunaikan umrah pasti tidak ketinggalan untuk singgah di sini. 

sepanjang 4 tahun tinggal di makkah, restoran ini terlalu dekat dengan hati kami. setiap kali ke masjidilharam pasti tidak melepaskan peluang untuk singgah walaupun hanya minum segelas teh tarik. suasana di sini kadangkala membuatkan kurang rasa rindu pada tanahair tercinta. lebih lagi apabila musim haji dan umrah. ketika nampak kelibat jemaah2 memenuhi setiap inci di saji, saya rasa seronok sekali. berbual dalam bahasa yang sama serta berkongsi nikmat makanan yang sama. disebabkan kami kerapkali muncul di saji, kami sudah mengenali sebahagian daripada pekerja2 di sini. mereka pun dah tahu kami nak makan apa.. nak order apa.. kadang2 masa orang ramai pun dapat priority lebih bila nampak je muka kat tempat roti canai, tukang tebar roti terus siapkan roti canai kami. :p haha... 

oleh itu, pada sabtu lepas keluarga besar dsaji buat satu majlis untuk meraikan warga kerja dsaji. alhamdulillah mereka tidak melupakan kami yang selalu 'ada' tak kira masa. haha... jadi di jemput sekali untuk meraikan hari keluarga mereka. majlis ini di buat di kawasan istirehah yang terletak di awali. selalunya makan kat dsaji berbayar, hari tu mereka panggil kami nak bagi makan free! mana boleh lepaskan peluang! ;) jom kita layan gambar2 sekitar majlis.. tapi sebelum tu nak say thank you untuk aunty zai (sahabat saya di sini) kerana gambar2 yang saya kongsi ini hasil bidikan beliau.. lighting dalam tempat tersebut juga ala2 romantis. jadi gambar kurang jelas.. :) 




tempat ini terbahagi kepada dua bahagian lelaki dan perempuan.. oleh sebab kebiasaannya orang2 saudi lebih suka separate setiap majlis mereka, jadi bahagian lelaki tidak akan nampak bahagian wanita. hanya ada 1 pintu kecil yang menjadi penghubung diantara ke dua ruang.. gambar di atas adalah gambar pintu masuk untuk bahagian wanita. 

bahagian dalam tempat wanita.. 

bahagian dalam tempat wanita,


nampak tukang ambil gambar. thank you aunty.. hehe..



ada private swimming pool juga di tempat wanita.. boleh swimming2.. tapi malam tu kami tak swim! 

aunty zai & rania.. 












kami geng housewives juga membawa dessert..ni kuih bakar buatan kak zah.. 

kuih ondeh2 colorful dari kak sofi... 

red velvet cake theme 'dsaji selalu di hatiku' dari tuan punya blog. :p 

red velvet cuppies pun ada jugakk... 


di kawasan oarang lelaki... ada persembahan khas dari pekerja2 di saji... meriahhh... 

bersantai tepi swimming pool... 

kanak2 riang.. 

mak2 dan bapak2 riang... ;)




ini pun emak2 riang ria di hari keluarga... 

geng riang ria bapak2... 

kenyang perut suka hati! 

handsome boy ni yang suka buli bonda & dada.. suruh kejar dia sebab nak ambil belon yang berenang2 dlm swimming pool.. (kesat air mata) 

geng Malaysian ladies in Makkah... salam sayang semua..! 


ok, terima kasih daun keladi restoran dsaji.. tahun2 depan jemput kami lagi ya... :))




salam manis dari bukan pengidap kencing manis.,



Thursday, October 30, 2014

Nostalgia. Pintu Numb 1 King Abdul Aziz.

As Salam...

Seperti yang pernah nyatakan dalam entry yang lepas,lepas,lepas :p pintu masuk utama, pintu atau gate nombor satu atau dikenali dengan nama Pintu King Abdul Aziz akan ditutup untuk projek pembesaran fasa ke 3. hari ini, pintu masuk tersebut dan kawasan sekitar telah pun ditutup! jadi tadi saya sempat ke masjidlilharam untuk tawaf sunat dan meninjau pintu masuk yang terdekat untuk kami selepas ini. setiap kali kami ke haram mesti akan parking di sebelah ajyad. samaada parking di tunnel ataupun di dalam basement parking dalam bangunan safwah tower. apabila bermulanya pembangunan fasa ke 3 bermakna kami perlu berjalan jauh sikit untuk masuk ke dalam masjid. tak kisah sangat pun tentang itu. mudahan makin jauh berjalan, makin banyak pahala. hehe.. 

gambar yang sempat saya ambil tadi... bahagian menara masjid sudah dalam pensediaan untuk diruntuhkan.. 

pintu paling dekat untuk kami masuk masjid. kalau dari ajyad pintu ni paling dekat.. 

menuju ke masjid melalui safwah tower. nasib baik jalan ini boleh digunakan.. 




