Saturday, July 13, 2013

kanak-kanak vs masjid.

Tajuk blog agak panas. kalau di Malaysia isu membawa kanak-kanak ke masjid ni tak sudah2. :p lagi bila menjelang ramadhan kan. ibu bapa ingin beribadat. tapi, runsing memikirkan anak-anak. lagi2 yang masih kecil. kalau di bawa ke masjid pula, seribu persoalan bermain di minda! bagaimana kalau anak nangis? macammana kalau anak tak nak behave masa solat. nanti apa kata orang lain? kalau ada orang marah anak saya macammana? pendek kata, macam2 lah yang seorang ibu akan fikir. sudahnya tak perlu pergilah.. duduk dirumah lagi baik! betul. menjaga anak adalah suatu kewajipan berbanding dengan amalan2 sunat. jadi perlu dahulukan yang wajib. saya terbaca tentang kisah seorang ibu yang ingin membawa anaknya solat terawih tetapi runsing memikirkan bagaimana persepsi orang! boleh baca disini dan juga ini. saya pernah mengalami situasi yang sama. semasa di Malaysia saya pernah bawa rania ke masjid dan saya mendapat pandangan 'kurang baik' jemaah lain. ketika rania ingin solat bersama saya. seorang makcik tegur saya dengan agak kasar "putus saf la kalau macam tu! tu pun xtau." rania terkebil2 dan saya terus beralih kebahagian hujung saf di mana rania boleh solat bahagian hujung saf! akibatnya rania tidak mahu ke masjid lagi bila di malaysia. katanya kalau di Malaysia budak2 tidak boleh ke masjid.

kemudian saya terjumpa satu article yang sangat baik sebagai perkongsian bersama. boleh klik pada link dibawah.

mungkin ada yang kurang bersetuju dengan saya. mungkin ada juga yang berkata 'kamu tinggal di makkah memanglah boleh anak ikut ke masjid.. kat situ kan dah biasa macam tu'. betulah tu, enviroment mengajar anak saya tanpa perlu saya memaksa. kenapa? sebab orang2 di sini sangat suka kalau kanak2 ke masjid. mereka tidak memarahi malah kebanyakkan mereka menyediakn sweet/biskut supaya boleh dihadiahkan pada kanak2 yang mereka suka di masjid. kanak2 di sini telah diajar dari kecil untuk ke masjid terutama anak2 lelaki. mereka tidak akan bising atau bermain2 di dalam masjid. kalaupun mereka tidak mahu solat mereka hanya duduk dan menghormati orang2 lain bersolat. mungkin ada juga yang nakal, budak2 kan lain2. tetapi nakal itu tidaklah sehingga mereka berlari2 di dalam masjid, menjerit2 sehingga mengganggu orang lain solat. mengapa? kalau kita lihat kanak2 disini lasak dan hyperactive mereka itu jaaaauhhh lebih teruk dari anak2 kita yang memang di latih dari kecil supaya menghormati orang lain, makan dengan tertib, hormat orang tua.. tetapi kanak2 di sini sangat aktif! kalau lihat mereka bermain di playground memang menakutkan lasaknya! hehe.. tetapi boleh dikawal ketika berada di dalam masjid. pelik? tak perlu. sebab mereka telah dibiasakan di masjid seperti kita membiasakan anak2 kita jaga adab ketika makan diluar, jaga tatatertib ketika dibawa ke rumah orang lain. jaga perilaku ketika di shopping mall.., TETAPI jarang sekali kita membawa mereka dari kecil ke masjid dan keep on telling them 'ini tempat untuk kita beribadat, sila behave, sila hormat orang lain, jangan bising.' kalaulah anak2 darjah satu ataupun 2, pendek kata umur anak2 yang suka lari2 tu boleh behave dalam library sekolah, ketika cikgu membebel di perhimpunan sekolah tetapi mengapa mereka tidak behave ketika imam membaca kan surah dalam solat jemaah?? renung2kanlahh... :))

SEBAB.... anak2 kita di Malaysia tidak dibiasakan di masjid.. pada persepsi mereka masjid itu tempat yang sangat asing. kalau kita boleh mendidik anak kita makan dengah tertib sehingga boleh bawa fine dining di hotel, mengapa tidak boleh mendidik mereka tatatertib ketika di dalam masjid. tidak susah kalau kita selalu ke masjid. apa kata bila kita keluar shopping atau makan2 diluar singgah di masjid bawa anak2 untuk solat berjemaah seketika. bawa semasa orang tak ramai seperti solat zohor, asar ataupun subuh untuk tujuan mendidik. janganlah masa terawih setahun sekali baru bawa. memang culture shock lah anak kita tuh! :) saya menulis untuk rujukan diri sendiri juga. saya bukan bermula dari basic yang baik. saya juga tidak pernah ke masjid ketika kecil. saya pun tidak membawa anak ke masjid  sebelum saya tinggal di sini. tetapi apabila tinggal di tanah suci ini ia betul2 membuka mata hati dan minda. melihat anak saya boleh solat bersama di masjid dan mengawal diri sendiri tanpa perlu saya susah2 bagitahu itu memberi kesedaran. melihat anak2 oarang lain terutama yang lelaki solat sebaris dengan oarang dewasa itu cukup membuat saya terkesima. dan melihat anak2 lelaki yang ke masjid sendiri tanpa di suruh ibu bapa ketika masuk waktu solat itu betul2 menarik hati! itu belum lagi melihat anak2 muda di pakai 'up to date' dengan seluar koyak2.. cap terbalik.. masuk ke masjid ketika sedang shopping/lepak di dalam shopping mall! kadang2 tu pakai seluar pendek pun slumber je masuk masjid & solat! bukankah itu menunjukkan betapa mereka sudah 'terlalu biasa' dengan masjid. solat itu wajib dan tidak kira walau apa pun keadaannya mereka ketika itu mereka mesti solat!

