Tuesday, July 30, 2013

abaya & niqab.

assalamualaikum!

holla semua readers yang di kasihi...
alhamdulillah kita dah bertemu 10 malam terkahir ramadhan..! alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menikmati nikmat ini. di makkah ni semua masjid sudah mula qiamullail dan seperti biasa semakin ramadhan berakhir semakin penuh rumah2 ALLAH disini. kadang2 sampai di luar kawasan masjid pun masih ada saf. itu masjid yang berada di sekitar tanah haram. kalau masjidilharam mestilah lagi ramai. mashallah! semua berebut2 untuk memaksimakan ibadah di malam2 terakhir. semoga kita semua dapat merasai malam lailatul qadr. inshallah amin3... 

ha, dah tukar waktu bersiaran ni (waktu berblog). hari ni saya berblog waktu petang pula. di kala si 2R sedang diulit mimpi. malam sampai subuh hyper. bonda tak boleh nak mengadap laptop. sekarang ni ada sedikit masa sebelum memasak untuk berbuka. so marilah kita update cerita2 yang tertunggak! ada juga beberapa email dari readers yang saya belum balas. inshallah saya balas kesemuanya nanti. maaf jika saya buat anda menanti. :) 

ada 2 orang pembaca blog saya yang akan bersama-sama saya untuk menikmati kehidupan di tanah suci ini! alhamdulillah. seorang rakan blogger saya yang sudah lama kenal di alam maya tetapi masih belum berpeluang bertemu dan inshallah kami akan berjumpa di sini setelah beliau tiba nanti dari brunei dan seorang lagi dari australia! welcome kak baiti & kak nour. saya doakan semoga perjalanan dan urusan kalian dipermudahkan dan cepat2 kita boleh jumpa! ^_^ 

entry kali ini sebenarnya saya ingin menjawab secara serius tentang soalan2 yang biasa saya jawab di email, ataupun orang2 perseorangan ataupun keluarga saya sendiri yang selalu bertanya tentang abaya dan niqab. kita semua maklum bilamana terdengar tentang saudi arabia mesti tergambar wanita arab yang memakai abaya dan niqab. saya percaya ianya bukan lagi satu benda yang asing pada semua. di Malaysia pun sudah ramai pelancong2 dari timur tengah dan ada diantara mereka yang masih mengekalkan pakaian ini. samaada mereka memakai abaya bersama-sama ataupun tanpa niqab. jadi, soalan yang selalu saya dapat 'tinggal di makkah perlu memakai abaya dan niqab ke?' jawapan saya. ya untuk abaya dan tidak untuk niqab. pemakaian abaya ni sudah sangat sinonim dengan negara saudi. saya tidak pasti tentang undang2. tetapi apa yang pasti semua wanita di saudi arabia perlu memakai abaya ketika berada di tempat2 awam. tetapi di makkah ni mungkin ada sedikit kelonggaran sebab ramai jemaah umrah yang datang setiap masa, jadi pemakaian abaya itu tidak diwajibkan untuk jemaah umrah. berlainan pula untuk kami yang menetap di sini. kalau saya lagi selesa untuk sentiasa memakai abaya kerana saya sangat menghormati wanita saudi yang mengekalkan pakaian ini sebagai pakaian wajib setiap kali keluar rumah. saya tidak mahu menjadi 'perhatian' atau mungkin mendatangkan kemarahan mereka apabila keluar rumah tanpa memakai abaya. 

