As salam semua..
saya update cerita makcik aziah ya... terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih yang tidak terkira kepada semua penderma terutama sahabat-sabahat saya di Makkah dan Jeddah yang banyak membantu dari segi keewangan dan juga moral support. tu yang penting sebenarnya.. tidak dilupakan kepada semua pembaca saya yang email/mesej saya meminta cara bagaimana untuk turut sama menyumbang. sebenarnya entry saya yang lepas bukan bertujuan untuk meminta sumbangan. tetapi lebih kepada ingin berkongsi cerita tentang apa yang berlaku kepada makcik Aziah. tetapi ramai yang mesej ingin turut sama membuat kebajikan... Mashaallah tabarakallah.. anda semua buat saya terharu. selepas 24 jam, jumlah derma alhamdulillah boleh membantu untuk bayaran ticket!
tidak dilupakan kepada semua ahli group "kenangan Haji & Umrah" di facebook yang turut sama menyumbang dan juga mendoakan makcik Aziah.. semalam ada seseorang yang mesej saya personally bertanyakan perkembangan makcik Aziah dan juga progress urusan visa anak makcik Aziah untuk datang.. mungkin saya agak emosi bercerita tentang travel dan sponsor yang membawa makcik datang.. tetapi kata2 beliau yang sangat positif menyedarkan saya.. katanya "lupakan sahaja sponsor itu, diluar sana masih ramai hamba ALLAH yang boleh membantu. ALLAH memberi peluang kepada orang lain untuk membuat kebajikan.." tepat sekali. ramai yang terlalu baik ingin membantu saya. ada juga beberapa Travel Agent lain yang turut sama mesej saya untuk membantu menyelesaikan masalah ini. tetapi yang 'membawa masalah' itu juga yang saya rungutkan.
Baiklah, mari terus pandang ke hadapan.. bukan ke belakang lagi. mission saya sekarang adalah untuk membawa anak makcik Aziah ke Makkah! saya khabarkan kepada makcik bahawa visa anak beliau dalam proses semalam.. makcik nampak gembira dan tidak sabar. terus bertanya bila anaknya akan tiba.. saya minta beliau doakan supaya segalanya akan berjalan lancar...
walaupun prosesnya tidaklah selancar seperti yang dibicarakan. saya dikhabarkan oleh anak makcik Aziah travel agent tersebut mengenakan bayaran sebanyak 5k untuk tiket dan visa. saya terkejut. ianya terlalu mahal. dan saya juga dimaklumkan bahawa owner travel berhubung terus dengan anak makcik.. alhamdulillah walaupun dia nak charge mahal juga.. tapi masih bersyukur sebab masih sudi untuk berhubung.. masih sudi untuk bertanyakan khabar .. sekurang-kurangnya dia masih ambil berat walaupun call berpuluh kali baru dia jawab. ;) kalau Tn.Hj membaca coretan saya ini.. saya mohon tuan haji kurangkan bayaran yang dikenakan ya.. saya mohon ihsan untuk keluarga makcik dan makcik Aziah yang tak sabar menunggu kehadiran anaknya.. saya ini memegang amanah dari penderma.. saya tidak boleh sewenangkan membayar dengan kos yang tidak munasabah..
bagi yang bertanyakan penyakit mak cik Aziah.., sebenarnya makcik memang dah sakit dari Malaysia.. makcik mengidap penyakit ' liver cirrhosis' yang kronik.. makcik terlalu ingin mengerjakan ibadah umrah walaupun keadaannya tidak sihat. anak2 terpaksa melepaskan dengan berat hati kerana pihak travel sudah berjanji kepada mereka akan sama-sama menjaga makcik di Makkah dan Madinah. mereka tidak mampu untuk sama-sama temankan makcik. merujuk pos saya sebelum ini, (part 1) makcik datang dengan di sponsor sebuah company bersama-sama ahli persatuan ibu2 tunggal. dalam hal ini, pihak travel juga menyalahkan makcik.. kata owner nya, sepatutnya makcik memberitahu mereka dan lengkapkan report kesihatan yang mengatakan makcik tidak layak untuk melakukan umrah atas masalah kesihatan. jemputan ALLAH sudah melambai.. saya yakin 'jemputan' itu melebihi segalanya... dan ia berjaya membawa makcik sehingga sudah benar2 berada di dalam tanah haram makkah sekarang. sebaik sahaja selepas umrah wajib, makcik sakit dan terus berada di hospital sehingga waktu ini...
