As salam..,
segala pertolongan dan bantuan hanyalah dari ALLAH swt. sesungguhnya Dia yang maha mengetahui setiap aturan dan rencana dalam kehidupan. siapalah saya untuk menyoal cara dan bagaimana ALLAH mahu menguji hamba-hambaNYA.. dan siapalah kita untuk menyangkal ketetapan ALLAH dengan cara bagaimana dia mahu mengundang sebagai tetamu-tetamuNya..
semalam seperti satu perjalanan panjang untuk saya dalam membantu makcik Aziah ini. terlebih dahulu suka untuk saya menyatakan bahawa setiap perkongsian saya di blog ini adalah untuk rujukan dan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada semua penderma yang turut sama2 menyumbang untuk makcik aziah dan turut sama membantu dalam membawa anak makcik aziah ke Makkah.. berita baiknya anak makcik dah sampai malam tadi! dan lebih baik lagi apabila makcik juga sudah dibenarkan doktor untuk keluar dari wad malam tadi.
panjangnya cerita semalam. macam2 yang saya lalui. selama ini sepanjang saya menetap di Makkah segala urusan berada di bahu suami. bukan tidak pernah keluar masuk hospital. tetapi segala urusan suami yang uruskan. saya tidak ada pengalaman langsung lebih lagi dalam mengurus hal dokumen,form dan sebagainya. memang totally had no idea! ;-) tetapi kali ini suami perlu menguruskan anak-anak makanya setiap urusan dengan makcik di hospital saya perlu cuba untuk selesaikan sendiri. tengahhari semalam saya dah bertanyakan wakil travel (staff travel yang berada di Makkah) kata mereka, makcik belum boleh keluar wad. mujur staff travel di sini banyak membantu. hari rabu saya tidak berkesempatan untuk melawat makcik. tetapi mereka tetap update pada saya keadaan makcik. alhamdulillah ;) senang sekali dengan keperihatinan staff travel di sini. banyak memudahkan urusan saya.
lain pula cerita petangnya, dalam perjalanan saya menuju ke hospital, saya mendapat mesej dari anak makcik yang berada di Malaysia yang menyatakan bahawa makcik sudah boleh keluar wad. saya terkejut. dan pihak travel mahu menghantar makcik pulang ke Malaysia secepat mungkin! ketika itu, anak lelaki makcik masih berada di dalam kapal terbang menuju ke sini. saya khabarkan kepada mereka, tunggu sehingga saya datang dan saya cuba untuk menghalang mereka membawa makcik keluar tanpa saya. nasib baik, makcik ingat pesan saya bahawa kami akan menguruskan penginapan makcik andai makcik dapat keluar wad. jadi makcik tidak bersetuju untuk mengikut pihak travel yang seolah berkeras untuk meminta makcik pulang secepat mungkin!
saya tiba di hospital, pihak travel baru sahaja pulang dan makcik kelihatan sedih bercerita yang pihak travel mahu makcik pulang esok pagi (hari ini) sedangkan anaknya dalam perjalanan ke Makkah. saya cuba menenangkan beliau. kata saya, tidak perlu.. makcik boleh pulang sama-sama ezzad (anak lelaki makcik) nanti. segala urusan saya cuba meminta bantuan pihak konsulat Malaysia. alhamdulillah suami update pada Consulat General Malaysia di Jeddah akan keadaan makcik yang sudah terlebih dahulu maklum tentang kisah makcik sebelum ini. beliau bersetuju untuk memberikan sebarang bantuan. alhamdulillah.. katanya kenapa anak makcik datang dengan visa umrah sedangkan dia layak untuk mendapat calling visa iaitu visa yang membenarkan waris pesakit untuk datang. agak kesal dengan kekhilafan kami here & there dalam mengurus hal ini. saya baru sahaja mengetahui tentang calling visa ini 2 hari lepas dan ketika itu pihak travel agensi di Malaysia sudah dalam proses untuk menguruskan visa umrah untuk anak makcik. pelik kerana pihak travel juga tidak memaklumkan kami akan visa ini. saya anggap mereka tidak tahu sahaja sebab tidak mahu terus menerus mencari salah.
