As salam...
tengok tv pagi ni mataf sementara dan officially ditutup.. kosong dan sedang dalam proses untuk diruntuhkan.. rupanya malam tadi merupakan malam terakhir saya dapat tengok kawasan mataf sementara itu penuh dengan orang yang sedang tawaf, solat sunat atau hanya duduk memandang kaabah sambil berdoa. tidak kurang yang sedang bergambar.. mengabdikan kenangan indah di situ.. :)
kebetulan, malam tadi saya meminta kepada suami untuk bawa saya ke haram. saya nak solat isyak dan tawaf sunat. dah lama rasanya tidak tawaf. jiwa sudah mula rasa 'tidak enak'. sudah rasa rindu dan rugi. kaabah hanya beberapa km sahaja dari rumah saya, tetapi masa itu banyak saya bazirkan dengan perkara lain. dengan urusan dunia yang tidak akan rasa habis & puas! suami selalu berpesan, kita tidak tahu berapa lama lagi ALLAH izinkan untuk kita 'tinggal' di sini... mungkin masanya sudah tidak lama.. ditambah pula kebelakangan ini, ekonomi saudi juga sudah agak goyah. banyak projek2 pembangunan di berhentikan atau mungkin direhatkan seketika. banyak company sudah mula mengurangkan pekerja. :( ahli makkah sendiri sudah turut berkurang. terpaksa meninggalkan Makkah tanpa rela. siapa yang rela? meninggalkan tempat yang sudah pasti akan terlindung dari fitnah dajjal ini? sudah pasti di akhirnya nanti akan tinggal hamba2 yang taat dan dikasihi ALLAH sahaja. layakkah kami untuk terus mendapat kasih sayang ALLAH di sini... sedangkan diri terus leka dalam nikmat dunia yang terlalu banyak...
sempat juga saya dan suami membeli beberapa buah Al-Quran dan wakafkan di dalam masjid untuk orang2 tertentu yang saya mahu hadiahkan buku.. tetapi beliau tetap mahu bayar sebagai tanda sokongan katanya.. dan bayaran itu terlalu besar untuk buku saya itu. lalu dengan wang itu saya beli al-quran dan wakafkan ke masjidilharam.. semoga beliau dan keluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH.. serta dilimpahi rezeki yang berpanjangan.. amin.. sebut tentang wakaf AL-quran ini, saya lihat ramai di antara kita yang hanya wakafkan al quran di masjidilharam dan masjid nabawi sahaja sedangkan dalam tanah haram ini ada banyakkkk masjid dan kebanyakkan masjid ada class tahfiz dan terbuka untuk sesiapa sahaja. pendapat saya, mungkin boleh juga wakafkan pada masjid2 lain sekitar tanah haram. kebarangkalian untuk digunakan untuk para penghufaz untuk adalah lebih tinggi. lebih lagi di masjid2 kecil kawasan perumahan penduduk2 yang agak susah.. contohnya masjid2 berdekatan dengan perumahan orang2 burmawi.. biasanya perumahan mereka terletak di kawasan berbukit dan perlu berjalan mendaki bukit...
ok, berbalik kepada kisah tawaf saya malam tadi.. entah kenapa saya mengantukkk sangat! selepas maghrib sedang bersiap2 untuk ke haram, saya mengantuk yang luar biasa.. mungkin sebab cuaca.. hujan agak lebat petang semalam. (eh, bila hujan memang mengantuk eh? haha) mengantuk itu masih tidak hilang sehingga usai solat isyak. sebelum tawaf, kami sempat makan malam di abraj al bait food courts.. suami sempat berseloroh katanya "kalau nak tawaf memang selalu macam tu.., ada je halangan..syaitan kacau." hehe.. saya kuatkan semangat.. tetap juga bertawaf walaupun mengantuk tidak hilang. suami dan anak2 tidak tawaf hanya menunggu di dalam masjid. kata suami mahu bagi saya peluang tawaf 'seorang'.. walaupun rasyad merengek mahu turut serta.. selepas di umpan dada untuk jalan2 di dalam masjid. rasyad akhirnya mengalah memberikan kesempatan kepada bonda untuk sendirian seketika. ;) alhamdulillah..