semalam saya dan beberapa orang sahabat sempat meluangkan masa untuk menziarahi makcik di hospital.. alhamdulillah keadaan makcik bertambah baik. walaupun masih tidak ada selera untuk makan, makcik boleh berbual dengan kami.. :) masih dengan bantuan alat pernafasan namun masih boleh berbicara dalam mengahnya.. progress yang baik.. cuma makcik kepenatan setelah seharian melalui prosedur hospital yang membawa makcik membuat xray dan endoscopy.. wakil travel juga ada sama menziarahi makcik...
terima kasih sekali lagi kepada semua yang turut mendoakan makcik Aziah.. semoga makcik terus kuat berjuang! amin.. saya kongsikan sedikit gambar bersama-sama makcik semalam..
sempat kami bersama-sama bacakan yasin untuk makcik.. inshaALLAH.. semoga beliau segera pulih.. amin.. |
bantu saya ya sahabat sekalian.., doakan anak makcik aziah dapat datang secepat mungkin.. dan juga kesembuhan untuk makcik.. mungkin doa2 diantara kita semua akan terus di angkat dimakbulkanNya... Allahhumma aminn..
yang benar, :)
Aamiin
ReplyDeleteAamiin
ReplyDeleteHi
ReplyDeleteAllah Save U
Allahuma aamiin.
ReplyDeleteAmin..smoga allah mberi pñawar/syifa kpd mkcik àziah..
ReplyDeleteSmoga allah prmudhkn segala urusan..
Assalamualaikum Masnira Ramli
ReplyDeleteSaya Hj Muhd Abdurrahman sebagai Pengurus Mekah/Madinah
Saya adalah anak kelahiran Mekah dan menetap disini
Merujuk kepada masalah Makcik Aziah
1. Pihak Puan Masnira tidak berapa mengetahui keadaan negara ini.
2. Begitu juga pihak Puan Masnira tidak mengetahui cerita sebenar, (dan sudah menyebarkan cerita palsu dan menfitnah sesebuah syarikat yang saya amat mengenali syarikat itu)
3. Perkara yang amat terkilan apabila saya menghubungi anak-anaknya, malangnya anak-amaknya tidak mengatahui masalah kesihatan yang dialami oleh Makcik Aziah
4. Untuk pengatahuan Puan, pihak penganjur ada memberi tawaran kepada anak-anak beliau untuk menjadi pengiring tetapi ditolak.
5. Tentang lawatan oleh staf lelaki syarikat yang datang membuat lawatan, rasanya puan amat kurang memahami dengan keadaan negara ini.
Jikalau tujuan puan menyebarkan cerita ini bertujuan untuk memalukan sesebuah syarikat atau pengendalinya saya harap puan hentikanlah dan carilah cerita atau ilmu yang benar untuk disebarkan.
Semoga suatu hari cahaya kebenaran akan menyinari.
Jika pihak puan tidak berpuashati bole hubungi saya:
Hj muhammad abdurrahman
Whatsaap: 00966 508708337
Call: 006 0164479151
Ajiyad alsud, king aziz street makkah almukaramah.
hj muhammad,
Delete1. apa yg sy tidak tahu dan perlu dijelaskn?
2. bahagian mana yg sy fitnah? boleh jelaskn? itu semua adalah pngalaman sebenar yg sy lalui.
3. sy mmg berterusan berurusan dgn salah seorang anak makcik dan dia sgt jelas akn sakit ibunya..
4. menurut cerita makcik sendiri, pada awalnya pihak pnganjur mahu sponsor anak tetapi last minutes hnya ibu yg dapat!
5. memang staff lelaki yg melawat dan sy tak kata ia salahpun. sy cuma mention staff lelaki yg dtg.
kl sy bertujuan utk memalukn sudah pasti sy reveal nama travel dr awal! 😀
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWaaahhh hangat betul isu ini... hu hu hu ...
ReplyDeletemakin keliru...
Apa2 pun semoga semua urusan dipermudahkan ya... insya Allah