bermulalah 'drama' saya apabila saya baru sedar yang makcik masih dalam pakaian hospital tidak ada baju lain. selipar ataupun kasut juga tidak ada! bagaimana mahu keluar dengan baju hospital ini. wheel chair juga tidak ada.. makcik masih lemah untuk berjalan jauh.. tidak mahu menunggu lama, saya terus memaklumkan rakan-rakan di sini. minta sesiapa yang free untuk hantar jubah dan wheelchair untuk makcik. Mashaallah seronok sekali apabila rakan-rakan juga sangat2 membantu dan sentiasa menyokong. Kak ina datang dengan jubah dan tudung. siap buat immediately alteration apabila jubah yang beliau bawa agak labuh untuk makcik. dah bawa jarum & benang siap2! hehe.. saya pula pergi membuat beberapa urusan untuk discharge. sementara itu Kak Wina sudah menunggu di luar bersama-sama driver beliau untuk bawa kami ke hotel. dalam kekalutan saya menyelesaikan urusan di hospital, ALLAH anugerahkan saya 2 orang nurses yang banyak membantu! sister amani (saudi) dan juga sister khadijah (philipine)... mashaallah tabarakallah banyak yang mereka tolong. katanya ingin sama-sama berkongsi pahala membantu makcik. :'-) tanpa mereka berdua, pasti saya terkial2 untuk membuat urusan..
sebelum keluar sempat sister khadijah membawa saya melawat seorang nenek yang mempunyai sakit yang sama seperti makcik. baru sahaja masuk wad ketika itu dan masih dalam keadaan kritikal serta berhalusinasi kerana terlalu banyak toksin di dalam badan. kata sister khadijah, nenek ini dari Egypt dan dtg umrah bersama 2 orang anak lelakinya. sedih saya melihat keadaannya ketika itu. hampir menitiskan air mata.. katanya lagi, keadaan makcik ketika sampai hospital juga begitu.. sangat kritikal.. tetapi hari ini dia sudah kuat dan sihat! kita semua di sini di dalam tanah barakah dan doa itu adalah sebaik-baik jalan atas segala kebuntuan.. ;'-) saya tidak jemu memanjatkan rasa syukur ke dalam hati.. wahai pembaca yang saya kasihi.. doa kita semua telah ALLAH makbulkan.. dengan kesihatan makcik hari ini saya percaya ada doa di antara kita yang didengarNYA dan terus termakbul.. honestly saya tidak mampu sendirian tanpa kalian..
phew, (masih panjang ni) sampai di hotel yang di taja sebahagian oleh rakan suami yang merupakan owner travel agensi juga (thanks to him semoga ALLAH melipatgandakan rezeki.. amin) saya menemani makcik menunggu anaknya tiba. makcik nampak sangat gembira. tidak putus bercerita kepada saya. macam2 yang beliau kongsi.. terutama sekali pengalaman berada di hospital.. sementara itu anak makcik yang sepatutnya tiba tidak dapat dihubungi. kata suami, seorang pelajar Umm Qura yang kami minta menjadi mutawif untuk membawa ezzad umrah tidak dapat menghubungi beliau. saya jadi resah. tidak saya khabarkan kepada makcik kerana tidak mahu beliau turut risau. lama ustaz itu menunggu ezzad tidak juga kunjung tiba! rupanya telefon ezzad roamingnya tidak aktif jadi tidak boleh dihubungi ataupun menghubungi kami..
