Sunday, July 7, 2013

Pantang yang yuk.

setiap orang pantangnya lain2 kan... macam2 petua, macam2 ragam and macam2 adaa... saya? saya pantang tengok! eh, tak la. gurau saja.. saya juga berpantang .tapi dengan cara saya sendirilah (ayat cover) kalau mak saya (orang pahang) masa berpantang memang makan nasi panas, lada hitam tumbuk dan ikan masin sajerrr.. air pun xboleh minum banyak. sayur n buah? langsung tak boleh makan! ngeri kan? mak mertua pula (orang jawa selangor) lain versionnya. boleh makan ikan n sayur tertentu sahaja. suami saya pulak, semua yang internet kata boleh makan, beliau bagi saya makan. yang internet kata tak boleh pun kadang2 beliau bagi jugak. ^_^ katanya, makan sayur n buah banyak2.., ambil makanan tinggi iron banyak2.. minum air banyak2... semua pun banyak lah! bagi cepat sihat.. lepas tu, happy2 je.. jangan tension2.. kalau rasa berpantang tu stress jangan strict sangat.. as long as you happy sayang! so, saya ikut aje lah. asal suami redha inshallah selamat. haha...

alhamdulillah setakat ini keadaan kesihatan saya amat baik. baby juga. susu pun banyak. baby pun kenyang. bonda n dada baby pun happy! tak delah semua saya makan. gurau saja.. saya makan makanan yang berkhasiat. di samping itu saya elakkan makanan yang sejuk. air sejuk pun xminum. kafein pun saya tak ambil. hanya minum susu+milo dan air zam2.. kalau supplement pula, keluar je dari hospital (hari ke 3) saya makan gamat healin yang orange flavor tu. sedap. kemudian minggu ke dua lepas gamat habis, saya sambung dengan set berpantang shaklee. alhamdulillah badan rasa sihat dan bertenaga. selepas seminggu berpantang saya dah mandikan baby sendiri. helper pun saya dah tukar kepada part time dr full time. means dia hanya datang seminggu 3 kali untuk kemas rumah. perancangan awal saya minta dia tinggal sebulan bersama saya, tapi memandangkan kesihatan saya baik, hanya seminggu sahaja dia tinggal di rumah saya. alhamdulillah syukur2 ya ALLAH... sekarang dah lepas sebulan kehidupan dah back to normal. kalau awal2 dulu suami yang masak sebelum pergi kerja, sekarang saya dah boleh masak sendiri. suami hanya tolong prepare bahan nak masak dan masak untuk makan malam serta hujung minggu sahaja. rania pun dah boleh tolong tengok2 kan adik. n buat kerja ringan2 macam tolong ambilkan pampers, pandai makan sendiri n mandi sendiri. >_< dah anak dua ni, jauh pula dari family tak boleh lah nak manja2 sangat kann.. kena kuat semangat! ALLAH maha mengetahui... :)

sebenarnya nak cerita ni.... minggu lepas saya temankan mr.dada pergi cari stroller untuk baby. dah lama mr.dada survey stroller. mr.dada ni orangnya gak cerewet.. memilih.. punya la lama survey stroller  macam nk beli rumah! :p macam2 kriteria yg di cari.. n macam2 brand stroller dia tengok..pada awalnya saya suggest beli baby zen yoyo stroller saja senang untuk travel. tapi xde jual pula kat jeddah. then, nak beli quinny, tak banyak choice pula di sini. at last mr.dada beli silver cross.. memang besar dan selesa.. tapi nak bawa travel sangatlah tidak sesuai..

inilah strollernya.. beli di mother care tahlia, jeddah.  lepas tu kenalah test power kan.. jadi gambar ni di mall of arabia.. :) 


dalam kereta... sempat lagi.. orang pantang yang yuk ni posing... hihi..

berkerut-kerut kening sebab silau.. 

mr.dada belanja fine dining juga.. tq! 

menunggu makanan sampai.. saya minum air suam je! uhuk. 



yang ni gambar dirumah semalam..! :) my 2R.. 

dah terasa bahang pesta ibadah di sini! cuaca tersangat panas. semoga kami di sini kuat untuk menunaikan ibadah ini. dan semoga ramadhan tahun ini menjadikan kita hamba yang lebih baik. mari kita mengejar pahala!


yang benar,
bonda 2R ^_^

6 comments:

  1. Assalamualaikum Mass, Nampak Mas dah sihat. Syukur Alhamdulillah. Semoga sihat sentiasa. Selamat menyambut Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam ibuaish.. alhamdulillah sihat n happy berkat doa semua orang... :) selamat menyambut ramadhan untuk ibuaish jugaaa... :)

      Delete
  2. alhamdulillah akak cepatnya sihat dan cergas dalam pantang... saya ingat turn pantang saya, masyaAllah... perit jugak rasanya... hari2 nangis... rasa helpless jer... maybe depressed sindrom kut... huhu... dahlah jauh daripada famili... kadang risau bab beranak ni adalah pantang pulak rasa... hehe... tapi tulah, bahagian masing2 kan kak?
    selamat berpuasa ya kak... semoga ramadan kali ini lebih baik daripada ramadan lepas... keep update ya...

    umi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. umi..,
      alahamdulillah.... betul tu bahagian masing2.. ada yang mudah, ada yang mencabar.. but keyword nya kena sentiasa happy & elakkan stress.. stress tu yang buat kita susah nak sembuh baik mentally or physically. betul tak? tapi kalau time baby meragam memang xdapat elak dari stress kann.. :p

      umi tinggal di mana ya? selamat menyambut ramadhan untuk umi juga... :)

      Delete