Saturday, October 4, 2014

Salam Aidiladha..

selamat hari raya korban, selamat hari raya aidiladha, selamat hari raya haji... ataupun apa pun raya yang kita gelar... errr.. kami dah habis raya dah... sebab sambut sehari awal dari orang Malaysia. tapi raya haji kat makkah ni lebih kepada meraikan jemaah haji yang dah berjaya selesai wukuf. tahun ni haji akhbar. alhamdulillah suami last minutes decide nak buat haji. kami memang tak ada plan nak buat haji tahun ni memandangkan keadaan Rasyad yang tersangatlah aktif itu tidak mengizinkan... nak tinggal kan tak sampai hati la pula sebab rasyad masih fully breastfeed.. pada mulanya kami plan nak pergi bercuti, tapi bila dengar kata tahun ni haji akhbar terasa kerugian sangat2 kalau tak buat haji. saya tahu jauh di sudut hati suami memang nak buat haji tiap2 tahun..cuma risau kalau isteri rasa tidak adil kalau isteri tak dapat buat sekali. hehe... bila isteri bagi green light kata pergilah buat haji, biar isteri jaga anak2 di rumah. so suka hatilah suami... ;)) last minutes decide.. sedang mencari mana2 travel untuk join tiba2 2 hari sebelum wukuf ada seorang hamba ALLAH yang baik hati ajak suami tumpang group2 haji yang datang dengan pakej secara free of charge! alhamdulillah... orang mengantuk di sorong bantal. rezeki datang tanpa diduga ALLAH bagi masyaallah.. merasalah suami pergi haji secara 'proper' walaupun hanya menumpang jemaah2 dari Malaysia sahaja. merasa tidur dalam khemah di arafah dan mina... sekarang ketika entry ini ditulis suami sedang mabit di mina... sempat pulang kerumah selepas melontar jam 7 pagi tadi.. sampai je kepenatan, kelaparan dan comottt.. ;) mandi, makan juadah raya yang telah disediakan isteri kemudian terus tidur sampai zohor... lepas asar sudah bersiap2 untuk pergi mabit di Mina dan katanya malam ni juga mahu tawaf dan saie.. alhamdulillah... terasa happy walaupun tidak berpeluang mengerjakan haji tahun ini... walaupun terasa sangat sedih dan sayu ketika pintu langit terbuka luas dan seluruh hamba2 terpilih berada di bumi arafah, tetapi saya berada di dalam rumah yang hanya beberapa kilometer ke arafah... namun masih dapat mengirimkan doa buat suami dan turut sama berada dalam bumi barakah. tetap bersyukur alhamdulillah... 


sepanjang 2 hari ni aktiviti kami hanya terikat di dalam rumah.. macam2 indoor aktiviti yang bonda buat tak nak bagi 2R bosan. sempat juga menyambut hari raya aidiladha secara syok sendiri... haha... saya masak juga juadah raya untuk kami. sekurang-kurangnya dapatlah anak2 menyambut hari raya walaupun tak macam raya kan... sambut 3 orang je sebab mr.dada nya kepenatan tidur... ;) so hari ini saya kongsi gambar anak2 yang syok sendiri raya dalam rumah je ke... nnt saya kongsi kan gambar2 perjalanan haji yang sempat suami ambil... walaupun saya tak ada sekali.. tapi bolehlah kan... daripada tak ada. ok nak warning siap2... jangan marah tau... ni gambar 2R bergaya dengan baju raya je... ;p 




wajah happy suami pada 8 zulhijjah sehari sebelum wukuf dah bersiap2 untuk ke arafah... 

haa.. jangan gelak ye... ni je lah juadah hari raya yang mampu bonda masak untuk bagi anak2 happy.. lemang segera, nasi impit segera, kuah kacang & rendang daging.. 

wajah suami pagi tadi selepas pulang dari melontar... pak haji dah botak... alhamdulillah... dapat makan juadah raya walaupun kepenatan... isteri happy mode tengok suami makan sambil cerita macam2 pengalaman haji. tumpang seronok walau tak dapat join sama.. 

rania dah excited nak raya.. pakaikan cantik2, dengar takbir raya kat tv dan makan juadah raya... consider raya la tu kan.... ;) 


rasyad masih belum mengerti apa itu raya... haha... muka blur je.. 





ok lah, itu lah sahaja cerita hari raya aidiladha kami... selamat hari raya aidiladha kepada semua yang berada di Malaysia.. semoga ceria2 selalu di hari raya... saya ceria juga walaupun beraya di perantauan.... salam sayang! <3 

3 comments:

  1. alolo..cutenya rania,mcm model tengok..hehe
    rindu sgt kat rania ngn rasyad...
    ='(

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum.... seronok tgk gambar dn cerita2 dr bumi Haramain...
    lawa anak dara kak eira nie hehehehe... suka tgk gaya rania yg ddk seorg2 tu ar ala2 model g2 ^_^
    luv u all...

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Sampai bilik kak emybterus search ur blog...
    Alhamdulillah dapat jumpa dan krnal dan dpt makan bersama malam ni...rasa mcm dah lama kenal kan..
    Semoga dpt berjumpa lagi di bumi mekah ini...
    Teruskan menulis....
    Take care

    ReplyDelete