As salam!
semangat lebih pagi ini alhamdulillah sebab penulisan ini menarik perhatian ramai orang terutama orang2 travel tersebut. ;) juga beberapa travel agensi lain yang mesej saya personally untuk membantu mendapatkan visa anak makcik Aziah. terima kasih... saya hargai akan keperihatinan anda. saya terpaksa menolak semua offer tersebut kerana pihak travel yang 'bertanggungjawab' telah memberikan kami offer yang menarik dan dalam budget yang telah kami tetapkan. setelah beberapa 'rundingan' yang dibuat terus oleh owner travel dan anak makcik, mereka bersetuju akan charge bayaran tiket penerbangan sahaja dan dijangkakan anak lelaki makcik akan sampai dalam waktu terdekat ini. paling cepat esok. inshaallah.. phew. syabas pihak travel atas keperihatinan anda! terima kasih juga atas doa2 pembaca semua...
saya juga terbaca beberapa berita palsu yang disebarkan dengan menggunakan gambar2 yang saya ambil dan telah dikongsi dengan keluarga terdekat makcik. saya mohon jika anda mahu menolong, sila pastikan anda mendapat maklumat yang betul dan benar dari keluarga terdekat makcik dan juga saya sendiri. jangan sewenang-wenangnya memberikan maklumat yang salah dan mengelirukan orang ramai. buat pengetahuan semua makcik aziah tidak koma (unconscious), tidak nazak, dan masih mempunyai harapan untuk kembali sihat! keadaan kesihatan beliau memang merudum dari sehari ke sehari dan berada di dalam keadaan kritikal beberapa hari lepas... tetapi.... nak tengok tak keadaan makcik semalam?
taaadaaa!~
iya... terkejut dan happy sangat saya melihat perkembangan makcik.. alhamdulillah.. saya dan sahabat tiba di hospital semalam.. terkejut melihat makcik sedang duduk dan menunggu kami. meehoon goreng yang saya bawa juga banyak makcik makan. seronok dan happy tengok. oh ya, terserempak juga dengan 2 orang wakil travel yang datang melawat makcik. terima kasih! makcik dah sihat sedikit tetapi kedatangan anak makcik perlu diteruskan ya.. sebab makcik masih memerlukan beliau di sini. kata nurse semalam, makcik belum boleh keluar dalam waktu terdekat ini, masih banyak rawatan yang makcik perlu jalani.. makcik boleh duduk tetapi masih memakai urin tiub dan bantuan pernafasan juga on dan off mengikut keadaan makcik. semasa gambar ni di ambil nurse stopkan sebentar untuk memberi peluang makcik makan dan berbual dengan selesa..
baiklah, setakat itu sahaja hari ini.. saya hanya mahu kongsi akan keadaan makcik.. kepada 'travel' yang terlibat.. segala yang saya share dalam blog ini adalah dari pengalaman yang saya lalui beberapa hari ini.. saya tidak mention di sini nama travel anda, harap anda muhasabah diri.. jangan muncul dengan mana2 identiti travel anda dalam ruangan komen. nanti kata saya pula yang reveal. sudah terhantuk baru terngadah.. dah terang lagi mahu bersuluh. :) jangan marah ya... segala apa yang berlaku akan dilupakan kalau rekod anda memang baik.. jangan lah risau sangat..
yang benar,
Alhamdulillah..terima kasih pada mas dan sumai yang perihatin dan kawan2 mas disana
ReplyDelete