begitu juga dengan niqab. kalau kita lihat di makkah ini sudah ramai expatriate. jadi sudah ramai wanita yang tidak berniqab. ianya juga tidak menjadi satu 'kepelikan' bila saya tidak berniqab di tempat awam. kebiasaannya wanita saudi berniqab. tetapi mereka sudah agak terbuka tentang pemakaian niqab. saya tidak mahu menyentuh dari segi hukum kerana itu bukan kepakaran saya. saya pernah berbincang topic ini dengan ustaz dan ustazah yang belajar di sini. ada banyak pendapat tentang pemakaian niqab dari segi hukum. mungkin saya akan jelaskan bila habis menuntut nanti. hehe. namun tinggal di dalam makkah tidak mewajibkan untuk kita berniqab. TETAPI mereka menggalakkan. saya hanya berniqab di tempat2 yang saya rasa saya perlu pakai. contohnya kalau pergi ke pasar sebab terlalu ramai lelaki di kawasan tersebut. malangnya saya agak tidak selesa untuk memakai niqab jadi saya elakkan untuk pergi ke kawasan tersebut. cuma satu tips dari saya kalau tidak mahu memakai niqab kita jangan mudah untuk senyum pada sesiapa terutama lelaki. mereka akan beranggapan 'lain' nanti. di sini, slogan 'senyum itu satu sedekah' yang glamor kat malaysia tu tak boleh digunapakai! ^_^ kalau anda berniqab tidak ada masalah malah anda akan rasa lebih dihormati. 

saya amat2 menyeru supaya kita lebih menitikberatkan soal pemakaian ketika berada di sini. baik untuk datang umrah atau haji mahupun untuk terus menetap disini. lebihkan banyak mengkaji dan membaca. kadang2 apa yang kita rasa sangat baik/sopan belum tentu baik disini. contohnya untuk jemaah umrah, anda memakai baju yang labuh, longgar tetapi warna yang terlalu terang. itu tidak cukup sempurna. anda mengguna telekung yang cantik tetapi diperbuat dari kain lycra sehingga tersembul apa yang tidak perlu ditonjol itu juga tidak sempurna. anda memakai abaya/jubah/jalabiya tetapi tidak memakai pakaian didalamnya yang sempurna itu juga tidak cukup sempurna. kadang2 tu pakaian sangat baik dan cukup sempurna tetapi anda ketawa/bercakap terlalu kuat sehingga menarik perhatian orang lain itu juga perlu dipertimbangkan. begitu juga dengan kaum lelaki. kalau pakai jubah tolong lah pakai pakaian dalam jubah (biasanya seluar dan baju tshirt nipis bewarna putih). dan jangan pula keluar dengan hanya memakai pakaian dalam jubah tu. saya selalu nampak jemaah umrah malaysia lelaki keluar dengan hanya memakai pakaian di dalam jubah itu. tolong jangan pakai. saya rasa lebih baik anda pakai baju melayu dengan kain pelekat dari pakai pakaian dalam jubah tu! maaf jika saya menyinggung. saya fikir kita sangat2 perlu untuk menghormati dan menjaga sensitivity orang tempatan. 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum'. :) 

saya ingin berkongsi gambar polis agama (religious police) ataupun di sini dikenali sebagai mutawwa. tugas polis ini adalah untuk menegur orang2 awam yang tidak mematuhi hukum2 islam ketika berada di luar. contohnya seperti tidak memakai pakaian yang sempurna baik lelaki mahupun wanita, tidak solat ketika masuk waktu, dan juga memastikan semua kedai tutup ketika masuk waktu solat. selalunya saya nampak di dalam shopping mall. saya selalu nampak mereka menegur remaja saudi lelaki yang berpakaian tidak sopan. saya pernah juga nampak di sekitar masjilharam dan kawan saya pernh ditegur kerana menampakkan lengan ketika sedang berbual. (lengan baju besar dan tidak memakai hand sock). mereka tegur dengan cara yang baik dan berhemah. saya pernah nampak mereka senyum dan ketawa dengan remaja saudi ketika menegur remaja tersebut yang merokok di sekitar masjidilharam. jadi sesiapa yang selalu merokok di sekitar masjidlharam tu terutama di restoran disaji, AWAS! 

gambar dari google saja k. sebab saya selalu takut untuk mengambil gambar mereka bila terserempak. gambar di atas ni mungkin dalam shopping mall.

macamnilah lebih kurang keadannya. :) rombongan ini biasanya akan ada seorang atau lebih yang memakai jubah penuh warna hitam dan ada line keemasan. 


ok lah, nak masak dulu! bye.

