Wednesday, May 25, 2016

Tenaga Profesional di Tanah Barakah. (Technical Advisor)

Kebelakangan ini, kita pasti sedia maklum tentang kota Makkah al Mukarramah yang sedang berada di dalam proses penambah baikkan dengan pembangunan yang pesat bukan sahaja di sekitar Masjidilharam, malah sebenarnya hampir keseluruhan kota Makkah sedang dalam frasa pembangunan semula. Sepanjang 5 tahun berada di sini, saya dapat melihat kota Makkah bertukar sedikit demi sedikit saban tahun. keadaannya bertambah baik dengan pelbagai kemudahan yang semakin hari semakin lengkap tersedia. 

Saya maklum mungkin ada yang tidak senang dengan pembangunan semula kota Makkah yang semakin hari semakin bertukar wajahnya sehingga bakal menjadi kota moden yang berkemudahan lengkap. Namun, sebenarnya pada pendapat peribadi saya segala 'perubahan' dan 'penambahbaikan' di kota kesayangan umat islam ini adalah tidak lain bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada jemaah haji dan umrah yang meningkat saban tahun walaupun perlu 'meninggalkan' semua jenis keindahan pemandangan-pemandangan lama yang jauh dari kemodenan. Malahan kenangan-kenangan indah jemaah haji atau umrah yang pernah datang pada suatu masa dahulu pasti akan selamanya akan tinggal sebagai kenangan sahaja kerana beberapa tahun lagi kota Makkah tidak akan sama lagi seperti dahulu.. 

Sebuah syarikat tempatan yang bertanggungjawab sebagai peneraju pelaburan bagi Majlis Perbandaran Makkah adalah Syarikat Al Balad Al Ameen. Tanggungjawab syarikat ini merangkumi pembangunan bandar, pembangunan semula kawasan-kawasan setinggan, pembangunan infrastuktur dan juga tidak ketinggalan pembangunan rumah mampu milik di sekitar Makkah. 

Aktiviti utama mereka adalah dengan membangunkan kawasan-kawasan tidak terancang di Makkah ataupun dikenali dengan kawasan setinggan di bandar yang biasa kita nampak berada di lereng-lereng bukit. Faktor pembangunan semula ini mengambil kira akan faktor kedudukan kawasan tersebut yang berhampiran dengan masjidilharam, infrastuktur yang kurang memuaskan dan juga mengambil kira faktor risiko yang ditimbulkan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti serta ianya mempunyai pontensi besar untuk dibangunkan semula. 

oleh itu, sebuah kawasan yang di dikenali sebagai kawasan Jabal Shrashif telah dipilih untuk dimajukan menjadi pusat pembangunan baru di kota Makkah. Pusat pembangunan utama ini  mengandungi pembinaan hotel, bangunan perniagaan, perumahan serta bangunan kerajaan. 

Visi Projek Pembangunan Jabal Shrashif adalah supaya kawasan Shrashif di majukan menjadi Pusat Pembangunan baru bagi Kota Makkah, dengan menawarkan suasana yang cemerlang kepada jemaah haji dan umrah yang merupakan tempat destinasi utama keperluan perjalanan agama mereka. Ia akan menetapkan tandaaras tinggi yang baru untuk kualiti seni bina perbandaran, sesuai dengan situasi berbukit yang hampir dengan Masjidil Haram, mewujudkan syurga keindahannya yang tersendiri, menyerlahkan tradisi bangunan Hijazi dan menyediakan kepelbagaian majmuk komuniti itu dengan kemudahan tempatan untuk dirasai oleh sekelian penduduk tempatan dan para pelawat.

Pelan Induk (Master Plan) Projek Pembangunan Jabal Shrashif ini  juga telah di rancang dengan teliti dengan mengambil kira pembangunan pesat yang berlaku di kota Makkah sekarang ini. Pasukan reka bentuk Pelan Induk mempunyai kepercayaan penuh bahawa keperluan mereka tidak akan menyebabkan berlaku percanggahan untuk mencapai peranan Kota Makkah sebagai tempat paling suci dalam Dunia Islam dengan pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur penempatan di sekitar Masjidil Haram. 

Ilustrasi pelan induk Jabal Shrashif. 

