Tidak lama lagi Ramadan bakal menjelang tiba.. Allah.. tak sabar nya rasa nak menunggu Ramadan tahun ni. entah kenapa excitednya lain macam. berdebar-debar pun ada. semua rasa ada.. Bahang ramadan semakin terasa di bumi Makkah ini. hampir semua orang sedang membuat persiapan untuk menyambut Ramadan bulan mulia.. orang-orang tempatan suka mempersiapkan kelengkapan sebelum ramadan menjelang tiba..
Sebut tentang kelengkapan, waktu berbuka orang-orang tempatan tidak akan sempurna tanpa sambusak ini. sejenis kuih yang berbentuk seperti samosa. tetapi cara membuat intinya lain dari samosa.. rasanya pastilah sedap! sangat mudah juga untuk membuat sambusak ini. jom kita tengok resepi.
Bahan2 nya adalah;
kulit pasty sambusak.. (kami beli di supermarket disini.. kalau tidak ada boleh guna kulit popiah)
daging cincang,
bawang besar dipotong dadu,
daun dil,
bawang putih,
serbuk jintan putih,
serbuk lada hitam,
serbuk ketumbar.
pati ayam.
jom kita start! bawang mesti dipotong dadu.. begitu juga bawang putih dicincang halus..
ok, ni daun dil.. kalau di sini senang nak dapat.. di Malaysia saya tak pasti.. mungkin ada.. kalau tidak ada, boleh gantikan dengan daun pasley mungkin.. cuma rasanya sedikit berbeza.. daun dil ni potong halus ya..
ok, gambar dah banyak skip ni... maaf..
mula2.. letak sedikit minyak jangan banyak sebab minyak dari lemak daging akan keluar nnt.. kemudian tumis bawang putih sekejap.. lepas tu masukkan daging cincang.. tunggu sehingga air daging kering sedikit.. dan masukkan serbuk jintan putih, serbuk lada hitam dan juga serbuk ketumbar..
jangan lupa masukkan juga pati ayam.. perasakan juga dengan garam..
the chef in action! ada effects asap2 lagi.. baunya pun semerbak tak tipu... yummy!
apabila air daging dah betul kering.. dan semua rempah dah sebati.. masukkan bawang.. gaulkan sekejap je atas api dan matikan tak boleh lama-lama nanti aromanya akan kurang..
bila dah betul2 sejuk inti tersebut, baru boleh masukkan daun dil.. jagan masuk masa panas..
inti dah siap, marilah kita mula membungkus sambusak.. boleh refer video dibawah untuk melihat demo membungkus sambusak dari Puan Hajjah sharifah. abaikan macam2 suara dalam video tu.. meriah sangat masa tu.. hehe..
tadaaaa... ! dah siap.. ready untuk digoreng!
Dalam kehangatan berpuasa nanti.. mesti tekak kehausan dan teringin minuman yang segar, sedap dan sejukk mengalir ditekak. sejuk sehingga dalam perut! mashaallah.. air yang sangat sesuai adalah jus lemon dengan daun pudina ini atau dalam bahasa arabnya Jus laimun bil neknak. sihat dan sedap! bahan-bahannya pun senang sahaja..
segengam daun pudina yang sudah direlaikan dari batangnya dan dibasuh bersih.
5-6 biji limau nipis atau lemon yang dikupas kulitnya dan dibuang empulurnya. (ambil bahagian isi sahaja)
gula secukup rasa.
sedikit air
ais.
caranya..
blend daun pudina, gula, limau nipis atau lemon dengan sedikit air sehingga halus.. kemudian masukkan ais dan blend lagi sehingga teksturnya betul2 halus.
sedia untuk dihidangkan! mudah bukan? apa lagi.. selamat mencuba ya..
masukkan lagi gambar anak2 murid bersama guru masakan. alhamdulillah.. semoga bermanafaat semua ilmu resepi yang saya kongsikan di sini. terima kasih kepada Puan Hajjah Sharifah yang sudi berkongsi ilmu dengan kami. semoga Allah melimpah ruahkan rezeki yang berpanjangan.. amin..
bulan puasa nanti.. jangan lupa cuba resepi2 di sini ya.. selamat menyambut ramadan al mubarak. saja wish awal sedikit.. mana tau lepas ni tak sempat nak update blog. maassalamah.. :)
konon2 chef,
Masnira Ramli.