Thursday, July 25, 2013

Malam-malam ramadhan



Assalamualaikum...!

dah berapa hari tak update blog nih! my 2R sekarang ni dah betul2 tertukar waktu tidur. malam memang berjaga dan siang tidur. tsk..tsk.. rania pukul 6 pagi baru tidur dan kadang pukul 6 petang baru bangun! dah consider puasa dah. so, masa tidur kami dah sama. bila saya tidur rania dan rasyad pun tidur. bila saya bangun, rania & rasyad masih tidur lagi. kadang2 mereka dah bangun pun saya pula yang masih tidur. hehe. jadi waktu berblog pun tak menentu. saya hanya boleh berblog bila mereka tidur. kalau bangun saya takkan boleh menaip sambil menjawab 1002 soalan yang datang dari rania. :p 

ok, bulan puasa ni.. kota makkah memang bertukar 100%! bulan ramadhan tu memang sangat meriah. saya suka. kota makkah akan betul2 penuh bila bulan ramadhan dan musim haji. tetapi kemeriahan itu berlainan. kalau bulan ramadhan semua benda kat sini jadi bertukar. waktu2 bekerja, waktu2 keluar, waktu beribadat, dan waktu operasi kedai/mall, waktu tidur, waktu berjaga, waktu makan, semua bertukarlah! waktu bekerja biasanya half day sahaja. kalau office mr.dada waktu bekerja sepanjang ramadhan ini adalah dari jam 6 pagi sehingga 12 tengahhari sahaja. pejabat kerajaan juga half day! dan 10malam terakhir banyak office yang sudah mula bercuti bagi memberi peluang semua pekerja hanya memberi tumpuan untuk beribadat. sangat istimewa bukan? :) yang paling menarik waktu operasi tempat shopping juga turut bertukar. biasanya mereka akan beroperasi dari jam 9 malam hingga 2 pagi. ada juga yang buka sehingga subuh! jadi masih boleh shopping selepas selesai terawih. phew. jam 12 hingga 2 pagi itu waktu kemuncak. waktu macam ni memang ramai dalam shopping mall. beberapa malam ni saya sempat ke makkah mall, mall of arabia, jeddah dan juga spend time di taman depan rumah sahaja. jom tengok gambar nak? 

ini makkah mall. gambar saya ambil dari en.google sahaja. shopping mall ni masih baru. berada dalam kawasan aziziah(masih dalam tanah haram) :) kalau sesiapa yang nak datang ke sini dari masjidilharam, boleh ambil teksi. make sure berpakaian yang proper ok. kalau pakai abaya lagi bagus. supaya tidak dipandang pelik nanti sebab ini tempat orang tempatan. 


saja nak bagitahu ada butik paris hilton dalam makkah mall ni. hihi... lagi ada butik2 brand gap, zara, clarks, hush puppies, coach dan banyak lagi lah. butik2 yang menjual abaya2 berjenama pun ada. harga around 450-1000++. kualiti memang tiptop! :) 


ni gambar rania dan hanim (kawan rania baru kenal) di playground betul depan rumah saya. masa ni jam 1.30 pagi! masih hyper budak2 ni bermain... 

orang2 di sini suka picnic. dimanapun boleh picnic. tak perlu cari laut atau air terjun. hehe... ni gambar curi2 ni.. 

budak ni seronok betul. 



view playground dan jogging track dari depan apartment saya. 

malam kedua bawa rania bermain, sekumpulan orang2 yang picnic tu panggil saya join sekali. mereka fikir saya orang Filipino.. mungkin sebab dengar rania berbahasa english. then bila saya kata 'ana malizi'. mereka terus kata ohhh mashaallah kuwais..kuwais... kemudian bagi saya tea.. suruh makan macam2.. sampai kenyang sangat2.. kalau sesiapa yang pernah bergaul dengan orang arab, tentu maklum yang mereka ni sangat2 pemurah. kalau melayan tetamu mereka akan menghidangkan macam2 juadah dalam portion yang besar. kita kena makan sampai habis. kalau tak selagi tu mereka akan paksa makan. hihi... lepas ni kalau ni datang umrah atau haji, kalau jumpa orang2 arab nak bagi/share makanan/minuman ambil saja! mereka akan terasa hati kalau kita tolak. 


malam semalam mr.dada tu teringin nak berbuka di luar.. so, kami ke jeddah. rupanya restaurant dalam shopping mall semua tutup. yang buka hanya food court. yang lain semua buka selepas jam 9 malam. tengok gambar ni. legang sangat. orang pun masih belum ramai. 

