Monday, October 22, 2012

kesukaran untuk bertemu jemaah haji.

assalamualaikum.......

kurang seminggu sebelum wukuf ni memang terasa bahang2 haji semakin menghantui. lebih lagi sekitar masjidilharam. kawalan keselamatan juga makin ketat. di mana-mana sahaja akan nampak anggota polis saudi sedang bekerja. begitu juga setiap border untuk masuk di kawasan makkah. pengawasan yang sangat ketat kadang turut menjejaskan kebebasan kami yang menetap di dalam makkah nih. kalau ingin keluar dari makkah contohnya mahu ke jeddah iqamah(resident card) mestilah pastikan di bawa bersama sebab akan ada check point untuk memastikan hanya yang tinggal dalam makkah dan yang mempunyai visa haji sahaja boleh masuk makkah. kalau di musim ini memang terasa sungguh bertuah tinggal di dalam makkah. apabila melepasi border makkah dengan senang tanpa soal siasat polis memang bersyukur! lagi2 apabila ternampak orang yang memakai ihram ditahan di border dan tak dapat masuk setelah berniat membuat haji atau umrah. kebanyakkan mereka dari kawasan sekitar saudi terutama dari jeddah. dalam hati turut berdoa supaya dipermudahkan urusan mereka. mereka hanya datang untuk beribadah. tetapi, kalau tidak dikawal mungkin makkah akan dipenuhi penduduk tempatan. tidak adil bagi jemaah haji yang datang jauh dan berhabis ribuan ringgit untuk membuat haji. justeru, kerajaan saudi turut menetapkan bayaran pada penduduk tempatan sekitar saudi yang ingin membuat haji. mereka juga perlu menunggu giliran dan dikenakan bayaran untuk mendapatkan visa haji. sangat adil. 

kawasan sekitar masjidilharam dan hotel2 jemaah haji juga turut di kawal ketat oleh polis untuk memastikan keselamatan tetamu2 ALLAH ini terjamin. agak menyukarkan bagi kami penduduk tempatan untuk menemui jemaah haji atas sebab-sebab tertentu. pertamanya, kerana kawasan sekitar hotel dan masjidilharam terlalu sesak sehingga menyukarkan pergerakan terutama waktu dekat solat. keduanya, kereta persendirian tidak dibenarkan masuk di dalam kawasan masjidilharam kerana jalan ditutup. hanya akan dibuka setelah sekitar masjidlharam tidak sesak dengan pejalan kaki. ketiga, kami tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil/menumpangkan jemaah haji menggunakan kereta persendirian. tindakan tegas akan di ambil seperti kereta akan di tarik dan juga denda sehingga 10ribu riyal dikenakan! itu adalah diantara sebab kenapa saya amat sukar sekali ingin bertemu sudara mara dan rakan2 yang datang.. mungkin sehingga selesai haji.. ramai yang terkejut dengan undang2 yang ketiga itu. sebenarnya banyak kes2 penipuan yang dilakukan oleh kereta2 sapu (kereta yang mengambil penumpang selain teksi awam yang berdaftar) ini. oleh itu tindakan tegas di ambil bagi kejadian penipuan ini tidak berulang. tempiasnya terkena pada kami yang tinggal di sini juga. 

malam semalam saya nekad untuk menemui rakan-rakan yang datang dari muscat, oman, saya dan suami cuba untuk masuk ke masjidilharam sebelum isyak. seperti yang dijangkakan jalan untuk masuk ditutup. jadi kami terpaksa menaiki bas awam yang disediakan untuk kemudahan penduduk tempatan dan jemaah haji yang tinggal agak jauh dari masjidlharam. bas disediakan di kawasan parking kudyai. jadi kami parking kereta di situ dan ambil bas ke masjidilharam. keadaan agak sesak kerana kebetulan petang semalam hujan agak lebat di sini. alhamdulillah walaupun terpaksa berjalan agak jauh. tetapi kami puas dapat menemui rakan2 dari oman yang datang! :) 


jalan jam menghala ke masjid. 

kudyai parking 

bayar ticket untuk naik bas. 5 riyal per person. 


kami... dalam bas. sekali sekala naik bas seronok juga! 

dari tempat bas berhenti ke masjidilharam. perlu berjalan agak jauh dan melalui orang ramai..

fuh, nasib baik mr.dada tahu jalan pintas! xde orang.. 


keluar kat sini. xboleh elak orang ramai.. 

at last solat dalam safwah tower sahaja. dah sampai lambat. sedang azan ketika ini... 

solat sebelah wangian arab ni.... bau semerbak! 

belakang saf lelaki...


sempat rania ajak bonda bergambar. 

finally, jumpa kawan dr oman! rindu sangat pada mereka.. ni gambar dengan kak leha... yang lain xsempat bergambar... :) 

terlalu ramai.. x cukup kerusi n meja... mereka makan di bawah saja..


 perjalanan pulang jumpa sekumpulan jemaah haji baru sampai.. 

seorang jemaah haji sesat sedang dibantu oleh pengawal keselamatan di situ... 


 dah sampai tempat untuk menaiki bas..

tunggu giliran menaiki bas..

dah sampai tempat parking!


salam sayang!

No comments:

Post a Comment