Panjang lebar saya bercerita di atas supaya kita akan mendapat gambaran serba sedikit tentang Makkah di masa akan datang.., oleh itu mari kita berkenalan dengan tenaga pakar dari Malaysia yang bertindak sebagai Technical Advisor yang pasti memyumbangkan buah fikirannya dalam projek pembangunan semula kota Makkah ini. 

Beliau adalah Hj.Roselan Salleh. Anak kelahiran Ganu kita ini merupakan seorang graduan Diploma daripada UiTM Malaysia. kemudian melanjutkan pelajarannya di peringkat ijazah di Northumbria University, New Castle Upon Tyne dengan cemerlang sehingga melayakkan beliau berada di sini menyumbangkan idea dan kepakaran sehingga mampu menyinar dan dipercayai oleh syarikat tempatan Saudi Arabia. Juga mampu meletakkan beliau sebagai rakyat Malaysia tunggal di dalam projek mega ini. Mashaallah TabarakAllah.. 


Hj. Roselan Salleh.. 



Beliau juga salah seorang 'senior' dikalangan kami di sini kerana terlebih dahulu menempatkan diri di Makkah sudah hampir 10 tahun lamanya. Pengalaman beliau di Malaysia sebelum berkhidmat di Makkah juga sangat berharga. Beliau pernah menyumbang kepakarannya dengan beberapa organisasi serta turut juga terlibat dengan beberapa projek mega negara pada masa itu di antaranya adalah projek pembinaan West Port, KLIA dan Pembinaan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Perak.



Malahan keberadaan saya dan suami di kota suci ini juga kerana jasa baik beliau melamar suami untuk bersama-samanya dalam Projek Pembesaran Masjidilharam ketika dahulu. Kini kepakaran beliau lebih diperlukan untuk Projek Pembangunan Semula Makkah meninggalkan suami yang masih kekal di Projek Pembesaran Masjidilharam. saya cerita tentang projek pembesaran masjidilharam di entry akan datang ya inshaAllah.. :) sebelum berakhir, saya nak belanja 2 buah photo indah hasil perkongsian Hj. Roselan sebagai kenangan kita bersama.. 


kota Makkah kini... suatu masa nanti akan menjadi kenangan indah selepas selesai pembangunan semula.. 

setiap kali saya melihat kawasan setinggan di bukit2 pasti akan berjaya mencuri perhatian saya. unik dan menarik serta mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. malahan saya juga pernah ke rumah salah seorang yang tinggal di kawasan ini.. demi untuk kebaikan semua.. kawasan ini terutama yang berada di sekitar masjidilharam akan hilang dari pandangan kita dan bakal digantikan dengan pemandangan lain yang lebih baik.. inshaALLAH.. 




kenangan indahmu, ;)

Masnira Ramli. 

7 comments:

  1. wah, special entry nih k.iera! thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. most welcome.. thnks to your ayah.. bnyk berjasa.. :)

      Delete
  2. Terima kasih mas..masa pergi umrah bulan february lepas acik tertanya2..dimana kg ataupun tempat tinggal orang arab oenduduk tetap disana..dah bila nampak rumah2 diatas bukit tertanya tanya..macam mana nak turun..kereta letak dimana..tapi tu la kenangan terindah mas..teringin kesana lagi doakan acik mas

    ReplyDelete
  3. Terima kasih mas..masa pergi umrah bulan february lepas acik tertanya2..dimana kg ataupun tempat tinggal orang arab oenduduk tetap disana..dah bila nampak rumah2 diatas bukit tertanya tanya..macam mana nak turun..kereta letak dimana..tapi tu la kenangan terindah mas..teringin kesana lagi doakan acik mas

    ReplyDelete
  4. biasanya kalau yang tinggal di atas bukit.. kereta parking kat bawah dan akan berjalan naik ke bukit.. :)

    ReplyDelete
  5. wahhhhh hebat...hebat abg ambo nih...

    ReplyDelete
  6. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
    Harrah's 나주 출장안마 Cherokee Casino & Hotel · Casino. 1425 Highway 315, Cherokee, NC 85906 서귀포 출장마사지 · Hotel. 울산광역 출장안마 Harrah's Cherokee Casino 포항 출장마사지 & Hotel. (580) 791-8377. 춘천 출장안마

    ReplyDelete