sambil2 menunggu.. marilah kita bercam-whore. 
sekarang dah 15ramadhan... sekejapnyaaa.... orang kat malaysia dah dengar lagu raya... nasib baik kat sini tak de lagu raya.kalau ada pun mungkin saya yang tak faham. tapi selalunya saya dengar alunan ayat2 al-quran dimana2 waima di dalam shopping mall pun. seronok kan. mereka semua sangat3 menghormati bulan mulia ini. mashallah.... ^_^ setiap malam masjid penuh hingga luar masjid! semakin ramadhan sampai ke penghujung, semakin penuh rumah ALLAH. bukan hanya di makkah, tetapi di jeddah juga dan saya percaya seluruh saudi juga begitu. sedihnya saya masih belum boleh solat jadi saya belum boleh ke masjidlharam.. oleh itu saya tidak boleh berkongsi suasananya di sini... its ok, esok saya paksa mr.dada ambil gambar sekitar masjidilharam! 
 erm, ok lah... saya nak prepare untuk sahur nih... nanti sambung cerita lagi. byeee... 


Thursday, July 18, 2013

Nostalgia Haji..

cepatnya masa berlalu. hari ni dah 10 ramadhan 1434h. tak terasa masa bergerak pantas! lagi2 kalau kat makkah ni. siang pesta tidur, malam pesta ibadah. hehe... memang tak terasa masa yang bergerak! bunyi macam ada benda tak kena je bila sebut siang tidur je kann.. ishh makruh banyak tidur waktu siang. tapi nak buat macam mana sebab malam biasanya kalau ke masjidlharam paling awal sampai rumah pukul 1 pagi. then tidur sekejap pukul 3.30 - 4.00 sahur pastu subuh dah.. berapa jam je dapat tidur. (alasan....) mr.dada bulan puasa ni kerja dari 6 pagi sampai 12 tengahhari je. best2. ^_^

lepas ramadhan syawal. lepas tu dah bulan haji... haji.... haji! bestnya haji... teringat/ rindunyaa time buat haji. 1001 pengalaman manis pahit masam masin semua ada! kalau nak cerita 3 hari 3 malam pun belum tentu abis. sampai sekarang bila teringat boleh senyum sambil nangis sorang2..penat dia pulak macam baru lepas lari beratus2 kilometer. dasyat tak? bila penat tu jalan pun rasa macam tak larat, macam nak merangkak je kat situ! tapi, lepas penat dah hilang rasa seronok. seperti dilahirkan semula...... :))  tahun ni kami tak buat haji.. sebab rasyad masih terlalu kecil. so, kami plan nak balik malaysia masa tu. sebab kalau ada di sini tapi tak buat haji rasa macam rugi sangat2... rasa macam tak senang duduk di rumah nak juga pergi ke arafah! so, lebih baiklah kami pulang menemui keluarga tercinta. family pun excited tunggu kami pulang bawa ahli baru. 

tadi sambil selak2 album2 dalam laptop, tengok lah album masa haji... haji 2 tahun lepas dan tahun lepas.. bila tengok gambar2 tu.. teringat sangat2 pengalaman haji plus rindu pada orang yang pergi sama2 dalam 1 group. ada yang dah balik malaysia 4 good.. ada juga yang dah berhijrah ke tempat lain.. yang tinggal hanya pengalaman manis kami bersama-sama susah senang dalam group tu. selamanya pengalaman itu akan kekal kat situ. jom kita tengok gambar2 tuh. random je. gambar2 yang ada memori.. 



hari wukuf. rasanya ini OKU.. kuat semangat beliau.. kelihatan beliau hanya seorang diri.. sungguh cekal beliau. 

it was 2 years ago... our 1st haji! rania is 2 years old... ni gambar dalam lori kambing! haha... masa tu kami keluar dari arafah nak ke mudzalifah.. kalau jalan kaki agak jauh.. rezeki kami dapat tahan dan tumpang lori kambing! walaupun masih kuat bau kambing dan ada tahi kambing sikit2 dalam lori tu.. kami happy sangat sebab dapat naik lori. haha... hilang sekejap rasa penat berpanas di arafah. rania pun enjoy sangat. sampai sekarang pun dia masih ingat! 

