Wednesday, February 12, 2014

Johan & Ozlynn.


Assalamualaikum...

Tengok tajuk entry ni? glamour gitu... saya nak cerita ni... kisah 2 orang artis yang terkenal di tanah air tetapi mashaallah sangat2 lah humble.. saya hanya mengenali pelawak numb 1 malaysia, johan & isteri beliau di kaca television. tidak pernah berjumpa pun sebelum ini malah tidak pernah terbayang untuk bertemu mereka berdua. semuanya secara kebetulan. hj arshad satu hari tu whatsapp beberapa orang termasuk kami untuk sama2 makan malam bersama johan. katanya di restoran makanan arab yang terletak di aziziah. secara kebetulan malam tersebut hanya saya satu family bersama family hj arshad sahaja yang datang. apa yang membuatkan cerita jadi lagi best, restoran makanan arab yang kami pergi tu tidak ada family area, so kami tidak dibenarkan makan di restoran tersebut! 
so, keputusan dipersetujui untuk beli makanan di situ dan kami makan di perkarangan masjid al-rajhi.. ala2 picnic... malangnya johan,ozlynn dan hj arshad serta anak2 beliau (alif, arif & alya) datang dari masjidilharam dengan menaiki teksi. kesemua kami 10 orang decide untuk naik kereta saya untuk ke masjid al-rajhi. lagi malang seat kereta kami bahagian paling belakanggggg sekali mr.dada buka atas sebab2 tertentu. hehe.. jadi, bayangkan macam mana kami naik kereta 5 seater seramai 10 orang! masa tu, johan, alif, arif & rania terpaksa duduk bahagian paling belakang sekali tanpa seat! mula2 rasa bersalah melayan tetamu begitu. tetapi johan mashaallah sangat2lah sporting.. perjalanan kami dari restoran hadramaut aziziah ke masjid al rajhi kemudian ke masjidilharam menjadi kenangan manis. disamping lawak2 johan yang membuat kami ketawa sepanjang perjalanan... :)) 










kemudian, hari berikutnya kami plan untuk picnic di perkarangan masjidlharam pula. masa tu, kami makan al-baik.. dan sehari sebelum mereka berdua pulang ke Malaysia, kami sempat plan untuk bawa johan & ozlynn makan makanan arab di asmak danah pula. kali ni makan seafood. gathering terakhir paling mariah dengan kehadiran beberapa family dari Makkah. 







saya doakan semoga umrah johan & ozlynn adalah umrah yang mabrur. semoga kenangan di sini menjadi kenangan terindah anda berdua. terima kasih untuk layanan yang baik kepada kami. alhamdulillah ukhwah itu indah. entry ini sebagai kenang-kenangan. maaf atas segala layanan buruk kami kepada anda berdua. hehe... :)) 


salam sayang! 

2 comments:

  1. Salam,
    ishishish...kita yang orang malaysia pun tak pernah jumpa...hehehehe....
    mesti best kan... jeles (*_*)
    sebenarnya bila duduk luar negara, kita lebih menghargai bila jumpa rakan senegara kan kan kan... hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu... kat sini dah biasa jumpa orang malaysia ok la lg.. kalau kat negara yang susah nk jumpa malaysian tu mesti lagi teruja kalau jumpa. :)

      Delete