assalamualaikum...
terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya yang serba kekurangan ini. kepada yang hantar message personally kepada saya yang mana saya belum balas. harap maaf. bukan saya tidak mahu membalas. cuma ada sesetengah soalan atau pertanyaan yang saya tak berani menjawab tanpa merujuk kepada mana2 sumber yang boleh dipercayai lagi2 masalah perihal agama. maaf saya bukan orang yang arif tentang agama. saya cuma dipilih untuk tinggal di bumi barakah ini dengan sebab yang menjadi rahsia ALLAH. sememangnya saya insan yang sangat lemah tentang agama. masih dalam tempoh membaiki diri. inshaALLAH kalau ada perkara yang saya tahu saya kongsikan.. jika saya ada sebarang kesalahan saya mengalu-galukan teguran dari anda! saya terima dengan hati yang lapang! :)
baiklah hari ini saya nak kongsikan aktiviti saya weekend yang lepas. khamis malam jumaat yang lepas kami dijemput oleh kumpulan pelajar-pelajar malaysia ummul qura universiti untuk menghadiri majlis suai kenal pelajar baru ummul qura kepada golongan profesional malaysia makkah. saya sangat hargai usaha mereka untuk merapatkan silaturrahim antara kami. bagi yang belum arif tentang ummul qura universiti, ianya adalah sebuah universiti yang berada di dalam makkah. terdapat pelajar yang datang dari seluruh dunia di sini dan ianya fully sponsored by saudi goverment! ya, mereka menerima elaun setiap bulan dan ticket untuk pulang bercuti setiap tahun. oleh itu pada saya mereka yang betul2 layak dan bertuah sahaja dapat belajar di sini. pelajar Malaysia yang berada di sini kurang dari 30 orang. bermakna mereka sangat layak dan yang terbaik di antara yang terbaik! tahniah saya ucapkan. saya berharap agak mereka pulang sebagai seorang yang layak untuk memimpin dan membimbing. mereka kebanggaan negara!
berbalik kepada aktiviti kami tadi, program ini dibuat di kawasan rehlah di hudaibiah bertujuan untuk memperkenalkan 3 orang student baru yang baru tiba ke makkah 2 minggu yang lepas kepada golongan profesional yang berada di makkah. yang seronoknya mereka rent kawasan rehlah ini yang mempunyai kemudahan seperti private swimming pool, bilik istirehat serta kawasan bbq! masyaALLAH memang seronok. sesekali dapat berkumpul dan berkongsi cerita memang seronok. terima kasih sekali lagi saya ucapkan. saya sangat hargai usaha anda semua.. seterusnya kita layan gambar.. :)
rania and the gang,
Mr. dada and the gang.
ikan bakar.
uwais al qarni baby yang friendly and comel.
me and kak zie...
us... :)
private swimming pool. perempuan pun boleh swimming. tidak bercampur dengan lelaki..
syaima'
blogger famous. haji arshad pemilik blog http//:hajiarshad.blogspot.com. thanks for being so supportive. tolong iklankan blog saya.. :)
me in action!
salam sayang:
Salam..
ReplyDeleteTerima kasih atas cerita dari Mekah nie..
Selalu bace dr perspektif lelaki,
kali nie dr mata seorang perempuan..
Teruskan:)
terima kasih kerana sudi membaca. saya hargai. salam ukhwah! :)
DeleteSalam ukhwah sis,
ReplyDeletefrom penang. keep writing ya.
salam ukhwah from makkah... ;))
Deleteinshaallah... terima kasih kerana sudi membaca blog saya ya...
Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat. Nampak suami puan keluar di tv1 malam ini.
ReplyDeletealhamdulillah... terima kasih padaNYA sebab bg ilham nak menulis.. :) td suami saya di interview live. insyaALLAH lepas ni akan menyusul laporan khas tentang project tu. saya update di blog bila keluar nanti ya. terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Deletesalam kenal...dr penang...seronok baca blog dr tempat idaman sy :)...keep update ya...http://syuhaida0110.blogspot.com/
ReplyDeleteHj Arshad tetap ada di mana mana
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteSemuga dalam limpah rahmst Allah.
Terima kasih.
AJ