Sunday, October 14, 2012

hey princess out there!

assalamualaikum si cantik, si tampan, si manis sekalian..... 

   semalam kan mr dada (my husband nick name) belanja we all makan kat asia restaurant kat jeddah. al kisahnya dada's princess (my daughter nick name) ni nak makan tomyam. so, kami pun ajak la ustaz shaharuddin, ustazah salima n putera puteri mereka yang comel tu join sekali. barulah meriah kan. bising la dalam kereta dengan 3 orang budak comel dan juga mak-mak budak serta bapak-bapak budak yang kalau dah dapat bercakap semua susah nak berhenti. dari mekah ke jeddah sejam setengah, makan 1 jam setengah plus perjalanan balik sejam setengah lagi. so kiralah sendiri berapa banyak masa yang kami spend untuk berbual. macam2 topik timbul. dan yang paling best dan betul2 terkesan di hati saya adalah topik mengenai mahluk special yang dicipta ALLAH bernama 'wanita'. sebelum tu sebagai information ustaz shaharudin dan ustazah salima ni pelajar dari ummul qura universiti sekaligus tempat kami merujuk kalau ada kemuskilan perihal agama. dan yang lagi best ustaz shaharuddin ni sepupu dengan mr. dada... 

seperti yang kita semua sedia maklum, di saudi ni perempuan sangat terbatas. tidak boleh keluar bekerja melainkan pekerjaan yang memerlukan, tidak boleh memandu, tidak digalakkan keluar tanpa muhrim dan macam2 lagilah. pada mulanya saya juga agak culture shock dengan kehidupan begini. pernah juga saya terbaca sebuah article perihal discriminasi pada wanita di saudi. pernah juga nafsu jahat memberontak ingin keluar rumah tanpa suami dan drive kereta seperti kebiasaan di Malaysia memandangkan saya hanya terkurung di dalam rumah setiap hari sebelah siang! saya juga pernah menangis sebab stress sebabnya suami tidak izinkan saya keluar dr pintu rumah semasa ketiadaanya hatta ingin membuang sampah di luar rumah. pernah suatu ketika kami baru berpindah rumah baru. esoknya suami sudah bekerja. ketika saya ingin memasak makanan tengah hari, saya dapati ada terbau gas yang bocor jadi saya stop kerana takut perkara yang tidak baik berlaku. kemudian saya dan rania berlapar! ketika itu biskut atau makanan tanpa masak semua belum beli kerana baru berpindah. bila anak sudah merengek lapar saya sudah tidak keruan dan stress dan merungut kenapalah saya tidak boleh keluar untuk menyelesaikan masalah ini. kalau di Malaysia sudah tentu saya boleh beli makanan di luar! sedihnya hanya ALLAH yang tahu kerana terasa diri useless tanpa pertolongan suami. 

kini saya sudah mengerti konsep ataupun budaya yang diamalkan di saudi. mereka begitu menghormati, menyanyangi dan menghargai ibu, isteri, anak perempuan dan saudara perempuan mereka. dalam erti kata lain yang selalu saya dengar 'they treat their women like a princess!' hatta nabi muhammad saw sendiri dalam khubah terakhir beliau ada menegaskan tentang menjaga wanita ini. menunjukkan betapa perlunya wanita ini dijaga, dikasihi dan disayangi. malah kalau perlu berilah mereka ini pembantu supaya mereka menguruskan rumahtangga dengan sepurna dan berhias hanya untuk suami. (hehe part tu memang saya suka sangat) kalau kita lihat di saudi pembantu rumah itu menjadi satu keperluan. walaupun mereka tidaklah bergaji besar mereka tetap menyediakan pembantu rumah untuk wanita mereka. itu belum termasuk driver, wang saku bulanan..pakej lengkap lah! :) 

jadi, saya yang kini... yang sudah selesa dengan kehidupan gaya saudi jadi begini: 

"hubby, tlolong buang sampah plssss"
"hubby, boleh tak kita shopping hari ni"
"hubby, jom kita makan kat luar.. boleh tak kalau tak masak hari ni?"
"hubby, tolong uruskan itu...uruskan ini....bla bla bla................... 

dan jawapan suami saya yang tak boleh excuse tu hanya 'ya'.. atau 'boleh....'

haha, boleh macam tu ? bila balik malaysia nah semua buat sendiri. no more hubby2 lagi ya... drive sendiri... hantar anak sekolah sendiri..... bayar bill pun kadang2 isteri juga... itu belum masuk hal yang lain... hantar anak tuisyen, groceries shopping.... nak uruskan keperluan sendiri lagi... 

saya?? 

sekarang ni balik malaysia kalau nak buat urusan bank pun terkial2.. haha... itulah padahnya kalau di manjakan sangat! padan muka sendiri. :p 

kesimpulannya yang apa yang penting adalah walau dimana pun kita berada sentiasa menjaga hubungan kita dengan ALLAH dan juga manusia. entry saya kali ini memang agak memihak pada wanita tapi tak bermakna wanita boleh demand macam2 tanpa menjaga hati suami. ingat, mencari redha suami itu juga penting. sama-samalah kita seimbangkan. pengalaman saya disini mengajar saya supaya menghormati budaya di tempat orang dan juga mengutamakan cara islam dari semua segi. selagi boleh menjadi 'princess' saya menghargai peluang itu dan cuba menyesuaikan diri. alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan di sini. soalan yang sering saya terima, "tak bosankah duduk dirumah sepanjang hari? buat apa?" dengan gembiranya saya akan jawab.. "takk.. seronok sangat! macam2 boleh buat dalam rumah!" :) semoga kita semua dapat menjadi princess yang menyenangkan hati  suami dan muhrim kita! salam sayang dari saya. entry saya kali ini ada gambar. enjoyyy....


here goes..princess in saudi . 

nasi lemak at malaysian restaurant in jeddah. 

princess to mohammed rus abbas

hotel in makkah near masjidilharam.

tolonglah jangan merokok dalam tanah haram. saya selalu nampak Malaysia merokok di diSaji restaurant. :(

sebahagian jemaah haji berjalan menuju masjidilharam untuk solat maghrib.


gambar di asia restaurant jeddah semalam. ini princess  ustaz shaharuddin. nur syahadah. 

ini princess mr.dada juga. kalau princess ni yang minta apa2 mmg xboleh excuse! 

anak sulung uztaz shaharuddin. muhammad. 

asia restaurant in jeddah. tomyam mmg the best! 





4 comments:

  1. ye ke kat sana wanita tak leh kuar mesti rasa janggal kan....selalu kat malaysia wanita n lelaki sama je naik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ummie.. mula2 mmg susah nak sesuaikan diri sebab mereka terlalu mejaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. mereka tak suka kalau wanita expose tak tentu pasal. malah pandangan mata pun dijaga.. tp kalau dah biasa kita jadi sangat selesa & appreciate still ada pro n konts. terpulang pada penerimaan masing2.. :)

      Delete
  2. Dulu pun orang selalu tanya : " Tak boring ke duduk Saudi? " sampai jenuhlah nak jawab. Padahal ok je. Sama macam Ira, awal dulu memang stress sebab macam kena kurung. Lepas tu, naik lemak sebab semua mintak tolong suami. Hahaha.

    Anyway, Ira should try tomyam Thai Garden. Much more sedapppppp than Asia Restaurant. InshaAllah one day boleh bawak Ira sebab skrg kedai tu tutup maybe sbb problem dari sponsor. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. really? dekat area mana thai garden tuh? si rania ni kalau dapat tomyam mmg sampai angkat mangkuk! hehehe...

      Delete