Assalamualaikum..
Dah lama tak update tentang sekolah Rania.. rupanya dah 3 tahun Rania menuntut ilmu di sekolah itu dan minggu lepas Rania dah habis Gr.1 class. tadi, saya ke sekolah.. ambil last result exam yang lepas serta selesaikan beberapa urusan untuk Gr.2 nanti. officially Rania dan mula cuti musim panas sehingga lepas haji nanti. tahun ni cuti musim panas lama sehingga selepas haji baru start sekolah semula. yeah!, eh bonda pula yang terlebih excited. ^_^ sebab tak sabar nak pulang ke tanah air tercinta! tapi lama lagi.. nak berpuasa di sini dahulu.. kemudian baru pulang....
Sepanjang Rania berada di Gr.1 biasalah pasti ada pasang surutnya.. ada hari dia happy ada hari yang Rania down sangat2.. sama macam waktu kita sekolah kecil2 dulu.. ada hari yang best.. ada hari yang gaduh dengan kawan2, kena marah dengan cikgu.. :p tapi, bezanya Rania di sini sebagai seorang 'pendatang'.. selama 2 tahun di KG class, Rania the only Malaysian yang bersekolah disitu sampai admin dan guru2 pun sudah kenal saya dan Rania. tahun ini ada seorang lagi malaysian yang rania panggil kak maya di class Gr.3.. at least ada kawan rania nk kongsi makanan 'kita' bila kak maya ada sama. walaupun tak sama kelas tapi rania dah happy sangat. alhamdulillah..
Dalam kelas Gr 1 tak sama macam kelas Kg dahulu dimana biasanya pelajar2 Gr perlu lebih berdikari. waktu break pun tak sama semasa di Kg class semua makanan akan di serve dalam dewan makan. di Gr class, Rania perlu beli makanan sendiri.. oleh kerana cafe nya pun kecil dan tidak jual makanan berat.., rania lebih suka bawa bekal sendiri dan makan bersama-sama rakan-rakannya yang lain. cuma dia agak fussy bab bekal ni. sebab makanan kan lain2.. bila bawa makanan yang lebih traditional sikit macam kuih muih melayu pasti akan menjadi perhatian rakan-rakan yang lain. kadangkala mereka mengejek dan ketawakan Rania apabila makanan itu kelihatan agak pelik pada mereka. biasalah itu kanak2 kan nakal. kalau Rania complain saya tidak pernah memberikan nasihat yang negatif kepada Rania melainkan meminta supaya dia bersabar dan menerima perbezaan budaya. saya minta rania mengalah kerana sebagai foreigners sebenarnya memang banyak yang kita kena mengalah.. terutama dari segi perbezaan.. apabila kita sendiri kadangkala tidak memahami 'cara' mereka.. mana mungkin untuk mereka memahami dan menerima 'cara' kita dengan mudah bukan? pengorbanan dari segi ini perlu untuk menjaga nama baik 'kita' di tempat orang. bukan mudah. tetapi itulah yang perlu kita tunjukkan. penat juga kadangkala perlu terangkan kepada Rania akan kenapa dan mengapa kita perlu mengalah.. perlu lebih terbuka dan perlu lebih memahami.. namun, kesannya saya lihat agak positif apabila Rania cukup disenangi guru-gurunya dan staff sekolah yang lain. mereka memuji cara orang kita sangat sopan dan tertib lebih lagi apabila bercakap dengan orang yang lebih tua terutama guru.. mereka gemar berbual dengan saya kalau kebetulan saya datang ke sekolah.. bertanyakan tentang Malaysia.. lebih lagi kalau yang pernah ataupun yang ada perancangan untuk bercuti ke Malaysia! phew.. orang arab kan suka berkunjung ke Malaysia.. Penang.. cameron highland.. langkawi.. kuala lumpur.. bukit bintang.. itu lah yang selalu mereka sebut2.. hehe..
eh banyak pula cerita.. kita tengok gambar kenangan Rania dengan kawan-kawan di Gr.1!
gambar masa 1st day ke class Gr.1A |
dapat school album juga.. tiap2 tahun saya akan bayar untuk dapatkan school album ini untuk kenangan Rania di masa akan datang.. |
dalam kelas... masa program healthy breakfast.. cuba cari mana Rania...? ;-) |
schoolmate Rania.. mostly orang arab daripada egypt, syria, saudi dan juga jordon.. ada juga daripada africa, turkistan dan juga seorang budak kecil yang comel daripada Malaysia! ^_^ |
seorang rakyat Malaysia di bumi arab,
Masnira Ramli
Alhmdulillah anaknda n keluarga sangat bertuah terpilih utk tinggal di kota suci makkah mukarramah
ReplyDelete