Saturday, October 20, 2012

Fadhilat Haji.

assalamualaikum pembaca sekalian...

semalam weekend. hari untuk family. maaf saya xsempat menjengah blog pun. menyebokkan diri sepanjang hari. kul 8 pagi saya dah keluar rumah jalan2 breakfast di kawasan masjidilharam. kemudian spend time dengan family ustaz shaharuddin lagi. malam tadi mr. dada dengan ustaz buat umrah dan isteri2 mereka spend time dengan anak2 di rumah. bila anak-anak tidur kepenatan setelah bermain saya dan ustazah mengambil kesempatan untuk berbual2 berkenaan fadhilat haji. hanya tinggal 5 hari sebelum wukuf! woaaa.. saya semakin berdebar2... mudahkan..mudahkan...mudahkan perjalanan hajiku ya ALLAH... dan kurniaankan kami haji mabrur.... aminn.... 

untuk mengisi masa daripada terbuang kami telah mengkaji  brochure  yang ustaz bawa balik semalam..  kelebihan orang2 di sini mereka sudah mengedar/menghebahkan benda yang baik. so banyak brochure/flies yang kami dapat. selalunya dalam bahasa arab, bahasa indonesia dan bahasa english.. so, semalam brochure yang ada dalam bahasa arab. kebetulan ustazah salima ada di rumah. saya pun mengambil peluang meminta beliau translate brochure tersebut! bolehlah saya kongsi ilmu bermanafaat ini untuk anda semua. :) terima kasih ustazah salima! 


the brochure. 

di dalam brochure yang di ambil daripada Imam Rejab Al-Hanbali itu menerangkan serba ringkas tentang fadhilat-fadhilat haji ataupun dorongan untuk haji. terdapat 6 point penting yang telah di highlight. 

1. kelebihan Makkah (tanah haram) 
2. jihad tidak memerlukan peperangan 
3. fadhilat bersedekah pada waktu haji. 
4. kelebihan haji mabrur 
5. petanda2 haji mabrur 
6. ciri2 yang perlu ada pada seorang haji. 

1. kelebihan Makkah. 

Ianya merujuk kepada surah al-baqarah (ayat 125) , surah al imran (ayat 96-97), & surah al-hajj (ayat 26-27) 
*sesiapa yang mengimarahkan, yang berbuat baik di dalam tanah haram ataupun melakukan tawaf di dalam masjidil haram dan melakukan segala amalan ibadah ia merupakan jihad fissabilillah. 
* tawaf itu adalah salah satu jihad di jalan ALLAH swt. 


2. haji adalah Jihad yang tidak  memerlukan peperangan. 

dalam riwayat Soleh Bukhari daripada Aisyah ra berkata : 
"wahai rasulallah, kami mendapati jihad itu adalah sebaik2 amalan, maka tidak adakah jihad bagi kami? (kaum wanita). 
Nabi saw kemudian bersabda: "bagi kamu semua sebaik-baik jihad adalah haji yang mabrur yakni sebaik-baik jihad bagi kaum wanita. 

*kenapa haji mabrur itu disamakan dengan jihad? kerana haji itu menuntut pengorbanan harta dan diri sendiri(badan) 

sepertimana Abu Aisysya'tsa berkata : "aku lihat amalan2 yang baik, maka aku dapati solat itu adalah jihad badan tanpa harta dan puasa juga begitu tetapi haji adalah jihad untuk kedua-duanya dan aku berpendapat itu adalah yang paling baik. 


3. kelebihan bersedekah dalam haji. 

daripada Buraidah ra, daripada nabi saw sabdanya: bersedekah dalam haji seperti bersedekah dalam jalan ALLAH dengan 700kali ganda pahala. (riwayat Ahmad) 

4. Kelebihan Haji Mabrur. 

di dalam Al-Musnad, nabi saw ditanya: amalan yang manakah yang paling baik? 
nabi bersabda: "beriman pada ALLAH yang esa, kemudian jihad, kemudian haji yang mabrur. ianya melebihi semua amalan-amalan dari terbit matahari sehingga terbenam." bermaksud, tiada amalan lain yang boleh melebihi keberkatannya. 

kepada sesiapa yang yang datang berbuat haji di rumah ini (Makkah), kemudian dia tidak berjimak dan tidak membuat sebarang kejahatan dia akan keluar dari dosa-dosanya seperti hari dia dilahirkan. 
bermakna : haji yang diampunkan dosa-dosanya dan dimasukkan ke syurga itu bergantung kepada samaada mabrur atau tidak haji tersebut. 

5. tanda-tanda haji mabrur.

tanda-tanda haji mabrur itu adalah ianya akan mendatangkan perkara-perkara yang baik dan membuat perkara2 yang baik. yakni berbuat baik sesama manusia. 

rasulullah bersabda : haji mabrur tiada baginya balasan melainkan syurga. & mereka (para sahabat) bertanya, "apakah kebaikan haji ya rasullullah?" ianya adalah : memberi makan dan menyampaikan salam.

terdapat juga dalam hadith lain iaitu : 'berkata-kata perkara yang baik.'

6. ciri2 yang perlu ada pada seorang haji 

sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manafaat pada manusia lain dan yang paling sabar pada orang yang menyakitinya sepertimana ALLAH menyifatkan orang-orang yang bertaqwa di dalam firmannnya (surah AL-Imran ayat 134) 

seorang haji yang bergaul dengan manusia yang lain dan bersabar dengan kerenah mereka adalah lebih baik daripada orang yang tidak mencampuri orang lain. 

mereka juga perlu bersikap baik dalam tempoh bermusafir (sepanjang mengerjakan haji). contohnya : bekalan perlulah mencukupi. dinyatakan juga bahawa musafir perlu banyak bergurau sesama mereka tetapi jangan sampai mengundang kemurkaan ALLAH. :) 

selain bersikap baik dengan jemaah haji yang lain, ciri2 yang perlu ada adalah seperti berikut:
* menjaga solat
* memperbanyakkan zikrullah
* menyembelih binatang korban (kerana ini adalah amalan yang amat disukai ALLAH swt dalam haji)
* menjauhi dosa2
*bertaqwa (kerana ini adalah sebaik-baik bekalan)

hasil ataupun rezeki yang datang untuk mengerjakan haji itu juga mestilah dari rezeki yang halal. 


sekian dari saya. semoga kita semua mendapat haji mabrur.... amin.. :) 


salam sayang, 

No comments:

Post a Comment