Assalamualaikum...
oleh,
Minggu ni saya sering ke masjidilharam melepaskan rindu yang sering bertamu di hati. kadang2 walaupun tinggal sangat dekat dengannya, saya masih terasa jauh lantaran terikat dengan tanggungjawab lain terutama tanggungjwab suami pada tuntutan kerja. tidak membolehkan kami untuk setiap masa boleh melihat rumah ALLAH yang indah itu.. selalu saya mendengar kata2 yang berbunyi, 'wah seronoknya tinggal di makkah! bolehlah buat umrah setiap hari ya!' apa daya saya mahu menjawab apabila orang mengeluarkan dialog itu tidak faham akan keadaan di sini. bukan seperti kedatangan kalian yang datang ke sini untuk tujuan beribadat di mana boleh menumpukan sepenuh masa hanya untuk beribadat. masa kami di sini terisi dengan jadual harian yang padat sepertimana masa2 kalian di Malaysia ketika hari bekerja. kadangkala penat dan lelah. namun istimewanya kami berada di sini adalah jadual harian yang padat itu terisi di tanah suci Makkah. semoga setiap yang kami lalui di sini adalah ibadah.. mendapat pahala berganda sepertimana mengerjakan ibadah di sini.. amin3 ya rabbal alamin...
Malam semalam, ketika saya ingin solat isyak di perkarangan masjidlharam, kesabaran saya di uji dengan seorang wanita berbadan besar yang agak tua. mungkin dalam linkungan lewat 50-an umurnya. dari gaya pakaian dan bahasa, saya yakin dia dari turki. apabila sampai di tempat yang agak sesuai untuk solat, ketika itu saya hanya bersama rasyad dan rania mengikuti mr.dada. saya hampar sejadah saya di tempat tersebut dan kemudian membetulkan kedudukan stroller rasyad agar tidak menggangu saf. sedang saya membetulkan kedudukan stroller tersebut, datang mak cik turki ini dan terus duduk di atas sejadah saya dan hanya tinggal sekecil2 ruang untuk saya! saya kebelakang dan mengatakan bahawa tempat itu adalah kepunyaan saya. dia tetap di situ tidak mahu beranjak! katanya tempat yang tinggal sangat kecil itu muat untuk saya solat. dan paling menyedihkan dia tidak lansung mahu memberikan sejadah saya. sudahlah tempat saya diambil, sejadah saya juga tidak mahu diberikan. mujur mak cik disebelah kanan saya beranjak sedikit memberikan sedikit ruang kepada saya. juga merapatkan kedua2 sejadah. jadi dapatlah juga saya solat di situ. marah? mestilah! tapi saya cuba istifar dan bersabar serta bersangka baik. mungkin dia ada masalah lain yang memaksa dia berbuat begitu.
Apa yang cuba saya highlight di sini adalah menghormati hak orang lain. walau dalam keadaan terdesak sekalipun tidak boleh kah kita meminta dengan baik. dalam hal tadi, kalau mak cik tu meminta izin untuk berkongsi sejadah dengan saya, mana mungkin saya menolak. tetapi kalau begitu caranya, kadang2 niat yang baik untuk menolong pun mungkin akan terkubur.. rasanya hormat menghormati ni adalah satu perkara yang sangat simple bukan. bukakanlah hati untuk menghormati orang lain tak kira dalam apa jua situasi pun. secara berhadapan ataupun di alam maya ini. jangan sewenang-wenangnya menyakiti hati orang lain dengan perkara2 yang kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya. saya ambil contoh tentang article di telah menjadi viral di facebook bertajuk 'kemusnahan makkah'. dalam article tu terlalu banyak isi yang tidak betul dan bebaur fitnah. segala yang ditulis hanya bersandarkan perasaan dan fikiran penulis semata2. tidakkah dia sedar bahawa menulis sesuatu yang tidak benar itu adalah fitnah. dan dosa membuat fitnah itu besar. lebih lagi article itu turut di kongsi oleh ramai orang!
terlalu jauh pula saya merapu. asalnya nak cerita tentang mak cik turki tu sahaja. hehe.. alamak, rasyad dah bangun! nanti saya sambung lagi ya. salam sayang!
oleh,
Salam.
ReplyDeleteMoga Masniera, rania dan rasyad sentiasa ok di sana. Walau apa pun bertuah duk kat sanakan?
mamaju.
salam mamaju.
Deletealhamdulillah kami semua ok. ya. semua pun beritahu kami ucapan yang sama.kami di antara insan bertuah yang dapat tinggal di sini... pada saya alhamdulillah saya lebih rasa bersyukur dari rasa bertuah... :)
D makkah tu apa pun bole berlaku. Kadang2 hnya untuk menguji kita. Maklumla, semuanya berganda..dosa dan pahala..
ReplyDeletebetul tu. :)
DeleteDugaan in shaa allah ada hikmah..kerana ada kata kata hikmah balaslah kejahatan dgn kebaikan..muga ganjaran di saya menjadi idaman kita amin..
ReplyDeleteameen.. :)
Delete