Monday, April 18, 2016

Makcik Aziah.. semoga ALLAH memudahkan urusanmu... (part 1)

Assalamualaikum.. 

Dalam minggu ini, saya berulang alik melawat makcik aziah yang terlantar di hospital king faisal. kisahnya makcik aziah datang mengerjakan umrah dan sakit selepas selesai umrah wajib. cerita makcik aziah ini amat2 terkesan di hati saya sehingga hampir setiap masa saya memikirkan bagaimana keadaan makcik di hospital tanpa keluarga terdekat menemani. iya, makcik aziah datang sendirian dengan ditaja oleh sebuah syarikat. kedatangan makcik aziah bersama-sama rombongan persatuan ibu-ibu tunggal. kesemuanya ditaja dan datang sendirian tanpa keluarga terdekat yang menemani. dengan faktor umur, rakan-rakan yang lain juga mempunyai masalah kesihatan mereka yang sendiri sehingga tidak memungkin kan mereka untuk menjaga makcik di hospital. 

kebetulan anak makcik aziah merupakan kenalan saya di kolej dahulu, walaupun tidak pernah bertegur siapa.. namun, keberadaan saya di makkah ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau mengetahui lebih detail keadaan ibunya. tidak banyak yang boleh saya lakukan.. melainkan dengan hanya pergi ziarah dan menolong sedikit sebanyak sekadar kemampuan saya. mujur, ada suami yang sangat memahami dan juga mendorong saya untuk terus membantu serta rakan-rakan Malaysian in Makkah/Jeddah yang lain yang tidak melepaskan peluang untuk berganding bahu meringankan beban makcik aziah. kedatangan kami setiap kali menziarahi makcik akan memberikan sedikit keceriaan kepadanya walaupun hanya seketika... 

pasti ramai yang bertanya kemana pergi travel agent yang bertanggungjawab membawa makcik aziah dan rombongannya ke sini? ya, mereka ada dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan 'baik' menurut pandangan mereka. kalau mengikut kertas dan peraturan apa yang dijalankan mereka sudah dan amat baik sekali mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi menyantuni jemaah umrah. lebih lagi kepada seseorang yang terlantar sakit seperti makcik aziah. mereka menghantar staff mereka (lelaki) untuk ziarah makcik setiap hari, sesekali mereka turut membawa beberapa sahabat makcik untuk turut serta menziarahi makcik. alhamdulillah.. kata mereka itu sudah lebih dari mencukupi dan sudah terlalu baik layanannya... syukur alhamdulillah sekurangnya mereka masih sudi bertanya khabar dan masih mahu sudi bertanggungjawab walaupun mungkin tiada ihsan ataupun budi bahasa sepanjang layanan itu. walaupun mungkin mereka terlepas cakap pada keluarga makcik dalam tutur kata yang tidak berhemah, atau mungkin terlepas cakap pada makcik sendiri yang jiwanya sedang terlalu sakit dan sensitif dalam keadaan beliau yang kesakitan tanpa kaum keluarga menemani. apatah lagi keadaan keluarga makcik yang pastinya sedang remuk dan gelisah kerana risau akan keadaan makcik. 

owner travel mengatakan bahawa saya tidak memahami apa yang sedang beliau lalui di sini.. dengan ragam jemaah yang pelbagai serta harus melayani setiap panggilan dan pertanyaan dari pihak keluarga pula. ditambah setiap kerja yang telah mereka lakukan untuk makcik diungkit satu persatu.. sudahlah.. kata saya... jangan diungkit jika tidak mahu membantu. kurang keikhlasannya... jangan dimarah jika tidak mahu sama membeban diri... kerana sangat jelas tergambar kurang ihsannya sesama manusia.. dan jangan sombong serta menongkah langit gaya bahasa yang ditutur kerana disitu jelas tergambar kelemahannya tanpa perlu ditunjuk! jika tidak mahu membantu jangan dihina.. cukup lah dengan perkataan maaf. walupun satu perkataan, sudah cukup menenangkan hati yang resah. 