diantara ahli group kami.. tengok tuuuu... semua senyum lebar dapat naik lori kambing! kalau tanya saya sekarang nak naik lagi tak?? saya jawab.. YES,YES!! NAK..NAK.. NAK!! haha.. 

kemain bergambar n enjoy the ride.. gaya macam naik cruise yang mahal tuuu... 

long q untuk ke toilet. toilet perempuan pun sama... sabar menunggu?? hihi...

bas yang terbuka bumbung..untuk orang2 yang tidak boleh menutup kepala pada hari tersebut.

kat dalam dah tak muat? maafi muskilah... kami boleh duduk atas bumbung! yang penting dapat bersama2 mengerjakan ibadah haji. hari ni dapat duduk atas bumbung tu pun dah kena bayar 50riyal tauu.. 



cop2! ini sign language yang biasa kita nampak orang guna kat sini! sebagai tanda untuk minta orang tunggu atau bersabar. biasanya kalau dah keluar tangan macam ni means dah marah le tu... saya xsuka tengok orang buat macam ni . masa ni nak pergi melontar.. tengah cari parking dan terperangkap dalam jam! biasalah macam2 gelagat driver2 di sini.. semua menguji kesabaran. ni tangan ustaz syaharudin semasa mr.dada sedang memandu.  


pemandangan biasa semasa musim haji... sampah di merata2... 

pasukan rumah kuning. lol. 

tau tak orang2 kat sini yang berbangsa arab baik lelaki mahupun perempuan dah biasa melagakan pipi dan hidung masa bertemu. ni yang dapat saya capture... berlaga janggut u all... haha... xpe la kann.. hidung mancung.. kalau kita nak laga hidung??? 

ada yang tengah solat, ada yang tertidur kepenatan.. nampak macam orang tu tengah solatkan orang yang tidur tu pulak.. hihi.. 

masa ni kami terperangkap dalam jam semasa nak pergi melontar hari ke dua. sebab waktu solat asar dah hampir abis, kereta tak bergerak, masjid jauh.. kami decide untuk parking dan solat di atas pembahagi jalan.. mula2 orang lelaki solat, perempuan jaga anak2 dalam kereta.. tengah mr.dada n ustaz sya solat ada pula yang datang n masuk saf! alhamdulillah... :) 

haji n hajjah kecil ni. mereka yang paling seronok!  


ni gambar paling best! balik dari melontar.. tengah jalan2 pergi parking kereta nampak ada kereta lalu dengat boot terbuka, pastu nampak orang2 ni dalam boot tersebut. haha... relax jea... tak muat kereta.. duduk dalam boot pun boleh... 

gambar ini menyentuh hati... pak cik ni keseorangan...tua dan kelihatan tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan melontar. begitu menyentuh hati saya... 

dan ini juga... jemaah dari indonesia... kebetulan saya berada tidak jauh dari pak cik ni yang terbaring, telantar tidak berdaya... kepenatan... dan yang berdiri tu nampak macam mutawif. saya dengar dia sedang cuba meminta bantuan untuk pak cik tu.. kasihan.. ya ALLAH... hampir mengalir air mata melihat keadaan pak cik itu yang tidak berdaya di laluan oarang ramai. kalau ank, isteri atau saudara terdekat yang berada jauh di indonesia tahu atau melihat keadaan ini bagaimanakah agaknya perasaan mereka?? 
gambar terakhir.. ada banyak lagi... tapi setakat ni yang ini dahululah... gambar kereta tengah memanjat pembahagi jalan untuk menukar haluan menyelamatkan diri/keluar dari jam! teka selepas tu kereta siapa pulak yang buat macam tu? kereta kamilah! dannnnn the driver issssss my MR.DADA! u r the bestlah dada! setakat ni dah 2 tahun berjaya mengharungi kesesakan haji. macam2 skill dah tunjuk. :p


ya ALLAH... rindunya kenangan2 ketika buat haji.. semoga berpeluang mengerjakan ibadah haji lagi selepas ini. aminnn... cepat besar rasyad! kita boleh buat haji.... setakat ini dahulu. dah pukul 6 pagi. nak tidur. byeee... >_< 


