Thursday, July 4, 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!

as salam..

kalau ramadhan hampir menjengah kita, kita tak dapat lari dari perasaan sedih kan? padahal ramadhan itu bulan keberkatan, bulan yang baik dari segala bulan, bulan untuk kita mengumpul sebanyak pahala yang boleh. sepatutnya ia disambut dengan kegembiraan dan kemeriahan. kalau di Makkah saya panggil pesta ibadah! memang terasa kemeriahannya. tetapi mungkin dari kecil kita sudah dibiasakan bulan ramadhan ni banyak cerita2 sedih, iklan tv pun banyak yang sedih. then, pada bulan ni kita terasa  rindu atau ingat pada orang2 yang berjauhan atau yang telah tiada. kenapa? kerana biasanya bulan ramadhan menjadikan hubungan kekeluargaan bertambah erat. kalau saya, dari kecil sehingga sebelum kahwin, sahur dan berbuka itu pasti bersama-sama keluarga. wajib. :)

sepanjang 5 tahun perkahwinan, tahun pertama berpuasa kami masih di Malaysia ketika itu saya pregnant 4 bulan. tahun ke dua kami berpuasa di muscat oman. pengalaman pertama berpuasa yang buat saya betul2 rasa bagaimana tanggungjawab seorang ibu/isteri ketika menyambut kedatangan ramadhan. bukan mudah. lebih lagi berjauhan dari tanah air dan keluarga. pertama kali saya rasa betapa susahnya nk bangun, masak dan bersahur. hehe... malahan saya masih menyusukan rania menyebabkan saya perlu ambil makanan heavy ketika sahur. penyelesaiannya saya tidak tidur sehingga  sahur. selesai bersahur dan solat subuh barulah saya tidur. :) begitu juga dengan tahun ketiga. bonusnya pada tahun ketiga, kami menyambut ramadhan di Makkah! berpeluang berbuka, tarawikh & 10 malam terakhir stay  di masjidilharam sehingga sahur untuk sama2 bertahajjud! lepas subuh baru tidur kemudian lepas asar pergi lagi ke masjid. pengalaman luar biasa yang membuat saya rindu. tahun itu apabila ramadhan hampir habis, hati terasa sngat sayu. pertama kali juga merasai perasaan yang begitu. selalunya seronok je sebab nak raya kann... :) tahun lepas, saya mengambil peluang untuk berpuasa penuh di Malaysia bersama-sama keluarga tercinta setelah 2 tahun tidak berpuasa di Malaysia. ya ALLAH seronoknya sebab rindu pada makanan yang enak2 masakan mak dan bazar ramadhan. walaupun suasananya amat2lah jauh berbeza dari Makkah! dalam keseronokkan bersama keluarga, menitis juga air mata apabila teringat suasana berpuasa di Makkah dan mr.dada yang berpuasa tanpa kami di makkah. walaupun saya pasti beliau sedang menikmati ibadah tanpa gangguan. hehe..

tahun ini, saya sekali lagi berpeluang berpuasa di makkah. semestinya amat berlainan sekali kerana kehadiran ahli baru. bagaimana pula keadaannya nanti. sudah pasti saya tidak dapat beribadat di masjidlharam memandangkan keadaan rasyad yang masih kecil dan saya yang masih lagi dalam tempoh berpantang. harap2 saya dapat turut sama berpuasa. ;) bagaimana pun perasaan rindu untuk berpuasa bersama-sama keluarga itu memang tidak dapat di elakkan. kalau tahun lepas tidak bersama suami, tahun ini tidak bersama keluarga pula.. hakikat apabila tinggal jauh dari tanahair.. tidak semua yang kita mahu itu ALLAH akan bagi dalam masa yang sama kan? ada yang dapat dahulu... ada yang kemudian dan ada yang tidak dapat terus. hanya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita bukan? oleh itu, bukakan hati lapangkan minda supaya lebih menghargai segala nikmat yang dianugerahi... inshallah.. aminn...


Gambar dr google >_<

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG YANG DISAYANGI... :) 






No comments:

Post a Comment