assalamualaikum...
sudah lama tidak mencurah idea di blog yang baru berusia setahun jagung ini. semangat buka blog baru. tapi memenuhi entry juga jarang. kenapa ya? mungkin bagi saya yang sudah hampir 2 tahun menjalani kehidupan saya disini seperti saya mengulang sebuah kitaran yang sama. keterujaan itu hilang untuk berkongsi cerita. tidak seperti ketika kali pertama saya menjejakkan kaki keluar dari tanahair Malaysia. sedar tidak sedar rupanya sudah hampir 4 tahun saya menjadi perantau di bumi anbiya' bermula di Oman. saya masih merindui Oman walaupun saya tinggal di sebuah tempat yang menjadi idaman ramai muslim! tempat jatuh lagi dikenang..... sebenarnya banyak cerita yang boleh saya kongsi. walaupun kehidupan saya hanya berkisar kepada kehidupan siang saya hanya di dalam rumah, kehidupan malam saya yang hampir setiap hari di masjidilharam dan kawasan sekitar, kehidupan ringkas saya yang hanya sebagai seorang isteri, ibu dan surirumah!ianya berbunyi seolah tiada yang menarik bukan? tapi saya terlupa dalam saya mengulangi rutin harian yang saya sangkakan sebagai biasa itu memberi keseronokan atau curiosity yang tinggi untuk orang lain. saya tidak sedar kerana saya melaluinya setiap saat tetapi orang2 yang terlalu memasang niat untuk ke sini menjadikan kehidupan saya sebagai inspirasi. ianya cukup membuatkan saya bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk menetap di sini. juga terharu dengan layanan orang yang mengetahui saya tinggal di dalam tanah haram makkah al mukarramah. malah perkara yang sering keluar dari mulut mereka "kamu adalah orang yang sangat bertuah dan terpilih!". ayat itu cukup membuatkan saya merasa diri terlalu kerdil di sisi ALLAH. merasa terlalu banyak rezeki yang diberikan berbanding amalan yang saya lakukan. insan terpilih? bertuah? saya tidak pernah merasa begitu. bukan saya tidak bersyukur dengan apa yang saya ada. cuma saya merasakan bahawa diri ini terlalu banyak kekurangan dan tidak layak untuk dilabel sebagai terpilih & bertuah itu. saya masih ingat ketika memenuhi undangan TG Dato' Harun Din ke rumah beliau aidilfitri yang lalu, ketika menjejakkan kaki ke halaman rumah beliau saya dipeluk oleh seseorang yang tidak dikenali dengan begitu erat dan bersyukur serta hampir mengalirkan air mata hanya kerana beliau mendengar saya tinggal di Makkah! bersungguh2 beliau memeluk saya beberapa kali dan mengingatkan saya untuk mendoakan supaya penyakit beliau sembuh. ketika itu beliau sedang menunggu giliran untuk berubat dgn TG Dato' Harun Din. semoga ALLAH memberikan kesembuhan pada beliau. pengalaman sebegitu betul2 mengejutkan saya dari lena yang panjang. hati kecil terdetik "ya ALLAH layakkah aku dengan kurniaan sebegini? berikan ku hidayah ya ALLAH.." amin.
Hubungan silaturrahim yang terjalin sesama manusia juga semakin besar, meluas dan berpengaruh. jujur saya akui, ujian itu bukan mudah. untuk membina/memulakan ukhwah itu sangat mudah. semudah dengan hanya mengukir senyuman ikhlas! tetapi untuk mengekalkan ukhwah itu tersangat sukar dan beronak liku. alhamdulillah sejak tinggal di Makkah ukhwah sesama islam itu meluas dan berkembang. saya telah menemui pelbagai golongan bangsa, kaum, darjat, status. mempunyai 1001 ragam yang sukar diterangkan. ia cukup membuatkan diri ini lebih matang dalam mengenal manusia yang sama disisi ALLAH. cukup untuk bermuhasabah diri dalam menjadi yang lebih baik. semoga ukhwah yang terjalin di bumi barakah ini berkekalan. cuma saya hanya manusia biasa yang kadang2 juga terleka dengan nafsu. maafkan saya sekiranya ada yang tersinggung dengan perwatakan dan pergaulan saya. saya masih dalam tempoh memperbaiki diri menjadi yang terbaik di mata ALLAH. doakan saya ya. :) ramai juga rakan2 yang lama atau baru dikenali meminta saya mendoakan mereka di sini. permintaan itu sebenarnya saya tunaikan dengan perasaan yang sangat gusar sekali. saya takut doa saya tidak layak untuk dimakbulkan ALLAH walaupun saya berdoa dengan sepenuh keyakinan kepadaNYA. saya manusia penuh dosa dan kekurangan. maafkan saya juga andai doa yang kalian pertanggungjawabkan pada saya masih tidak termakbul. hanya ALLAH yang maha mengetahui betapa saya terlalu mengharap semua doa yang saya pinta dimakbulkan. tetapi semua di dalam kuasaNYA. hanya DIA yang maha mengetahui..
