siapa suka abaya?
saya! angkat tangan tinggi-tinggi.. abaya ni dah jadi pakaian harian kami diluar rumah. kalau tak pakai abaya. jangan lah berani nak keluar rumah. nanti lain jadinya. ;) saya panggil abaya ni saudi uniform.
bila tinggal di tempat yang menjadikan abaya ini pakaian harian, pastinya ada banyak pilihan! ada yang mahal ada yang murah. yang mahal pun masih dalam kategori murah kalau nak compare dengan negara lain. dan yang pastinya ada banyak tempat yang menjual abaya.
salah satunya adalah Souq Bawadi yang terletak di Jeddah ini. di makkah sendiri terdapat banyak tempat yang menjual abaya. tetapi di jeddah lebih murah dan terdapat lebih banyak design yang menarik mengikut peredaran semasa. harga abaya di Makkah terutama sekali di kawasan tumpuan jemaah umrah/haji bukan dalam kategori murah. agak mahal hargnya.
Souq Bawadi bukan merupakan tempat yang terkenal di kalangan jemaah umrah dan haji. selalunya jemaah Malaysia lebih suka ke Balad. saya kurang gemar pergi ke balad. tempat itu sangat sesak dengan orang yang sentiasa ramai berbanding dengan souq bawadi yang lebih teratur dan tenteram. kebanyakkan pelanggan souq ini terdiri daripada orang-orang tempatan dan kalangan foreigners seperti kami yang sudah sedia maklum akan lokasinya.
lebih special apabila any alteration boleh dibuat terus di situ. bagitahu penjual apa yang mahu di alter, penjual akan hantar ke tailor di kawasan berhampiran dan akan siap dalam masa 10-15minutes! sambil menunggu sempat anda meninjau2 kedai yang lain pula.. ;) terdapat banyak abaya jenis open front yang cantik. so boleh request untuk buang butang dan jahit terus dengan bayaran 10sr sahaja. kebanyakkan penjual boleh berbahasa english.. kalau tak fasih pun biasanya perkataan2 yang biasa kita gunakan untuk jual beli boleh difahami mereka.
souq biasanya dibuka selepas asar sehingga jam 12 malam. kalau malam minggu kadang-kadang sehingga jam 1 pagi..
kami berada di gate number 9... |
kawasan dalam souq. selain abaya terdapat juga barangan lain seperti kasut dan beg.. |
barisan kedai... banyak pilihan abaya... pilih2... murah2... |
dan...... ada juga kedai jual toys ni... hati2 kepada sesiapa yang membawa anak kecil! |
sudah rambang matanya... mana satu idaman kalbu nih? |
kedai pakaian anak2 pun ada... tapi made in china juga... nasihat saya hunting abaya je di sini.. barangan lain tak best sangat.. kat tempat lain pun banyak. |
kebetulan kami pergi waktu siang selepas asar. agak lengang. kalau malam biasanya penuh terutama malam minggu. |
kedai abaya dan jalabiya... |
cantik tak? |
oh sudah rambang mata saya... kenapa semuanya cantik nihhh... |
design lace ini juga cantik...! |
nampak tak tajuk kecil dalam buku saya tu. ia adalah cerita pengalaman saya dengan abaya. ada tragedi yang menimpa semasa awal2 penghijrahan saya ke Makkah dulu.. nak tahu? kenalah baca. ^_^ jangan lupa dapatkan buku saya "EMBARA KASANG DISELIMUTI OASIS' ya... boleh di dapati di mana-mana cawangan MPH dan popular atau mana2 kedai buku yang menjual buku-buku terbitan humaira publication. kalau mahu membeli secara online sila klik pada gambar buku di bahagian kanan page ini.. anda akan terus dibawa ke kedai online humaira bookstore. kepada sesiapa yang dah membeli serta membaca buku ini, saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kalian. rasa sangat terharu apabila membaca banyak feedback yang baik setakat ini. doakan juga agar perjalanan buku ke dua saya berjalan lancar ya.
ni.. saya bagi drop pin sekali.. untuk rakan2 yang tinggal berhampiran.. happy shopping!
Pintu No.9 Bawadi Market
Dropped Pin near 3230 Abu Al Ala Al Maarri, حي البوادي، Jeddah 23443 7447
https://goo.gl/maps/ 8ZssxHeZtpv
https://goo.gl/maps/
yang benar, bukan personal shopper, ;-)
Masa acik pi umrah tak sempat jalan2 pun mas..tak cukup.masa..tak dpt nak cari/beli abaya yang cantik2.dapat pergi sesekali ke mekah/madinah..sayang kalau tak gunakan masa untuk berada di masjidiharam dan masjid nabawi
ReplyDeletebetul tu acik..kalau dtg umrah kena guna masa yang ada utk spend time di masjid.. nnt rugi.. eira pun jrg2 ke sini.. kalau memerlukan baru pergi.. lg kl nk beli buah tngan untuk family/kwn2... :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum...dulu dulu.... suka baca catatan mas selain hj. Arshad kat blog. Terubat rindu...terasa rasa seolah ade disana. Bila bukak blog tak ada cerita terkini...ada sedikit rasa kecewa. Sejak dah terjumpa dan follow fb mas...hari hari dah dapat info dari sana. Tahniah.... mas antara insan bertuah pilihan Allah. Sekarang dah Ada buku pulak. In sya Allah akan dapatkannya.
ReplyDeletewaalaikumsalam... terima kasih.. terharunya baca.. betul tu... setahun saya berhenti sekejap.. baru2 ni baru start blogging balik.. :) alhamdulillah..
Delete