Pulang ke rumah sempat juga saya pun belek2, telek2, selak2 gambar2 lama mengimbau kenangan sepanjang kami berada di sini. kawasan ini banyak meninggalkan kenangan dan sangatlah nostalgia kerana itulah laluan kami keluar masuk masjid, kawasan itu juga dah jadi playground rania dari umur 2 tahun. kadang2 jadi tempat untuk kami berjumpa orang atau tetamu umrah/haji. agak 'terasa' jugak bila dah ditutup. selepas ini mesti kawasan tu dah lain... tak sama macam dulu lagi. sure lagi selesa dan memudahkan kita untuk keluar masuk ke masjid. namun, tetap ia meninggalkan kenangan indah di hatiku... mujur ada banyak jugak koleksi gambar kami dengan kawasan ini. alhamdulillah ada kenangan untuk di simpan. saya agak romantis orangnya. hehe.. saya suka menyimpan memori. apatah lagi memori yang indah.. tempat jatuh lagi dikenang kan? marilah layan jiwa saya ini dengan melihat koleksi terpilih gambar2 kami di bahagian hadapan dan dataran pintu king abdul aziz. ada banyak gambar.. di antaranya gambar2 di bawah ini... 



gambar ini di ambil pada bulan march 2010. ketika itu kami belum menetap di makkah.. 1st time datang umrah dari muscat, oman... ini gambar pertama rania & mr.dada berlatar belakangkan pintu king abdul aziz... 
gambar kakak ipar, ibu mertua, mr.dada dan rania semasa kunjungan umrah mereka 3 tahun lepas... berada di kawasan dataran yang telah ditutup sekarang. tengok gambar ni jadi sayu mengingatkan banyaknya kenangan di kawasan tersebut... (lap air mata) 

my sister in law... berada di bahagian hadapan dengan pintu masuk abraj al bait mall yang berada di dalam menara jam. masa tu mereka tinggal di fairmont hotel. jadi keluar je dari pintu masuk utama terus sampai di perkarangan kawasan pintu numb 1. senang nak masuk masjid. sekarang tak lagi... kalau dari hotel ini, anda perlu melencung ke kiri sedikit untuk masuk menggunakan pintu masuk numb 93. 

my sister bersama keluarga pun sempat mengabdikan kenangan indah berlatar belakangkan pintu ini.. 
umrah pertama rasyad, masuk dari pintu king abdul aziz. lepas habis umrah saya selalu bersantai di kawasan dataran sementara menunggu mr.dada pergi cukur rambut... 

view dari al massa hotel.. 

view dari food court zam2 tower.. 

kenderaan membawa jenazah juga selalunya akan menunggu di bahagian ajyad. sekarang di kawasan ini akan menjadi laluan lori keluar masuk. 


selalunya selepas buat umrah kami akan duduk bersantai di dataran kawasan berdekatan. selalunya sambil makan kfc. gambar ini di ambil ketika buat umrah bersama haji arshad dan keluarga. sekarang haji arshad dan keluarga juga sudah pulang ke Malaysia for good.. semua tinggal kenangan.. 

seronok bersantai di sini sambil memerhatikan gelagat macam2 orang... 

ramai yang solat di bahagian ini sebab boleh nampak kaabah dari jauhh... itu dulu.. kini tak lagi... 

rania masa umur 3 tahun rasanya... 

ni masa umur 4 tahun...

gambar rasyad bersama johan... turut merakam kenangan di sini... masa ni kami picnic kat sini makan al baik.. 

rasyad.  nasib baik banyak juga gambar rasyad di sini. ini antara favourite sebab tengah khusyuk dengar azan maghrib. 
yeay... gambar ni saya paling suka... gambar 1 syawal di hadapan menara yang bakal dirobohkan... 10 tahun lagi gambar ni mesti jadi sangat nostalgia! 

kami suka picnic di kawasan ini.... kak pah dan kak jah yang berada dalam gambar ini juga sudah pulang ke Malaysia.. huhuhu... 


