As salam..
phew, berpeluh saya baca komen-komen yang muncul.. baiklah, seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, segala update di dalam blog ini adalah untuk para penyumbang jelas dan maklum akan keadaan makcik Aziah dan anaknya.. bukan untuk mewujudkan perbalahan di antara pihak travel ataupun sponsor yang terlibat. saya perlu update walaupun diminta beberapa kali untuk delete post dan tidak lagi update keadaan makcik Aziah oleh pihak travel agent yang terlibat..
seperti yang sedia maklum di previous post saya sebelum ini dari sini..
Part 2Part 3
Part 4
dari awal penceritaan telah saya jelaskan bahawa semuanya bermula apabila saya meminta 'ihsan' dari pihak travel untuk membawa anak makcik datang dan ianya tidak mendapat perhatian yang baik. saya jelas dan maklum bahawa bukan tanggungjawab pihak travel untuk membawa waris datang jika ada sesuatu yang berlaku kepada jemaah. dan situlah ihsan yang saya pinta.. apabila mereka menolak, maka saya lancarkan derma kilat untuk membawa anak makcik datang dan alhamdulillah semuanya mudah sehingga ezzad sudah pun tiba di Makkah sebagai tetamu ALLAH..
makanya segala konflik yang berlaku selepas itu di antara pihak travel dan sponsor adalah diluar kawalan saya. dan bagi pihak makcik dan anaknya.. semuanya dipermudahkan ALLAH alhamdulillah. saya percaya segala pertolongan dan bantuan yang datang adalah 'rezeki' yang ALLAH telah aturkan untuk mak cik di sini..
setiap kali makcik menyebut2 tentang terhutang budi dengan keperihatinan kami di sini, saya menyatakan bahawa sudah terlalu banyak nikmat ALLAH yang kami rasai di sini.. dengan menolong makcik dan pelbagai konflik yang wujud selepas itu masih terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan nikmat ALLAH yang tidak terhitung banyaknya. kami hanya melakukan dan membantu makcik sekadar yang terdaya selebihnya saya serahkan kepada yang lebih mengetahui.. InshaALLAH..
saya lampirkan setiap perjalanan di sini untuk penyumbang jelas ke mana duit sumbangan disalurkan. alhamdulillah saya telah jelaskan bayaran tiket penerbangan kepada pihak travel dan juga kos penginapan makcik dan ezzad di Mira Ajyad hotel Makkah. pihak hotel Mira Ajyad bersama seorang kenalan suami telah berbesar hati menanggung sebahagian besar kos penginapan makcik dan ezzad. jumlah yang dikenakan adalah kadar minima lengkap breakfast, lunch dan dinner sekali (full board). alhamdulillah..
visa umrah ezzad seperti jelas tempampar disitu (bukan calling visa) tidak di kenakan bayaran oleh pihak travel alhamdulillah. terima kasih! |
tarikh check out adalah esok kerana mulai esok makcik dan ezzad akan menginap di hotel lain dan ditaja penuh oleh dermawan juga.. alhamdulillah.. |
semalam sempat berjumpa makcik dan ezzad di hotel menyerahkan wheelchair yang diberikan seseorang untuk kegunaan makcik di sini. makcik sihat. cuma batuk yang belum pulih sepenuhnya. saya sarankan makcik untuk tidak keluar pada waktu siang. tawaf sunat boleh dilakukan awal pagi ataupun waktu malam. inshaallah ezzad menjaga makcik dengan baik. makcik juga kelihatan lebih bersemangat dan gembira dengan kehadiran ezzad bersama. masih berbaki beberapa hari sebelum mereka pulang. ;'-) saya masih memerlukan bantuan pembaca untuk sama2 mendoakan agar kesihatan makcik bertambah baik dan segala urusan mereka di sini dipermudahkan.. amin..
yang benar,
Salam mas....subhanallah.. terharu sgt mbaca tulisan mas...sesunnguhnya apa yg terjadi mengandungi hikmahnya..semoga Allah merahmati mas sekeluarga dan jga teman2 d sana yg berhati mulia...
ReplyDeleteSaya terharu membaca tulisan masnira.. rasa sperti mambaca sebuah novel pula..dari part 1 hingga part terakhir tak tertinggal satu pun..sayu ada..sedih pun ada dan syukur Alhamdulillah akhir gembira bila makcik Aziah tlh sihat dn dpt kembali ke malaysia.. amin..
ReplyDelete