assalamualaikum....
salam pagi rabu rakan-rakan sekalian.. semoga anda semua berada di dalam lindungan ALLAH selalu. waktu di Makkah baru menginjak jam 2 pagi. saya baru siap mengemas. alhamdulillah hari ini menerima tetamu yang baru sahaja menginap di Makkah dalam 2 bulan. di samping makan malam saya selitkan sedikit briefing untuk haji. sekali lagi dengan bantuan ustazah salima. semoga haji kami berjalan dengan baik. saya mohon doa anda semua juga. hari ni 1 zulhijjah bermakna hanya 8 hari sebelum wukuf. saya sangat excited untuk haji kali ini disamping sangat berdebar2. saya kongsikan kemudian kenapa saya berdebar-debar sangat untuk haji kali ini. mungkin dalam kronologi haji saya setelah selesai ibadah haji nanti. dengan izinNYA.....
siapa tengok salam baitullah di tv 1 episod semalam dan hari ni? kalau tengok sedia maklum tentang temubual bersama suami saya. kalau belum tengok nanti saya masukkan video temubual tersebut di sini. sedang2 mencari2 juga video. tapi belum dimasukkan dalam utube atau page rtm lagi. saya update kemudian tentang video itu ya.
apa yang menarik perhatian saya adalah dengan topik yang dibincangkan semalam bertajuk ujian dan pengorbanan. perbincangan menyeluruh tentang ujian dan pengorbanan jemaah haji. apa kata saya luaskan sikit tajuk tersebut dengan ujian & pengorbanan orang-orang yang tinggal di dalam tanah haram yang barakah ini? bunyinya macam banyak sangat ujian & pengorbanannya ya? ujian memanglah banyak sebab ALLAH itu menguji orang-orang yang disayanginya. tetapi pengorbanan itu.. rasanya belum seiring dengan rezeki limpah ruah yang diberikan. malu rasanya dengan ALLAH kalau nak bersedih dengan pengorbanan yang dilakukan bila membandingkan dengan rezeki itu.walau di manapun kita berada mesti kita tidak lari dari ujian & pengorbanan. setiap ujian pasti dituruti dengan pengorbanan bukan? bukan mudah untuk melaluinya tetapi merasai kemanisan dari ujian itu sangat indah sehingga kita melupakan keperitan ketika melalui ujian itu. itu lah kuasa dan kehebatan ALLAH! dia berhak memberi ujian pada sesiapa yang dikehendakinya dan memulihkannya dengan dengan kepulihan setimpal. masyaALLAH.. ALLAHhuakbar!
ujian di dalam tanah haram ini memang lain dari yang lain. bukan mudah untuk melalui nya. pernah ketika saya baru sahaja sampai Makkah 2 tahun yang lepas, anak saya sakit demam panas selama seminggu. saya bawa pergi hospital juga masih tidak pulih sehingga saya berasa sangat tertekan dan ingin pulang ke Malaysia. kemudian, setelah seminggu anak saya tidak makan akibat tongsil, saya dan suami nekad untuk bawa Rania tawaf sunat. tiada cara lain lagi hanya berserah seluruh hati jiwa dan raga untuk meminta pertolongan dariNYA. kami membawa Rania yang tidak bermaya tawaf dan berdoa hanya untuk kesihatan rania. doa saya ketika itu tiada lain untuk kesembuhan rania. alhamdulillah selesai sahaja tawaf kami membawa rania ke food court safwah tower dan rania meminta meehoon goreng dan dia makan agak banyak. miracle bukan? ALLAH mengabulkan doa saya dan suami ketika itu juga.. MasyaALLAH..
ujian yang datang itu kadang-kadang bertimpa-timpa. melatih saya menjadi semakin penyabar kerana saya bukan seorang yang penyabar sebelum ini. ketika dilanda musibah kita akan lebih mengingatiNya.. merintih dan meminta pertolonganNya. DIA rindu untuk mendengar rintihan kita. mengadulah kepadanya insyaALLAH hati akan menjadi tenang. macam-macam ujian yang kami lalui. kalau nak diceritakan di sini memang mengambil masa yang lama. apa yang boleh saya katakan ianya 'BUKAN MUDAH'. pengorbanan yang dilakukan suami buat saya nekad berada di sampingnya walau cita-cita saya belum kesampaian. saya selalu berdoa agar ALLAH tunjukkan saya jalan yang lurus. seketika saya nekad melakukan sesuatu kalau ia bukan jalan yang betul pasti ada sesuatu yang menghalang dari saya melakukannya. sesungguhnya tempat seorang isteri itu adalah di sisi suaminya. memang telah diciptakan wanita dan lelaki itu saling memerlukan. kasih sayang suami tidak boleh saya nafikan lagi. beliau cukup banyak bekorban untuk berada di sini. saya mendoakan agar beliau terus berjaya mengejar akhirat sekaligus berjaya di dunia. saya sudahi entry kali ini dengan mata yang mengantuk. hehe... tak la.. saya sudahi dengan mengajak anda semua supaya melihat orang-orang yang jauh lebih hebat diuji ALLAH jika anda merasakan anda sedang bersedih dengan ujian anda sekarang. mari kita muhasabah diri dengan melihat kekurangan orang lain. bandingkan dengan apa yang kita miliki dengan orang yang jauh lebih sukar untuk memiliki.. semoga kita lebih tabah dan tenang untuk menhadapi ujian itu dan akhirnya redha dan bahagia dengan pengorbanan yang kita lakukan tanpa mengungkit! wassalam...
a cake from F&B manager fairmont hotel Mr. Yusmaini untuk dinner tadi. terima kasih daun keladi! selamat menunaikan ibadah haji untuk semua rakan-rakan saya di Makkah dan juga semua jemaah haji yang berada di sini. semoga ibadah kita dipermudahkan. dan salam aidiladha untuk semua keluarga dan rakan-rakan walau dimana anda berada! .. ...
salam Iera.. selamat menunaikan ibadah haji. :)
ReplyDeletehekmat, terima kasih! :))
DeleteMasyaallah ada kek haji?....tahniah dah ramai penjenguk.
ReplyDeletelast night org baru yg nak join tu nk belajar pasal haji. saya ajak dinner kat rumah. hj yus dtg bawa cake besar! dia ingat kita semua ada. tp its ok.. saya dah wakilkan makan cake tu untuk kita semua. hehehe...
Deleteterima kasih.. alhamdulillah... :)
Assalam,
ReplyDeleteSemuga dalam redha Allah.
Catatan puan kali ini menyentoh perasaan hambaNYA yang kerdil ini.
Jazakillah.
Wassalam,
AJ