oklah, malas dah nak layan perasaan... huhu.. kita simpan semua kenangan indah sebagai hadiah dari ALLAH ok. saya percaya ramai juga yang ada kenangan di kawasan ini. apa kata kongsi dengan saya di ruangan komen. boleh kita tinggalkan kenangan tersebut di blog ini untuk rujukan pada masa akan datang... dalam kesedihan saya juga teruja sebenarnya nk tunggu kawasan ini berwajah baru! hehe.. sama2 kita nantikan ya.. dan semoga saya masih diberi kesempatan untuk tinggal di sini melihat sendiri perubahan masjidilharam dan kota makkah dari semasa ke semasa seterusnya berkongsi pengalaman tersebut di blog ini. inshaallah aminn! :) 




ikhlas dari orang yang romantik tapi garang, 

Sunday, October 26, 2014

My vvip guests. YB Dato Shahaniza & YB Mas Ermieyati.

As salam...

Ingin sekali saya mengabdikan cerita tentang seseorang yang menjadikan memori musim haji saya kali ini menjadi lebih manis dengan kehadiran beliau dan suaminya.. setiap kali musim haji atau umrah sering kali kami dapat bertemu dengan rakan2 mahupun sedara mara yang jauh atau dekat. bukan itu sahaja, satu kelebihan juga apabila kami dapat memberikan layanan yang baik serta menjadi tourist guide foc pada sesiapa yang bertuah! ;))

Oleh itu, musim haji kali ini diserikan dengan kehadiran kakak 2pupu saya yang datang dengan tabung haji (muasasah) bersama2 KT 46. sungguh. tinggal di sini memberikan peluang untuk kami bertemu dan melayan saudara mara yang datang. kadang2 apabila di Malaysia belum tentu dapat berjumpa. tetapi di sini berlainan pula. biasanya mana2 rakan mahupun saudara mara akan cuba untuk menghubungi kami apabila tiba di kota makkah! saya dan suami amat berbesar hati dan menghargai setiap usaha sesiapa yang datang dan menemui kami. kali ini kakak 2pupu saya yang saya panggil kak de bersama-sama suami (abg nan) datang dengan 1 beg 'buah tangan' dari Malaysia untuk kami. sungguh terharu rasanya. beliau adalah Dato Shahaniza Shamsudin yang merupakan exco kerajaan negeri pahang bersama-sama suami beliau Dato Anandzachery Mohamad. macam2 cerita yang kami kongsi ketika mereka berdua berada di Makkah selama 1 bulan.

Dipendekkan cerita kami selalu bertemu.... kadang2 bawa kak de and abg nan makan.. kadang2 temankan mereka shopping buah tangan untuk di bawa pulang. ada sesekali ambilkan baju kotor mereka dan hantar ke dobi.. haa dapat bayangkan tak berapa banyak kali kami berjumpa?? haha... alhamdulillah time macam ni boleh spend time berkongsi cerita bersama.. cerita zaman dulu2 pun ada.. tu yang seronok tu... cerita perihal karier kak de juga. rasa sangat beruntung dapat menyelami sedikit sebanyak pengalaman seorang ahli politik yang sangat mesra dan peramah orangnya. kak de juga saya lihat sangat positif dalam apa jua yang dilakukan. sempat saya bertanya mengapakah beliau memilih untuk membuat haji dengan muasasah sedangkan beliau mampu untuk berada dalam pakej2 haji yang lebih mahal dah selesa. jawab beliau kerana merasakan bahawa tidak perlu membuang duit membayar pakej yang mahal untuk keselesaan diri sendiri walhal duit tersebut boleh digunakan untuk menaja kaum keluarga atau sesiapa sahaja yang tidak mampu untuk datang mengerjakan haji atau umrah. :'-) 