hidup ini sangat singkat. saya tidak sedar masa itu bergerak pantas sehingga umur saya hampir bertukar kepada 26 tahun! sudah menjadi seorang isteri dan ibu! subhanaallah.. banyaknya masa yang sudah saya biarkan berlalu seperti angin lalu. tanpa bersyukur dan mengingatiNYA. banyaknya dosa seperti air laut yang tidak akan pernah kering! semoga dosa-dosa itu akan terampun... amin3...
sudah banyak saya bercerita, meluah perasaan atau mungkin berkongsi cerita yang tidak seberapa. sebenarnya saya nak cerita sekarang ni di Makkah sudah dipenuhi tetamu ALLAH yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk menunaikan rukun islam ke 5 kurang dari 2 minggu lagi! masyaallah.. ramai sungguh. membuatkan saya seronok dan teruja untuk ke masjidilharam. terasa kemeriahannya disamping kadangkala tersentuh melihat pelbagai ragam jemaah haji ni. hampir 70% dari jemaah haji ini terdiri daripada orang2 yang berumur diantara 40-100 tahun mungkin. saya selalu sedih melihat jemaah yang berumur berjalan ke masjid dengan keadaan lemah tidak berdaya. tetapi bersemangat untuk beribadat! yang bertongkat, yang terdengkut-dengkut, yang bongkok, mahupun yang berkerusi roda. semuanya berbekalkan objektif yang sama. semua itu membuat saya bersyukur dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 itu di saat saya masih sihat dan bertenaga. oleh itu, saya sukaaaaaa sangat untuk berpesan eh bukan berpesan mungkin hanya ingin memberi sedikit perkongsian kepada anda semua supaya tunaikanlah haji sebelum anda tidak berdaya. kalau boleh utamakan rukun haji melebihi keperluan yang mungkin tidak terlalu penting. mungkin seperti bercuti ke tempat lain.. tetapi untuk menunaikan rukun haji anda letakkan pada tempat yang terakhir. maksud saya anda bercuti ke tempat2 menarik di luar negara tanpa terlebih dahulu mendahului haji. saya berfikir itu adalah kesilapan yang sangat besar! maaf jika ianya kedengaran tidak manis sehingga menyinggung hati. dahulu, saya juga tidak meletakkan rukun haji itu sebagai keutamaan. saya berfikir bila dah tua dan bersedia nanti barulah pergi. nanti bila pergi balik buat dosa lagi. itu juga adalah sebuah pemikiran yang sangat rugi. kita tidak tahu bila kita akan mati! kalau tidak sempat untuk merasa kulit itu berkedut kita sudah mati? selagi rezeki itu masih diberikan tanpa henti, selagi kudrat itu masih kuat marilah kita sama2 mendahului yang wajib. haji itu bukan perkara yang mudah! mungkin terlalu berat/lasak untuk orang tua2 yang sudah kurang kudrat melainkan dengan pertolongan ALLAH. kita akan menikmati keindahan haji itu bila kita masih bertenaga. inshaALLAH... :)
akhir kata, (akhir kata untuk entry yang ini.. inshaALLAH saya akan cuba memaksa diri untuk terus berkongsi cerita. :p) saya terkejut tengok panjang la pulak entry nih! hehe.. melankolik pulak tu. its ok la.. kadang2 jiwa ni memang 'sensimental' sikit.. tapi, alhamdulillah saya berjaya meluahkan perasaan yang bergelodak di hati. bukan senang hendak memecahkan proses incubation. hehe. maaf jika ada yang tersinggung. kalau anda berkungjung ke Makkah jangan segan2 bagitahu dan datang ke teratak saya ya.. saya menunggu... sampai berjumpa lagi. saya rasa gambar saya akan masukkan pada entry seterusnya. (Sebenarnya 1st berblog guna laptop canggih suami.. xabis explore lagi.. tu yang nak masukkan gambar tu saya belum tahu) wassalam... semoga kita semua didalam keredhaan ALLAH.
Assalamualaikum....tahniah dah ada blog tapi tak bagi tahu....senang nak upload gambar pengkerasnya tea tarek aje....selamat berbelog
ReplyDeleteteh tarik jea? moh la kena coffee kat starbuck ke... kl nk lg best kat fairmont.. tp semua kena mr dada yg belanja! haha...
Deleteassalamualaikum..teruskan lah berkongsi cerita disana untuk tatapan kami yg jauh di malaysia...sesungguhnya melalui perkongsian itu mendekatkan kami dengan kehidupan disana...biarpun mungkin hampir sama ceritanya..teruskan..ceritakan hari2 di tanah suci..insyallah jika diberi rezeki oleh allah untuk kesana ingin bertemu saudari..:)
ReplyDeletememang superb kehidupan mu d sana. rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita ada rahsia besar utk kt terus mensyukurinya. tahniah anda tlh membuatkan akak rasa terpanggil2 dgn nostalgia umrah yg lalu. rindu amat nk ke sana lagi, mungkin kita bisa ketemu???
ReplyDeleteAssalam puan,
ReplyDeleteSemuga dalam rahmat Allah dan sehat sejahtera hendaknya selalu.
Terima kasih kongsi kehidupan puan dan keluarga di Makkah Al Mukaramah yang menjadi impian setiap muslim.
Semuga doa doa puan diperkenankan oleh Allah. Doakan saya dan keluarga dapat ziarah Baitullah diwaktu yang terdekat. In Shaa Allah.
Wassalam,
AJ