saya menyeru kepada mana2 travel umrah.. niatkanlah sama untuk mengejar pahala akhirat bukan atas dasar peniagaan dan keuntungan semata-mata.. lebih lagi meyantuni jemaah umrah ini saya faham bukan mudah.. banyak kerenahnya.. banyak ragamnya..  tetapi perlu diingat banyak juga pahalanya jika niat yang betul. saya menyeru supaya lebih bersabar dan rendahkan hati.. ikhlaslah dalam setiap layanan yang diberi.. semoga kelak setiap apa yang dilakukan akan di balas dengan kebaikan di dunia dan akhirat.. ini bukan kes pertama yang saya pernah berjumpa.. ada juga beberapa kes lain sebelum ini yang keadaanya lebih teruk!

malam ini... rombongan yang datang bersama-sama makcik aziah sudah berangkat pulang dan makcik berendam air mata kerana doktor tidak mengizinkan makcik ikut serta pulang. keadaan makcik semakin lemah dan kesihatan semakin merudum. semangatnya juga kurang memikirkan beliau masih terkandas di sini. saya menghubungi owner travel dan meminta 'ihsan' beliau untuk membawa seorang anak makcik datang... malangnya kata beliau, beliau tidak mahu bertangungjawab atas kedatangan anak makcik nanti. jika saya mahu anak makcik datang, maka saya perlu memikul seluruh tanggungjwab ke atasnya. istifar panjang saya.. niat untuk membantu di salah erti.. saya cuba berunding lagi.. cuba meminta 'ihsan' untuk menumpangkan anak makcik di mana2 hotel jemaah umrah beliau nanti. jawapannya hampa.. malah, saya dikatakan cuba mengajar beliau membuat kerja pula.. ye lah.. siapalah saya jika mahu dibanding dengan beliau yang sudah lebih berpengalaman dan serba tahu dalam pengurusan jemaah. owner travel pula... sayangnya sudah hilang rasa ihsan dan sebolehnya beliau tidak mahu mempunyai hubungkait terhadap waris makcik. saya meminta anak makcik menghubungi beliau dalam pengurusan visa juga tidak dilayan.. malah disuruh terus berhubung dengan pihak pengurusan tanpa melalui beliau. saya pasti visa juga akan dikenakan bayaran! 

maka saya rasa rundingan dengan manusia begini perlu diberhentikan dan saya perlu mencari jalan yang lain.. jadi, saya melancarkan derma kilat dikalangan rakan-rakan saya di sini untuk sama membantu dalam urusan membawa anak makcik aziah ke sini. terutama untuk pembayaran ticket penerbangan dan juga penginapan di sini nanti.. saya mohon pembaca blog saya untuk sama mendoakan agar urusan makcik aziah dipermudahkan.. terlebih dahulu semoga urusan visa anak makcik segera diselesaikan oleh travel tersebut dan beliau boleh segera datang untuk bersama-sama ibunya.. doakan saya ya semua...! terima kasih. saya update cerita makcik aziah nanti ya... 





yang remuk hatinya memikirkan manusia yg tiada belas ihsan sesama manusia,

3 comments:

  1. Assalamualaikum..beginilah jadinya sekiranya setiap pekerjaan tidak dijadikan sebagai satu ibadah, hingga melenyapkan nilai kemanusiaan krn terlalu memikirkan keuntungan walaupun telah berada di tanah suci. Sbnrnya Allah sedang menguji dan ternyata owner travel umrah ini telah gagal dlm ujian tersebut..wallahuaklam..semoga usaha murni yg mas lakukan akan melegakan pihak makcik aziah, in sha Allah ramai yg akan membantu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..beginilah jadinya sekiranya setiap pekerjaan tidak dijadikan sebagai satu ibadah, hingga melenyapkan nilai kemanusiaan krn terlalu memikirkan keuntungan walaupun telah berada di tanah suci. Sbnrnya Allah sedang menguji dan ternyata owner travel umrah ini telah gagal dlm ujian tersebut..wallahuaklam..semoga usaha murni yg mas lakukan akan melegakan pihak makcik aziah, in sha Allah ramai yg akan membantu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mas..sedih acik baca kisah mak cik aziah..ujian untuk makcik Aziah..semoga anak2 tabah,sungguh tidak bertanggungjawah travel agency tu..bagi tau je namanya mas..supaya orang lain tidak terkena..semoga semua urusan mas dan kawan2 untuk membantu dipermudahkan yang maha esa.semoga Allah memberkati Mas,suami dan kawan2 kerana baik hati membantu pada yang memerlukan

    ReplyDelete