Tuesday, July 30, 2013

abaya & niqab.

assalamualaikum!

holla semua readers yang di kasihi...
alhamdulillah kita dah bertemu 10 malam terkahir ramadhan..! alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menikmati nikmat ini. di makkah ni semua masjid sudah mula qiamullail dan seperti biasa semakin ramadhan berakhir semakin penuh rumah2 ALLAH disini. kadang2 sampai di luar kawasan masjid pun masih ada saf. itu masjid yang berada di sekitar tanah haram. kalau masjidilharam mestilah lagi ramai. mashallah! semua berebut2 untuk memaksimakan ibadah di malam2 terakhir. semoga kita semua dapat merasai malam lailatul qadr. inshallah amin3... 

ha, dah tukar waktu bersiaran ni (waktu berblog). hari ni saya berblog waktu petang pula. di kala si 2R sedang diulit mimpi. malam sampai subuh hyper. bonda tak boleh nak mengadap laptop. sekarang ni ada sedikit masa sebelum memasak untuk berbuka. so marilah kita update cerita2 yang tertunggak! ada juga beberapa email dari readers yang saya belum balas. inshallah saya balas kesemuanya nanti. maaf jika saya buat anda menanti. :) 

ada 2 orang pembaca blog saya yang akan bersama-sama saya untuk menikmati kehidupan di tanah suci ini! alhamdulillah. seorang rakan blogger saya yang sudah lama kenal di alam maya tetapi masih belum berpeluang bertemu dan inshallah kami akan berjumpa di sini setelah beliau tiba nanti dari brunei dan seorang lagi dari australia! welcome kak baiti & kak nour. saya doakan semoga perjalanan dan urusan kalian dipermudahkan dan cepat2 kita boleh jumpa! ^_^ 

entry kali ini sebenarnya saya ingin menjawab secara serius tentang soalan2 yang biasa saya jawab di email, ataupun orang2 perseorangan ataupun keluarga saya sendiri yang selalu bertanya tentang abaya dan niqab. kita semua maklum bilamana terdengar tentang saudi arabia mesti tergambar wanita arab yang memakai abaya dan niqab. saya percaya ianya bukan lagi satu benda yang asing pada semua. di Malaysia pun sudah ramai pelancong2 dari timur tengah dan ada diantara mereka yang masih mengekalkan pakaian ini. samaada mereka memakai abaya bersama-sama ataupun tanpa niqab. jadi, soalan yang selalu saya dapat 'tinggal di makkah perlu memakai abaya dan niqab ke?' jawapan saya. ya untuk abaya dan tidak untuk niqab. pemakaian abaya ni sudah sangat sinonim dengan negara saudi. saya tidak pasti tentang undang2. tetapi apa yang pasti semua wanita di saudi arabia perlu memakai abaya ketika berada di tempat2 awam. tetapi di makkah ni mungkin ada sedikit kelonggaran sebab ramai jemaah umrah yang datang setiap masa, jadi pemakaian abaya itu tidak diwajibkan untuk jemaah umrah. berlainan pula untuk kami yang menetap di sini. kalau saya lagi selesa untuk sentiasa memakai abaya kerana saya sangat menghormati wanita saudi yang mengekalkan pakaian ini sebagai pakaian wajib setiap kali keluar rumah. saya tidak mahu menjadi 'perhatian' atau mungkin mendatangkan kemarahan mereka apabila keluar rumah tanpa memakai abaya. 

begitu juga dengan niqab. kalau kita lihat di makkah ini sudah ramai expatriate. jadi sudah ramai wanita yang tidak berniqab. ianya juga tidak menjadi satu 'kepelikan' bila saya tidak berniqab di tempat awam. kebiasaannya wanita saudi berniqab. tetapi mereka sudah agak terbuka tentang pemakaian niqab. saya tidak mahu menyentuh dari segi hukum kerana itu bukan kepakaran saya. saya pernah berbincang topic ini dengan ustaz dan ustazah yang belajar di sini. ada banyak pendapat tentang pemakaian niqab dari segi hukum. mungkin saya akan jelaskan bila habis menuntut nanti. hehe. namun tinggal di dalam makkah tidak mewajibkan untuk kita berniqab. TETAPI mereka menggalakkan. saya hanya berniqab di tempat2 yang saya rasa saya perlu pakai. contohnya kalau pergi ke pasar sebab terlalu ramai lelaki di kawasan tersebut. malangnya saya agak tidak selesa untuk memakai niqab jadi saya elakkan untuk pergi ke kawasan tersebut. cuma satu tips dari saya kalau tidak mahu memakai niqab kita jangan mudah untuk senyum pada sesiapa terutama lelaki. mereka akan beranggapan 'lain' nanti. di sini, slogan 'senyum itu satu sedekah' yang glamor kat malaysia tu tak boleh digunapakai! ^_^ kalau anda berniqab tidak ada masalah malah anda akan rasa lebih dihormati. 

