Assalamualaikum...!
dah berapa hari tak update blog nih! my 2R sekarang ni dah betul2 tertukar waktu tidur. malam memang berjaga dan siang tidur. tsk..tsk.. rania pukul 6 pagi baru tidur dan kadang pukul 6 petang baru bangun! dah consider puasa dah. so, masa tidur kami dah sama. bila saya tidur rania dan rasyad pun tidur. bila saya bangun, rania & rasyad masih tidur lagi. kadang2 mereka dah bangun pun saya pula yang masih tidur. hehe. jadi waktu berblog pun tak menentu. saya hanya boleh berblog bila mereka tidur. kalau bangun saya takkan boleh menaip sambil menjawab 1002 soalan yang datang dari rania. :p
ok, bulan puasa ni.. kota makkah memang bertukar 100%! bulan ramadhan tu memang sangat meriah. saya suka. kota makkah akan betul2 penuh bila bulan ramadhan dan musim haji. tetapi kemeriahan itu berlainan. kalau bulan ramadhan semua benda kat sini jadi bertukar. waktu2 bekerja, waktu2 keluar, waktu beribadat, dan waktu operasi kedai/mall, waktu tidur, waktu berjaga, waktu makan, semua bertukarlah! waktu bekerja biasanya half day sahaja. kalau office mr.dada waktu bekerja sepanjang ramadhan ini adalah dari jam 6 pagi sehingga 12 tengahhari sahaja. pejabat kerajaan juga half day! dan 10malam terakhir banyak office yang sudah mula bercuti bagi memberi peluang semua pekerja hanya memberi tumpuan untuk beribadat. sangat istimewa bukan? :) yang paling menarik waktu operasi tempat shopping juga turut bertukar. biasanya mereka akan beroperasi dari jam 9 malam hingga 2 pagi. ada juga yang buka sehingga subuh! jadi masih boleh shopping selepas selesai terawih. phew. jam 12 hingga 2 pagi itu waktu kemuncak. waktu macam ni memang ramai dalam shopping mall. beberapa malam ni saya sempat ke makkah mall, mall of arabia, jeddah dan juga spend time di taman depan rumah sahaja. jom tengok gambar nak?
ni gambar rania dan hanim (kawan rania baru kenal) di playground betul depan rumah saya. masa ni jam 1.30 pagi! masih hyper budak2 ni bermain... |
orang2 di sini suka picnic. dimanapun boleh picnic. tak perlu cari laut atau air terjun. hehe... ni gambar curi2 ni.. |
budak ni seronok betul. |
view playground dan jogging track dari depan apartment saya. |
sambil2 menunggu.. marilah kita bercam-whore. |
sekarang dah 15ramadhan... sekejapnyaaa.... orang kat malaysia dah dengar lagu raya... nasib baik kat sini tak de lagu raya.kalau ada pun mungkin saya yang tak faham. tapi selalunya saya dengar alunan ayat2 al-quran dimana2 waima di dalam shopping mall pun. seronok kan. mereka semua sangat3 menghormati bulan mulia ini. mashallah.... ^_^ setiap malam masjid penuh hingga luar masjid! semakin ramadhan sampai ke penghujung, semakin penuh rumah ALLAH. bukan hanya di makkah, tetapi di jeddah juga dan saya percaya seluruh saudi juga begitu. sedihnya saya masih belum boleh solat jadi saya belum boleh ke masjidlharam.. oleh itu saya tidak boleh berkongsi suasananya di sini... its ok, esok saya paksa mr.dada ambil gambar sekitar masjidilharam!
erm, ok lah... saya nak prepare untuk sahur nih... nanti sambung cerita lagi. byeee...
salam kenal kak mas.seronok baca catatan akak tentang kehidupan di makkah.
ReplyDelete