Tuesday, July 16, 2013

wajah baru.

assalamualaikum! 

hy readers. kali ni saya nak berkongsi cerita/ gambar tentang tempat idaman kalbu semua umat islam. sebagaimana yang kita semua tahu, sekarang ni kota mekah dalam proses pemodenan. kalau kita lihat banyak tempat dalam tanah suci terutama sekitar masjidlharam sedang dalam pembangunan yang hectic! progress pula sangat cepat! 

kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini, 

kerajaan saudi juga menasihatkan supaya menangguhkan kedatangan umrah atau haji sehingga kerja panambahbaikan ini selesai. dan ianya dijangka mengambil masa 3 hingga 4 tahun. 

jom kita tengok gambaran apabila kerja2 pembangunan dan pemodenan rumah ALLAH ini selesai. 

wajah kawasan tawaf sekarang. kerja2 pemasangan tempat tawaf bertingkat yang sementara dijalankan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para jemaah sebelum tempat tawaf yang yang sebenar siap.

gambar-gambar di bawah adalah gambaran wajah2 baru yang akan datang. tak sabar rasanya menunggu! :)










ini video untuk keseluruhan projek.

semoga projek ini berjalan seperti yang dirancang. thanks to mr.dada ( cost consultant untuk projek pembesaran masjidilharam) yang sudi berkongsi serba sedikit tentang projek ini untuk pembaca blog saya.




sekian,

Saturday, July 13, 2013

kanak-kanak vs masjid.

Tajuk blog agak panas. kalau di Malaysia isu membawa kanak-kanak ke masjid ni tak sudah2. :p lagi bila menjelang ramadhan kan. ibu bapa ingin beribadat. tapi, runsing memikirkan anak-anak. lagi2 yang masih kecil. kalau di bawa ke masjid pula, seribu persoalan bermain di minda! bagaimana kalau anak nangis? macammana kalau anak tak nak behave masa solat. nanti apa kata orang lain? kalau ada orang marah anak saya macammana? pendek kata, macam2 lah yang seorang ibu akan fikir. sudahnya tak perlu pergilah.. duduk dirumah lagi baik! betul. menjaga anak adalah suatu kewajipan berbanding dengan amalan2 sunat. jadi perlu dahulukan yang wajib. saya terbaca tentang kisah seorang ibu yang ingin membawa anaknya solat terawih tetapi runsing memikirkan bagaimana persepsi orang! boleh baca disini dan juga ini. saya pernah mengalami situasi yang sama. semasa di Malaysia saya pernah bawa rania ke masjid dan saya mendapat pandangan 'kurang baik' jemaah lain. ketika rania ingin solat bersama saya. seorang makcik tegur saya dengan agak kasar "putus saf la kalau macam tu! tu pun xtau." rania terkebil2 dan saya terus beralih kebahagian hujung saf di mana rania boleh solat bahagian hujung saf! akibatnya rania tidak mahu ke masjid lagi bila di malaysia. katanya kalau di Malaysia budak2 tidak boleh ke masjid.

kemudian saya terjumpa satu article yang sangat baik sebagai perkongsian bersama. boleh klik pada link dibawah.