saya amat2 menyeru supaya kita lebih menitikberatkan soal pemakaian ketika berada di sini. baik untuk datang umrah atau haji mahupun untuk terus menetap disini. lebihkan banyak mengkaji dan membaca. kadang2 apa yang kita rasa sangat baik/sopan belum tentu baik disini. contohnya untuk jemaah umrah, anda memakai baju yang labuh, longgar tetapi warna yang terlalu terang. itu tidak cukup sempurna. anda mengguna telekung yang cantik tetapi diperbuat dari kain lycra sehingga tersembul apa yang tidak perlu ditonjol itu juga tidak sempurna. anda memakai abaya/jubah/jalabiya tetapi tidak memakai pakaian didalamnya yang sempurna itu juga tidak cukup sempurna. kadang2 tu pakaian sangat baik dan cukup sempurna tetapi anda ketawa/bercakap terlalu kuat sehingga menarik perhatian orang lain itu juga perlu dipertimbangkan. begitu juga dengan kaum lelaki. kalau pakai jubah tolong lah pakai pakaian dalam jubah (biasanya seluar dan baju tshirt nipis bewarna putih). dan jangan pula keluar dengan hanya memakai pakaian dalam jubah tu. saya selalu nampak jemaah umrah malaysia lelaki keluar dengan hanya memakai pakaian di dalam jubah itu. tolong jangan pakai. saya rasa lebih baik anda pakai baju melayu dengan kain pelekat dari pakai pakaian dalam jubah tu! maaf jika saya menyinggung. saya fikir kita sangat2 perlu untuk menghormati dan menjaga sensitivity orang tempatan. 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum'. :) 

saya ingin berkongsi gambar polis agama (religious police) ataupun di sini dikenali sebagai mutawwa. tugas polis ini adalah untuk menegur orang2 awam yang tidak mematuhi hukum2 islam ketika berada di luar. contohnya seperti tidak memakai pakaian yang sempurna baik lelaki mahupun wanita, tidak solat ketika masuk waktu, dan juga memastikan semua kedai tutup ketika masuk waktu solat. selalunya saya nampak di dalam shopping mall. saya selalu nampak mereka menegur remaja saudi lelaki yang berpakaian tidak sopan. saya pernah juga nampak di sekitar masjilharam dan kawan saya pernh ditegur kerana menampakkan lengan ketika sedang berbual. (lengan baju besar dan tidak memakai hand sock). mereka tegur dengan cara yang baik dan berhemah. saya pernah nampak mereka senyum dan ketawa dengan remaja saudi ketika menegur remaja tersebut yang merokok di sekitar masjidilharam. jadi sesiapa yang selalu merokok di sekitar masjidlharam tu terutama di restoran disaji, AWAS! 

gambar dari google saja k. sebab saya selalu takut untuk mengambil gambar mereka bila terserempak. gambar di atas ni mungkin dalam shopping mall.

macamnilah lebih kurang keadannya. :) rombongan ini biasanya akan ada seorang atau lebih yang memakai jubah penuh warna hitam dan ada line keemasan. 


ok lah, nak masak dulu! bye.

6 comments:

  1. assalamualaikum sis,

    alhamdulillah for the tips.......paling bagus tips tersebut diamalkan di mana-mana sahaja......

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Niera..

    Kadang2 ada perkara yang kita terlepas pandang sedangkan ianya melibatkan sensitivi masyarakat setempat, terima kasih berkongsi info yang bagus ni, moga memberi manafaat kepada ramai orang.
    Menarik sekali pasal mutawwa tu, 1st time dengar.

    ReplyDelete
  3. good info. Syukran jazilan. Saya dah siap packing baju labuh warna warni utk umrah minggu depan. Alhamdulillah terbaca tips di sini.

    ReplyDelete