Thursday, July 18, 2013

Nostalgia Haji..

cepatnya masa berlalu. hari ni dah 10 ramadhan 1434h. tak terasa masa bergerak pantas! lagi2 kalau kat makkah ni. siang pesta tidur, malam pesta ibadah. hehe... memang tak terasa masa yang bergerak! bunyi macam ada benda tak kena je bila sebut siang tidur je kann.. ishh makruh banyak tidur waktu siang. tapi nak buat macam mana sebab malam biasanya kalau ke masjidlharam paling awal sampai rumah pukul 1 pagi. then tidur sekejap pukul 3.30 - 4.00 sahur pastu subuh dah.. berapa jam je dapat tidur. (alasan....) mr.dada bulan puasa ni kerja dari 6 pagi sampai 12 tengahhari je. best2. ^_^

lepas ramadhan syawal. lepas tu dah bulan haji... haji.... haji! bestnya haji... teringat/ rindunyaa time buat haji. 1001 pengalaman manis pahit masam masin semua ada! kalau nak cerita 3 hari 3 malam pun belum tentu abis. sampai sekarang bila teringat boleh senyum sambil nangis sorang2..penat dia pulak macam baru lepas lari beratus2 kilometer. dasyat tak? bila penat tu jalan pun rasa macam tak larat, macam nak merangkak je kat situ! tapi, lepas penat dah hilang rasa seronok. seperti dilahirkan semula...... :))  tahun ni kami tak buat haji.. sebab rasyad masih terlalu kecil. so, kami plan nak balik malaysia masa tu. sebab kalau ada di sini tapi tak buat haji rasa macam rugi sangat2... rasa macam tak senang duduk di rumah nak juga pergi ke arafah! so, lebih baiklah kami pulang menemui keluarga tercinta. family pun excited tunggu kami pulang bawa ahli baru. 

tadi sambil selak2 album2 dalam laptop, tengok lah album masa haji... haji 2 tahun lepas dan tahun lepas.. bila tengok gambar2 tu.. teringat sangat2 pengalaman haji plus rindu pada orang yang pergi sama2 dalam 1 group. ada yang dah balik malaysia 4 good.. ada juga yang dah berhijrah ke tempat lain.. yang tinggal hanya pengalaman manis kami bersama-sama susah senang dalam group tu. selamanya pengalaman itu akan kekal kat situ. jom kita tengok gambar2 tuh. random je. gambar2 yang ada memori.. 



hari wukuf. rasanya ini OKU.. kuat semangat beliau.. kelihatan beliau hanya seorang diri.. sungguh cekal beliau. 

it was 2 years ago... our 1st haji! rania is 2 years old... ni gambar dalam lori kambing! haha... masa tu kami keluar dari arafah nak ke mudzalifah.. kalau jalan kaki agak jauh.. rezeki kami dapat tahan dan tumpang lori kambing! walaupun masih kuat bau kambing dan ada tahi kambing sikit2 dalam lori tu.. kami happy sangat sebab dapat naik lori. haha... hilang sekejap rasa penat berpanas di arafah. rania pun enjoy sangat. sampai sekarang pun dia masih ingat! 

diantara ahli group kami.. tengok tuuuu... semua senyum lebar dapat naik lori kambing! kalau tanya saya sekarang nak naik lagi tak?? saya jawab.. YES,YES!! NAK..NAK.. NAK!! haha.. 

kemain bergambar n enjoy the ride.. gaya macam naik cruise yang mahal tuuu... 

long q untuk ke toilet. toilet perempuan pun sama... sabar menunggu?? hihi...

bas yang terbuka bumbung..untuk orang2 yang tidak boleh menutup kepala pada hari tersebut.

kat dalam dah tak muat? maafi muskilah... kami boleh duduk atas bumbung! yang penting dapat bersama2 mengerjakan ibadah haji. hari ni dapat duduk atas bumbung tu pun dah kena bayar 50riyal tauu.. 



cop2! ini sign language yang biasa kita nampak orang guna kat sini! sebagai tanda untuk minta orang tunggu atau bersabar. biasanya kalau dah keluar tangan macam ni means dah marah le tu... saya xsuka tengok orang buat macam ni . masa ni nak pergi melontar.. tengah cari parking dan terperangkap dalam jam! biasalah macam2 gelagat driver2 di sini.. semua menguji kesabaran. ni tangan ustaz syaharudin semasa mr.dada sedang memandu.  


pemandangan biasa semasa musim haji... sampah di merata2... 

pasukan rumah kuning. lol. 

tau tak orang2 kat sini yang berbangsa arab baik lelaki mahupun perempuan dah biasa melagakan pipi dan hidung masa bertemu. ni yang dapat saya capture... berlaga janggut u all... haha... xpe la kann.. hidung mancung.. kalau kita nak laga hidung??? 

ada yang tengah solat, ada yang tertidur kepenatan.. nampak macam orang tu tengah solatkan orang yang tidur tu pulak.. hihi.. 

masa ni kami terperangkap dalam jam semasa nak pergi melontar hari ke dua. sebab waktu solat asar dah hampir abis, kereta tak bergerak, masjid jauh.. kami decide untuk parking dan solat di atas pembahagi jalan.. mula2 orang lelaki solat, perempuan jaga anak2 dalam kereta.. tengah mr.dada n ustaz sya solat ada pula yang datang n masuk saf! alhamdulillah... :) 

haji n hajjah kecil ni. mereka yang paling seronok!  


ni gambar paling best! balik dari melontar.. tengah jalan2 pergi parking kereta nampak ada kereta lalu dengat boot terbuka, pastu nampak orang2 ni dalam boot tersebut. haha... relax jea... tak muat kereta.. duduk dalam boot pun boleh... 

gambar ini menyentuh hati... pak cik ni keseorangan...tua dan kelihatan tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan melontar. begitu menyentuh hati saya... 

dan ini juga... jemaah dari indonesia... kebetulan saya berada tidak jauh dari pak cik ni yang terbaring, telantar tidak berdaya... kepenatan... dan yang berdiri tu nampak macam mutawif. saya dengar dia sedang cuba meminta bantuan untuk pak cik tu.. kasihan.. ya ALLAH... hampir mengalir air mata melihat keadaan pak cik itu yang tidak berdaya di laluan oarang ramai. kalau ank, isteri atau saudara terdekat yang berada jauh di indonesia tahu atau melihat keadaan ini bagaimanakah agaknya perasaan mereka?? 
gambar terakhir.. ada banyak lagi... tapi setakat ni yang ini dahululah... gambar kereta tengah memanjat pembahagi jalan untuk menukar haluan menyelamatkan diri/keluar dari jam! teka selepas tu kereta siapa pulak yang buat macam tu? kereta kamilah! dannnnn the driver issssss my MR.DADA! u r the bestlah dada! setakat ni dah 2 tahun berjaya mengharungi kesesakan haji. macam2 skill dah tunjuk. :p


ya ALLAH... rindunya kenangan2 ketika buat haji.. semoga berpeluang mengerjakan ibadah haji lagi selepas ini. aminnn... cepat besar rasyad! kita boleh buat haji.... setakat ini dahulu. dah pukul 6 pagi. nak tidur. byeee... >_< 


3 comments: