Thursday, April 7, 2016

Berjabat tangan. cara orang melayu & arab.


Pernah suatu masa dahulu.. apabila ambil rania pulang dari sekolah.. saya menyuruh Rania berjabat tangan (bersalam) dengan gurunya... apabila Rania mahu cium tangan gurunya, lantas cepat beliau menarik tangannya dan terus memeluk dan cium rania.. kata beliau, "dont do that to me.. thats special for your mom only."

saya terkedu melihat situasi itu. sudah biasa budaya kita kalau bersalam dengan orang lebih tua mesti cium tangan. lebih lagi kalau guru, dan keluarga terdekat. kadangkala apabila kita terlalu hormatkan orang tersebut juga kita pasti dan salam dan cium tangannya. 

di sini, jarang kita melihat orang bersalam dan cium tangan. kebiasannya mereka akan melagakan pipi baik lelaki mahupun perempuan.. kadang2 saya melihat mereka suka mencium dahi orang yang lebih tua selepas bersalam. cerita pasal laga pipi semasa bersalam ni pula, selalu buat saya confused. orang kita bersalam laga pipi dua kali je kiri dan kanan... tetapi orang sini..mesti 3 kali paling kurang... sebelah pipi sahaja semuanya... sambil melagakan pipi dengan bunyi 'cup..cup..cup" ataupun sambil melagakan pipi dan bertanya khabar...dahulu saya selalu je tersalah... dan malu sendiri kemudiannya... suatu hari sahabat arab saya yang bernama fatimah bagitahu... "arab must kiss 3 times. 1 side only".  :) 


rupanya ada macam2 cara bersalam ini. bersalam dan kemudian  mencium tangan orang yang lebih tua adalah suatu budaya bukan suatu tuntutan di dalam islam. kita selalu menyuruh anak2 bersalam dan mencium orang yang lebih tua dan tiada pertalian darah. ia ternyata adalah budaya kita yang lebih menghormati orang tua. tidak salah jika ada yang tidak mahu mengamalkannya. cukuplah dengan bersalam dan menghadiahi senyuman.


anak2 saya pula selalu je keliru sendiri. lebih lagi setiap kali kami pulang ke Malaysia adalah ketika musim perayaan. bermakna ramai orang yang mereka perlu jumpa dan bersalam. kadang2 mereka tidak mencium tangan yang lebih tua.. orang tersebut akan mendekatkan tangan dengan hidung mereka sebab sudah biasa begitu dengan kanak2 lain. haha.. saya perhatikan rania kadang2 teragak2 seolah berfikir boleh cium atau tidak.  pasti perlu ambil masa untuk menukar kebiasaan budaya itu. sudah biasa di sini, jumpa orang sini apabila mereka baru tunduk mahu cium tangan cepat tangan mereka ditarik ke atas malah diciumnya tangan2 kecil itu mashaallah. kadangkala orang2 arab juga terkejut dengan budaya kita yang itu.. mereka akan tersenyum malah ada yang ketawa sambil menggeleng kepala dan mengusap kepala anak2 saya. ada yang terus mencium pipi ataupun dahi mereka... mashaallah.. 

jadi, saya selalu ingatkan anak2... kita dah ada di Malaysia ni... nanti nak salam tangan ( sebut nama sape2 yang akan jumpa ketika itu), tolong cium tangan dia ya... kalau tidak perlu pun saya katakan tidak perlu supaya anak2 faham dan tidak terkejut dengan reaksi orang yang mereka bakal bersalam nanti. hehe.. 

kalau dah kembali ke Makkah.. pun saya ingatkan lagi... kita dah ada di Makkah ni... jangan sebarang nak cium tangan orang bila salam! haha... lazim orang2 sini sukakan kanak2.. kalau jumpa di mana2 atau di dalam masjid contohnya pasti mereka akan menegur dan saya akan minta anak2 bersalam. rania pula sudah ke sekolah.. sudah di ajar dan terpengaruh sedikit sebanyak dengan budaya orang di sini.. ada banyak perkara yang berbeza yang saya perlu jelaskan semula apabila dia bertanya ataupun membuat sesuatu yang tidak sesuai dalam budaya kita. contohnya memanggil orang yang lebih tua dengan nama sahaja! sangat rude bunyinya dalam budaya melayu kita! ^_^ 

Dari Barâ' bin 'Aazib Radhiyallahu anhu , ia berkata, "Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: tidaklah dua orang Muslim bersua kemudian mereka bedua saling berjabat tangan kecuali diampuni (dosa) keduanya sebelum mereka berpisah." [11]

orang lelaki arab salam dan melagakan pipi.. normal ya.. di sini... di malaysia jarang2 nampak ni.. ^_^

ini sangat janggal dengan budaya kita..  saya nampak 1st time masa awal2 tinggal di oman dulu... terkejut juga.. melagakan hidung sambil bersalam.. sangat unik. mashaallah seronok melihat budaya yang pelbagai.. skrg kalau ternampak dan tak rasa pelik lagi.. hehe.. 

ini cara orang melayu kita bersalam.. cara yang muda hormatkan yang tua.. sungguh melayu kaya dengan budaya yang sangat2 tinggi dengan kesopanan dan hormat menghormati.. sbb itu kemana sahaja kita pergi budaya kita itu menyenangkan dan diterima orang lain dengan baik sekali mashaallah... (model gambar adalah 3 hero kesayangan hamba) ;) 



yang selalu bagi salam, eh.

No comments:

Post a Comment