suami tiba di hotel jam 12 malam untuk melihat keadaan saya dan nampak seorang pemuda sendirian duduk di atas begnya di hadapan hotel.. wajahnya sugul dan kelihatan sangat penat. lantas suami menegur ezzad kah? entah dari mana suami mengenali beliau. dan ternyata betullah itu ezzad! mashaallah tabarakallah.. rupanya ezzad tidak dapat menghubungi kami.. lantas terus mengambil teksi sendirian dan terus ke hotel. tiba sahaja, beliau sudah rasa helpless dan hanya menunggu di depan hotel memikirkan apa yang perlu dilakukan. ketika itulah suami menegur beliau. katanya baru 2 minit beliau di situ. ternyata kuasa ALLAH melebihi segalanya yang sudah mengatur indah memilih ezzad menjadi tetamuNya dengan cara yang sangat unik. pasti ia akan menjadi kenangan indah untuk ezzad nanti. makcik sangat gembira melihat ezzad muncul di depan pintu bilik. memeluk dan mengucup ezzad berulang kali tidak menyangka ezzad anaknya muncul dalam pakaian ihram. sangat indah moment itu.. tetapi saya tidak dapat merakam kerana telefon sudah kehabisan bateri. sebak dan gembira melihat mereka 'bersatu' di tanah barakah. terima kasih kepada semua yang membantu!
ustaz mutawif pulang sendirian ke Makkah dan memimpin ezzad menyiapkan umrahnya dan selesai sebelum subuh tadi. alhamdulillah.. sekarang ezzad dan makcik sedang berehat di bilik. :).. makanan juga di sponsor.. full board lagi alhamdulillah..
|
laporam medical dari doktor dihantar oleh wakil agensi pada saya melalui whatsapp. thnks hj.ibrahim! |
|
dalam sedih dan air mata bercerita pada saya.. 'makcik taknak balik esok... makcik nak balik sama2 dengan ezzad.. eh sedap pulak nasi goreng yang eira masak ni." hehe... |
|
kak ina datang bawakan jubah untuk makcik.. |
|
dah try.. labuh sangat... sempat kak ina buat alteration.. hihi.. hebatlah kak ina mashaallah! terima kasih kak ina banyak bantu eira semalam.. tumpang duduk di wheelchair . |
|
happy sangat makcik dapat keluar wad.. |
|
tergambar kegembiraan alhamdulillah.. |
|
semasa menemani beliau di bilik.. makcik sudah boleh solat tahajud berdiri.. sepanjang malam semasa ezzad sedang umrah.. makcik juga tidak tidur.. kata makcik.. dah puas berehat di hospital.. |
ada 3 perkara yang membuat saya agak 'ralat':
pertama, terlupa nak mengambil gambar nurse amani dan khadijah yang menjaga makcik dengan penuh kasih sayang.. :( tiada gambar kenangan bersama mereka..
kedua, tidak bertindak lebih awal untuk memastikan ezzad datang dengan calling visa. kepada semua yang membaca kisah makcik aziah... kita sama2 aware ya selepas ini kalau ada sesiapa yang datang umrah dan sakit di hospital, waris pesakit boleh datang dengan calling visa. hospital akan keluarkan surat yang meminta waris untuk datang. dan untuk travel2 agent yang mungkin tidak tahu walaupun mereka sepatutnya tahu, jelas dan nyata melainkan mereka yang buat2 tak tahu.. ;)
ketiga, tak dapat ambil gambar ezzad tiba malam tadi. sebab phone habis bateri.. ;(
akhir sekali.. nak berterima kasih kepada semua yang turut sama membantu saya.. nak buat special thanks untuk staff2 travel agent di Makkah yang kelihatan begitu tulus dan ikhlas membantu makcik aziah dan memudahkan urusan saya.. hj.Ibrahim.. hj. Abdullah.. hj fattah.. hj mahmood.. dan beberapa orang lagi yang saya tak tahu nama... terima kasih malam tadi terus hantar beg2 makcik ke bilik hotel.. hj fattah menunggu di airport walaupun sudah di khabarkan kepada wakil travel di Malaysia bahawa transportation juga diuruskan oleh kami. mungkin ada misscomunication di antara mereka.. maaf.. hj fatah menunggu lama di airport sedangkan ketika itu ezzad sudah selamat tiba di Makkah.. staff2 pihak travel di Makkah ini kebanyakkannya adalah orang-orang Pattani yang tinggal di Makkah dan bekerja dengan travel agent ini. saya dapat melihat keikhlasan mereka bekerja dan turut membantu kami.. alhamdulillah..
sampai di sini sahaja untuk hari ini ya... terima kasih...
yang benar,