Kemudian, kak de turut menceritakan kepada saya tentang perihal seorang warga emas yang kebetulan berkongsi bilik dengan beliau. warga emas tersebut sudah hilang kemampuan untuk menguruskan diri sendiri dan juga tidak mampu melihat. hanya datang bersama suami yang juga tidak berapa kuat dan kurang pendengaran. sedih saya mendengar kisah nenek ini yang sungguh tidak berkemampuan untuk menguruskan diri sendiri malah ingatannya pun tidak berfungsi dengan baik. saya acapkali memikirkan bagaimanakah perasaan anak2 yang melepaskan kedua orang tua mereka begitu sahaja tanpa menemani mereka sehingga ke makkah dan madinah? kalau saya pasti tidak rela melepasakan. tetapi ALLAH lebih mengetahui.. saya bersangka baik yang mungkin anak2 pasangan warga emas ini jugak tidak berkemampuan untuk turut serta. jadi kak de dan rakan sebilik yang lain saling membantu untuk menguruskan nenek ini. dari semua segi termasuk menukarkan lampin pakai buangnya. mashaallah semoga ALLAH membalas segala kebaikan kak de dan rakan2 sebilik yang lain dengan haji yang mabrur. ameen.. tidak lama kemudian atas rundingan kak de bersama staff tabung haji yang juga alhamdulillah sangat prihatin akan keadaan pasangan warga emas ni, pihak tabung haji memindahkan kepada 1 bilik bersama. alhamdulillah.. ketika membuat haji pihak tabung haji juga menyediakan seorang pembantu untuk menguruskan nenek tersebut. 

Ada banyak lagi kisah suka duka yang menjadi sejarah dalam kronologi haji untuk pasangan kak de dan abg nan ini. menurut pengalaman mereka pengurusan tabung haji untuk muasasah juga amat baik sekali. ketika berada di arafah dan mina, makanan & minuman sentiasa mencukupi malah berlebihan pula. masyaallah alhamdulillah.. rezeki di berikan kemudahan dan kesihatan yang baik untuk menyelesaikan ibadah haji ini. 

Kali terakhir pertemuan kami sebelum kak de dan abg nan meninggalkan kota suci makkah untuk ke madinah, kami sempat membawa mereka makan malam ni asmak danah. sungguh bertuah kerana ketika itu sahabat baik kak de iaitu YB Mas Ermieyati Samsudin dan suami juga turut serta. sebelum ini hanya mengenali beliau melalui kerjayanya sahaja tetapi kali ini dapat bersama2 bersua muka dan makan malam bersama. masyaallah orangnya juga sangat humble dan baik sekali. pertemuan yang singkat tetapi semestinya amat bermakna dan meninggalkan kenangan indah kepada saya dan suami! alhamdulillah ditemukan dengan orang2 yang baik. semoga ukhwah yang telah ALLAH hadiahi ini berkekalan dan diiringi dengan perkara yang baik2 . ameen... :) 


ketika menikmati makanan yemen di makkah mall.. :) 


sesi sembang2 sambil minum teh tarik. kebetulan terjumpa ustaz shafendy yang datang dari madinah.. 





kenangan makan malam bersama di teratak comel saya. turut bersama kami ustaz rashid dan isteri, rugayya dan juga ustaz shafendy bersama isteri beliau zakiyyah. ustaz rashid merupakan pelajar tahun akhir di university umm qura, makkah manakala ustaz shafendy pula merupakan pelajar di unirversity madinah. 
catering yang sponsor juadah kami pada malam tersebut datang dari eira's kitchen. haha... menu merupakan kari kambing, sambal udang campur petai, masak lemak pucuk ubi, ayam goreng rempah, sambal velacan dan ulam timun. dan dessert pula cheese cake! alhamdulillah tetamu happy tuan rumah senang hati. hehe.. 

lihat! terbukti tetamu menyandar kekenyangan... 



yang pakai baju merah tu owner catering! kikiki



malam terakhir berjumpa sebelum mereka bertolak ke madinah baru berpeluang berkenalan dengan YB mas ermieyati. :)) kami makan di asmah danah.. tapi gambar makanan saya lupa nak ambil. ;) 
me, YB Dato shahaniza & YB mas ermieyati.. :) 

bergambar kenangan di depan hotel sebelum pulang.. 

bertuahnya saya dapar berkenalan dan berkongsi cerita bersama dua orang wanita hebat ini. panjang umur murah rezeki inshaallah kita akan pasti bertemu lagi.. 

us.. 



Ketika entry ini ditulis mereka semua sudah selamat tiba di Malaysia. atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan mereka terpaksa pulang awal dari tarikh yang sepatutnya. saya percaya mereka pasti sedang merindui kedua2 kota suci makkah dan madinah. terima kasih atas kenangan yang sudi dikongsi bersama. selamat kembali bertugas dan berbakti untuk masyarakat. doa saya sentiasa mengiringi kalian agar sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan ALLAH selalu. ameen... 




salam rindu dari kejauhan,