assalamualaikum!
ermm, apa lagi aktiviti kami ya....
hy pembaca blog yang disayangi. semoga sihat dan ceria hari ni. tak kira walau dimana anda berada saya doakan anda sentiasa di dalam lindungan ALLAH. rajin pulak bonda 2R(rania & rasyad) ni update blog kann.. nak buat macam mana... kesepian kedalaman kepantangan ini kerana selalu kena tinggal dengan mr.dada dan kakak rania! nasib baik bonda ada new addiction. sape lagi kalau bukan baby yang mashallah sangat baik. bagi bonda happy & cukup rehat. alhamdulillah! kakak n dada pergi solat kat masjidilharam malam ni. jelousnya bonda sebab dah rinduuuuuu sangat nak ke masjidilharam.. its ok, lepas raya nanti sementara jemaah haji belum masuk, bolehlah lepas geram! lagipun keadaan masjid sekarang agak crowded dengan orang yang ramai serta pembangunan dalam masjid yang sungguh aktif! oh ya, mr.dada sekarang dah terlibat sepenuhnya dalam pembinaan kawasan mataf (tawaf). inshallah kalau berpeluang saya akan update tentang project tu. kena interview mr.dada dulu. sekarang ni beliau tersangatlah busy dengan kerja beliau. di office dah hectic, tak kan beliau balik pun saya masih bertanya tentang project. so, perlu cari masa yang sesuai. :) tetapi beliau tidak menolak kalau ada sesiapa yang ingin bertanyakan tentang project tersebut. sebelum ni, ustaz kazim ada menjemput beliau ke majlis suaikenal dan memberi penjelasan serba sedikit tentang project pada jemaah umrah beliau. sharing is caring! banyak aktiviti yang saya miss untuk kongsi di sini.. maklumlah sepanjang 9 bulan pregnant. mood tak menentu. saya cuba share mana yang ingat. gambar untuk majlis2 tersebut pun saya tak ambil. hanya gambar dari camera orang lain yang saya pinjam untuk letak di sini.
ini sajalah gambar yang ada bersama ustaz kazim. hehe... inipun selepas tamat majlis. gambar semasa majlis camerawoman merangkap PA tak bertauliah mr.dada tak larat nak bawa perut pergi ambil gambar. bolehlah ni kan...
kedua-dua gambar tersebut semasa program rakaman raya bersama UNIC. saya pun tak pasti sewaktu itu mr.dada di interview berkenaan apa. rasanya buat ucapan raya je kot. tengoklah program ini di tv al-hijrah raya nanti. tapiii nama rancangan dan bila ke udara saya lupa nak tanya!
ermm, apa lagi aktiviti kami ya....
yang ni aktiviti sendiri... mak buyung masa tu teringin nak makan satay.. so, buatlah sendiri kan... lepas tu ajak kawan2 pergi bbq picnic. dapatlah rania dan muhammad naik kuda. bolehlah... asal terhibur kanak-kanak ribena itu. picnic ni kami buat di sumeyshi..
rasanya itu sahaja perkongsian cerita-cerita yang dah basi.. hehe... kalau tiba2 teringat saya update lagi.. sekarang ni musim panas sedang memuncak. memang tiada aktiviti luar. keluar bila ada keperluan sahaja.
baiklah, sampai berjumpa lagi! salam sayangggggg..... :))
assalamualaikum kak masnira rania dan rasyad yang comel masyaAllah...kak, ceritalah pasal pembesaran tempat tawaf di mekah tu kak... kawan saya nak gi haji tahun ni dari bahrain.. dia pregnne 7 bulan masa bulan haji ni... saya risau juga tgk tempat tawaf yang lebih sempit sekarang... tapi saya gembira di nak gi haji.. tapi tulah.. risau berhimpit dengan perut masa tawaf nanti.. apa pendapat akak? saya baca akak pun ada pengalaman haji semasa mengandung... tapi tulah... sekarang takut lagi sesak jer... risau ni...
ReplyDeleteumi
kak satu lagi.. saya nampak dlm tv saudi, mcm ada tmpt tawaf 2 tingkat dia buat ya? struktur daripada apa tu kak? steel ke konkrit? saja kut akak/suami akak tahu... memang blh tampung kapasiti paling maksimum kak kan? alahai... banyaknya saya tanya...
ReplyDeletetq ya kak dan suami jika sudi jawab soalan saya ni... best jugak kalau tahu pendapat dari inner people dari tapak pembinaan sendiri...
sebab kat tv saudi quran tu, dia tulis kalau boleh postpone haji dulu sampai pembesaran tmpt tawaf siap...
yang risaukan kawan dia..
umi
As salam umi...,
Deleteterima kasih sudi singgal blog akak... nanti akak buat entry khas pasal project tu k. buat masa ni apa yang akak boleh bgthu..., tempat tawaf bertingkat yang tengah pasang sekarang ni hanya temporary sebelum kawasan tawaf bertingkat yang betul2 siap. jadi, yang tengah pasang ni belum betul2 dapat menampung jumlah pasing maksimum jemaah yang datang pada musim haji mahupun ramadan. cuma boleh mengurangkan kesesakan... dan tempat tawaf bertingkat tu cuba disiapkan sebelum ramadhan.. :)
tentang kawan umi tu.., kalau tanya pendapat akak.. elok postpone untuk buat haji tahun ni.. tapi, kerajaan saudi akan kurangkan kuota haji..n mereka juga advise untuk tangguhkan.. memang kita tak dapat elak dari kesesakan semasa tawaf. inshallah akak doakan semoga diberi kemudahan pada kawan umi tu. tawakal n berdoa supaya ALLAH permudahkan... :)