jom kita tengok koleksi gambar rania dalam masjid sepanjang 3 tahun ni... alhamdulillah syukur atas kesempatan dianugerahi... 
semasa umrah kami yang pertama dari muscat oman. rania 1 year old. tertidur di tepi rak al quran.. 

met new friend dalam masjid. anak2 ini ibu mereka sedang solat. 

again. met a new friend! rania 2 years old. masa ni kami dah berpindah ke makkah. it was exactly a year after our umrah trip. 

orang lain sedang dengar khutbah. rania tengah buat sujud syukur. hehe.. 

now, she made duas... :) 


rania now... 4 years old.. a picture taken last week before ramadhan. dada bawa rania ke masjid for tawaf ! alahai anakku kalau tak de bonda senget benget tudung. :) 

rania yesterday night! ikot dada pergi masjid untuk terawih. alhamdulillah... :) 


please parents.... bagi anak anda peluang untuk mengenal masjid.!

10 comments:

  1. mungkin ibubapa pun p masjid setahun sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tolong highlight yg mana 1 ayat tu? kata saya anak2 itu hanya di bawa ke masjid setahun sekali semasa solat terawih. terima kasih kerana sudi menjengah dan meninggalkan komen. :)

      Delete
  2. Salam Masrina,

    Teruja akak membaca artikel ini. Akak pernah mengalami kene 'tegur' dng makcik2 yang biasanye jemaah tetap masjid.Sampaikan anak2 akak rasa takut nak bersolat di masjid pada hal kita sebagai ibubapa hendak memupuk jiwa anak2 ini suka ke masjid. Sebab geram anak kena marah, apa lagi akak pun tegur makcik2 nie. Terus terdiam dia orang. Bukan nak menunjuk pandai dan bukan nak bergaduh. Memang betul seronok akak melihat kanak-kanak berada di Masjidil Haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat akak.. kalau saya di malaysia belum cukup kuat untuk buat begitu. :) betul. kalau kita cakap nanti orang kata nak menunjuk pandai atau cari gaduh. masalah saya pula kalau menegur mesti orang msia kata saya dah terikut-ikut orang2 sini atau mereka akan kata mazhab lain2 atau lagi dasyat mereka kata saya wahabi! hehe.. semoga ALLAH mudahkan urusan akak dalam mendidik anak2..

      Delete
  3. mummy yassaar (hero riyuka)July 16, 2013 at 11:47 AM

    Salam masnira..sy antara peminat blog awak..mngenai entry ni buat sy rasa trtarik..memg betul persepsi org kite bile Ke masjid jk boleh jgn bw anak2 kecil takut mgganggu solat mereka..sy dan suami pernh trpk tuk bw anak lelaki kami seusia 2thn lebih ke masjid baru2 ni ketika terawih..tp trpaksa batalkn niat kami..krn sehari sblm itu ada sorg ibu mmbw anaknye dlm lingkungn 1thn lebh..mgkn nsb ibu ni kurg baik sbb anak kecilnya meragam..pd masa yg sy trdgr ade beberapa org jemaah brkata 'dah tau ada anak kcil smbhyg aje dirumah' dlm nada prlahan..sy agak trsentak wlpn ITU bukan sy..memg amat kecewa bile dipkkn..bile awak cerita situasi mekah sy rasa brtapa brtuahnye awak berada dlm kelompok mereka dlm pd masa yg sama dpt mndidik anak dekat dgn agama lg2 di tanah kota suci..sy brharap sy dpt mnjejakkn kaki disana suatu hari nnt..aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hy mummy yassaar!
      thanks sudi membaca celoteh eira kat sini.. hehe.. :p memang susah nak megubah persepsi dan mentality kelompok yang sudah berpegang pada prinsip tersebut sejak sekian lama. bukan di Malaysia sahaja. malah ada juga di negara lain yang melarang kanak2 memasuki masjid. jadi saya tidak 100% meletakkan kepercayaan atau pun prinsip ini pada orang malaysia sahaja dan saya juga tidak menyatakan yang perlakuan itu salah. cuma lebih manis dan baik kalau kita dapat berubah kan? :) dulu saya pernah berbual dgn orang malaysia yang saya jumpa dlm masjidlharam, dia bertanya mengapa bawa anak untuk menunaikan umrah (dia fikir saya datang untuk umrah). katanya lagi, di sini bukan tempat untuk kanak2.. kasihan mereka... kalau nk bawa, bawalah pergi disneyland ke.. barulah enjoy! saya hanya tersenyum since dia jauh lebih tua.. :)

      inshallah.. ada rezeki nanti sampai sini.. n plss let me know k. :)) thanks again!

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Saya pernah baru takbir tiba2 kena marah dgn jemaah wanita sebab anak saya solat sebelah saya. Anak saya sudah berumur 8 tahun(ketika itu) dan berkhatan dan sudah mampu bersolat. Sudahlah bahasanya kasar dia dgn kuatnya menyuruh saya dan anak bersolat di saf plg belakang.

    Saya pindah ke belakang sambil mulut berkata "di Masjidilharam budak kecik solat depan Kaabah lagi makcik.".

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaykum puan. Saya mohon untuk menggunapakai entry puan dan komen yg ada disini untuk bahan rujukan saya. Saya sedang membuat kajian tentang persepsi masyarakat tentang kanak-kanak dan masjid di Malaysia.

    ReplyDelete