oleh kerana tawaf seorang, saya hanya tawaf di dataran.. tidak menggunakan mataf sementara itu. rupanya malam tadi adalah malam terakhir mataf itu boleh digunakan. pagi ini sudah sepenuhnya ditutup. tidak tahu bagaimana keadaannya nanti. temporary mataf dalam tempoh dismantle dan mataf yang sebetulnya belum lagi dibuka untuk kegunaan. pasti agak sempit dataran tawaf itu. semoga ALLAH mudahkan urusan jemaah umrah kita dan semoga ALLAH mudahkan urusan semua pekerja yang terlibat dalam proses dimantle temporary mataf. dan juga semoga cepat2 dibuka bahagian mataf baru untuk memudahkan jemaah2 umrah.. walaupun lingkaran tawaf bertingkat akan semakin besar dan jauh, saya yakin keselesaanya lebih dan keselamatan juga lebih terjamin.. inshaallah.. selepas tragedi crane jatuh tahun lepas, kerajaan saudi mengambil langkah sangat berhati2 untuk menjaga keselamatan jemaah. oleh itu pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan faktor2 keselamatan lebih lagi apabila bulan ramadan dan bulan haji semakin hampir. inshaallah segala kerja dan proses perubahan untuk pembesaran serta naiktaraf yang berlaku kepada masjidilharam adalah semata-mata untuk keselesaan dan kemudahan jemaah umrah dan haji.. cuma, kita semua sekarang berada di dalam tempoh peralihan itu. kena banyak 'mengalah' dan 'memahami'.. inshaallah untuk kemudahan di masa akan datang... :)
langkah tawaf orang mengantuk agak longlai di dalam sesakan yang masih mempunyai ruang untuk saya menyelit. alhamdulillah.. kebetulan malam tadi kerap berjumpa dengan orang2 tua yang sedang tawaf. ada beberapa oarng yang sudah bongkok dan dipinpim oleh orang lain. namun masih bersemangat tawaf mashaallah.. kanak2 juga tidak terkecuali dalam sesakan itu. juga rombongan2 jemaah umrah yang sedang tawaf umrah dalam kumpulan yang besar dengan tidak memungkin kan untuk kita memisahkan rombongan mereka..
selesai tawaf jam 10.40 malam, sempat temankan anak2 makan ringan di saji dan kemudian terus pulang dan tidur! alhamdulillah.. untuk rezeki dan kesempatan.. untuk nikmat2 yang ALLAH berikan.. dan untuk ilham2 yang ALLAH berikan untuk saya catatkan dan kongsikan di sini.. :)
gambar ketika hujan semalam.. |
2R teruja melihat burung merpati yang hinggap seperti kesejukan. kata mereka.. bagilah burung tu masuk.. kesian dia sejuk kat luar. hehe.. |
ke kedai buku membeli Al-Quran.. |
letak di masjid.. pastikan penjual di kedai al quran tersebut cop dahulu di muka depan al-quran bagi membolehkan al-quran tersebut diletakkan di dalam masjid.. :) |
usai tawaf.. |
salam sayang!
rasanya tak perlu pada cop ( وقف الحرم atau seumpamanya )untuk letak dalam al harom Makkah atau madinah kak. cuma perlu pastikan yg al quran tu cetakan madinah je sebab standard quran dalam al harom Makkah dan Madinah dari kilang cetakan di Madinah. hehe ☺
ReplyDeleterasanya tak perlu pada cop ( وقف الحرم atau seumpamanya )untuk letak dalam al harom Makkah atau madinah kak. cuma perlu pastikan yg al quran tu cetakan madinah je sebab standard quran dalam al harom Makkah dan Madinah dari kilang cetakan di Madinah. hehe ☺
ReplyDelete