Dahulu masa saya tinggal di Muscat, Oman susahnya nak dapat makanan melayu. nak jumpa orang melayu pun agak susah masa tu. nasib baik kenal dengan komuniti kecil melayu. kurang rasa homesick. oleh kerana sukar nak dapat makanan kita, kami gemar buat potluck almost everyweek pun ada sahaja aktiviti makan-makan. seronok! rindu sahabat-sahabat di sana..
Sejak menetap di Makkah, rindu pada makanan kita dan orang kita itu kurang kerana adanya restoran d'saji! dah 5 tahun ni rasanya kami lah wajah-wajah yang selalu ada di restoran d'saji. ^_^ lebih lagi, restoran d'saji di Safwah tower Makkah dah mula beroperasi 24jam! bila2 tekak buat hal rasa nak makan roti canai dan teh tarik boleh terus pergi tanpa ragu-ragu.
Restoran d'saji juga sudah melebarkan sayapnya sehingga ke Jeddah pula. sudah setahun beroperasi sebagai fine dining restoran. penyediaan makanan berkonsepkan ala-carte ini memang sangat2 menggembirakan perut-perut yang mendambakan masakan melayu tapi tak nak masak sendiri. LOL. saya lah tu. sekali sekala kena ada 'hari cuti' juga kan.. so khamis lepas tanpa dirancang ketika mahu mengambil Rania pulang dari sekolah mr.dada buka offer menarik untuk belanja makan di Restoran D'saji Jeddah. riang hatiku, badan bertuah! jom lah kita meredah mentari dari Makkah sehingga ke Jeddah, pukul 3.30 baru dapat lunch. nasib baik dah bekalkan nuggets utk 2R. buat alas perut katanya.
|
gambar saya ambil tak cantik. tak pe, tak cantik itu seni. restoran d'saji yang terletak di tahlia.. |
|
telah dirasmikan oleh.. perdana menteri kita.. |
|
hiasan dalaman yang menarik sesuai dengan konsep fine dining yang di bawa.. |
|
tempat menjamu selera yang sangat selesa.. ada ruang untuk single dan juga family .. |
|
menu |
|
satay pun ada.. |
|
lapar balik tengok menu ini... ini hanya sebahagian sahaja.. ada banyak lagi pilihan menu lain seperti rojak buah, nasi lemak, nasi goreng, mee kari.... dan banyak lagiiiiii.... |
|
ini saya punya! nasi goreng thai.. portion yang besar.. makan sorang tak habis.. kalau perut saya lah.. |
|
mr.dada's cheat day! beliau order ABC ni.. mmg mengancam! patut lah beliau order je tanpa melihat saya... selalunya agak ragu2.. tetapi kali ini, tanpa sebarang perbincangan terus sangat berkeyakinan order "ABC satu!" apabila sampai..ABC nya telah berjaya menggoda semua yang turut sama berada di meja.. dan ABC itu terkena serangan bertubi-tubi. |
|
happy girl dapat makan nasi ayam. share dengan rasyad.. dari sekolah terus bawa ke jeddah.. dengan baju sekolah lagi..! |
|
eh, mr.dada punya lagi... mee goreng mamak tapi bukan mamak yang goreng! sedap tak tipuuuu... |
macam biasa, saya share koordinat siap2.. mana tau kalau anda datang umrah atau haji, tiba-tiba rasa nak pergi makan di sini boleh lah terus ke sini..
dsaji jeddah
https://goo.gl/maps/DiHiHQrCyBJ2
landmark paling mudah adalah hotel le meridien dan juga Jeddah International Shopping Center. selamat menjamu selera, makan jangan lupa saya. ^_^
makan minggu lepas, kenyang sampai sekarang. ok tipu,
No comments:
Post a Comment