mungkin ada yang kurang bersetuju dengan saya. mungkin ada juga yang berkata 'kamu tinggal di makkah memanglah boleh anak ikut ke masjid.. kat situ kan dah biasa macam tu'. betulah tu, enviroment mengajar anak saya tanpa perlu saya memaksa. kenapa? sebab orang2 di sini sangat suka kalau kanak2 ke masjid. mereka tidak memarahi malah kebanyakkan mereka menyediakn sweet/biskut supaya boleh dihadiahkan pada kanak2 yang mereka suka di masjid. kanak2 di sini telah diajar dari kecil untuk ke masjid terutama anak2 lelaki. mereka tidak akan bising atau bermain2 di dalam masjid. kalaupun mereka tidak mahu solat mereka hanya duduk dan menghormati orang2 lain bersolat. mungkin ada juga yang nakal, budak2 kan lain2. tetapi nakal itu tidaklah sehingga mereka berlari2 di dalam masjid, menjerit2 sehingga mengganggu orang lain solat. mengapa? kalau kita lihat kanak2 disini lasak dan hyperactive mereka itu jaaaauhhh lebih teruk dari anak2 kita yang memang di latih dari kecil supaya menghormati orang lain, makan dengan tertib, hormat orang tua.. tetapi kanak2 di sini sangat aktif! kalau lihat mereka bermain di playground memang menakutkan lasaknya! hehe.. tetapi boleh dikawal ketika berada di dalam masjid. pelik? tak perlu. sebab mereka telah dibiasakan di masjid seperti kita membiasakan anak2 kita jaga adab ketika makan diluar, jaga tatatertib ketika dibawa ke rumah orang lain. jaga perilaku ketika di shopping mall.., TETAPI jarang sekali kita membawa mereka dari kecil ke masjid dan keep on telling them 'ini tempat untuk kita beribadat, sila behave, sila hormat orang lain, jangan bising.' kalaulah anak2 darjah satu ataupun 2, pendek kata umur anak2 yang suka lari2 tu boleh behave dalam library sekolah, ketika cikgu membebel di perhimpunan sekolah tetapi mengapa mereka tidak behave ketika imam membaca kan surah dalam solat jemaah?? renung2kanlahh... :))

SEBAB.... anak2 kita di Malaysia tidak dibiasakan di masjid.. pada persepsi mereka masjid itu tempat yang sangat asing. kalau kita boleh mendidik anak kita makan dengah tertib sehingga boleh bawa fine dining di hotel, mengapa tidak boleh mendidik mereka tatatertib ketika di dalam masjid. tidak susah kalau kita selalu ke masjid. apa kata bila kita keluar shopping atau makan2 diluar singgah di masjid bawa anak2 untuk solat berjemaah seketika. bawa semasa orang tak ramai seperti solat zohor, asar ataupun subuh untuk tujuan mendidik. janganlah masa terawih setahun sekali baru bawa. memang culture shock lah anak kita tuh! :) saya menulis untuk rujukan diri sendiri juga. saya bukan bermula dari basic yang baik. saya juga tidak pernah ke masjid ketika kecil. saya pun tidak membawa anak ke masjid  sebelum saya tinggal di sini. tetapi apabila tinggal di tanah suci ini ia betul2 membuka mata hati dan minda. melihat anak saya boleh solat bersama di masjid dan mengawal diri sendiri tanpa perlu saya susah2 bagitahu itu memberi kesedaran. melihat anak2 oarang lain terutama yang lelaki solat sebaris dengan oarang dewasa itu cukup membuat saya terkesima. dan melihat anak2 lelaki yang ke masjid sendiri tanpa di suruh ibu bapa ketika masuk waktu solat itu betul2 menarik hati! itu belum lagi melihat anak2 muda di pakai 'up to date' dengan seluar koyak2.. cap terbalik.. masuk ke masjid ketika sedang shopping/lepak di dalam shopping mall! kadang2 tu pakai seluar pendek pun slumber je masuk masjid & solat! bukankah itu menunjukkan betapa mereka sudah 'terlalu biasa' dengan masjid. solat itu wajib dan tidak kira walau apa pun keadaannya mereka ketika itu mereka mesti solat!

jom kita tengok koleksi gambar rania dalam masjid sepanjang 3 tahun ni... alhamdulillah syukur atas kesempatan dianugerahi... 
semasa umrah kami yang pertama dari muscat oman. rania 1 year old. tertidur di tepi rak al quran.. 

met new friend dalam masjid. anak2 ini ibu mereka sedang solat. 

again. met a new friend! rania 2 years old. masa ni kami dah berpindah ke makkah. it was exactly a year after our umrah trip. 

orang lain sedang dengar khutbah. rania tengah buat sujud syukur. hehe.. 

now, she made duas... :) 


rania now... 4 years old.. a picture taken last week before ramadhan. dada bawa rania ke masjid for tawaf ! alahai anakku kalau tak de bonda senget benget tudung. :) 

rania yesterday night! ikot dada pergi masjid untuk terawih. alhamdulillah... :) 


please parents.... bagi anak anda peluang untuk mengenal masjid.!