Saturday, April 2, 2016

Nasi Saleek..


Dah 5 tahun duduk kat makkah ni baru tahu dan sedar keenakkan nasi saleek. selama ini ku memandang sebelah mata sahaja.. alangkah ruginya... sambil telan air liur sbb dah agak lama tak makan nasi saleek.. 

kata pembantu suami di office yang merupakan anak malaysia kelahiran saudi.., masih memegang passport malaysia.. tapi oleh kerana lahir dan membesar di saudi, kebanyakkan mereka tidak pandai berbahasa melayu. pernah beliau datang malaysia dan di soal siasat imegresen Malaysia kerana menggunakan passport Malaysia tapi tak pandai berbahasa melayu! suspicious sgt kan... haha.. 

selepas beliau sambung belajar di UIA baru lah improve bahasa melayu beliau dan sekarang bekerja bersama suami saya. eh tercerita tentang perkara lain pula. ok sambung.. kata beliau nasi saleek ini hanya ada di makkah sahaja.. 'makanan orang2 makkah'. maksudnya orang arab tempatan yang bukan dari makkah tidak betul tahu tentang nasi saleek. betul ke? saya belum sempat study.. :p 

ok, nasi saleek ni teksturnya macam bubur nasi.. bahannya sangat simple. dan mudah sgt nak masak. orang malas pun boleh masak nih! tak percaya? ni yang nak bg resepi ni.. nanti try dan share keenakkannya dengan saya ya.


bahan2 nya.. 

daging kambing atau ayam. (bagi saya dua2 pun sedap)
buah pelaga 
lada hitam 
bawang besar 
susu tepung. (tak kisah brand apa pun. tapi di makkah selalu guna brand nido) 

simple je kan bahannya.. 

cara nak buatnya..
mula2 rebus ayam (dipotong 4)  atau kambing bersama2 buah pelaga dalam satu sudu besar camtu, lada hitam pun satu sudu besar dan bawang besar sebiji potong empat.. jangan lupa letak garam sekali.. 
rebus sampai daging agak empuk. kalau ayam rebus sampai ayam masak sahaja.. jgn lama sangat nanti hancur.
dalam masa yang sama kita rebus ayam atau daging tu, masak la juga nasi dlm periuk lain.. tapi jangan sampai kering.. masak half cook sahaja.. guna beras basmati lagi sedap! 
apabila daging/ayam dah empuk/masak, angkat ayam atau daging tu letak dalam bekas berasingan.. 
buangkan juga segala rempah di dalam air rebusan ayam atau daging tadi. 
masukkan nasi yang dah half cook tadi dalam air rebusan tersebut. 
masak smpai nasi kembang macam buat bubur nasi tu.. 
lepas tu bancuh susu tepung pekat2 dan campurkan susu tu dalam nasi.. kacau2 sikit bg sebati dan agak pekat dan boleh tutup api.. 
kalau daging kambing yang kita angkat tadi boleh dihidang terus bersama nasi.. 
kalau ayam pula, kena goreng dulu sekejap. jangan lama sangat.. bagi garing diluar dan lembut di dalam..yummy! 
boleh dihidang terus. cara orang sini hidang nasi saleek adalah letakkan semua nasi dalam dulang besar, kemudian letaklah ayam atau daging ditengah2.. 
kl suka boleh cairkan minyak sapi dan terus tuang atas nasi yang dihidang tadi. tabur sedikit lada hitam. 
makan bersama salad (ptong kecil2 timun, tomato dan coriander leaves, perah lemon sikit dan kacau siap untuk dimakan) 
dan sambal juga... (blend cili besar hijau bersama tomato, sedikit garlic, dan sedikit coriander leaves) 

dah siap! 

nasi saleek ayam dari dapur saya.. selamat mencuba ya! sambal tu saya lebih suka blend kering cili padi dan bawang putih, campur cuka atau lemon.. pedas dan marvellous.. makan sambil nangis.. :) 

beberapa bulan lepas pernah dijemput oleh orang arab tempatan untuk berkunjung ke rumah beliau. kami dihidangkan dengan nasi salik kambing yang sangat enak! seronok tuan rumah tengok kami makan. makan dengan penuh perasaan dan habis sedulang! semasa menjadi tetamu orang arab tempatan tersebut ada cerita yang sangat menarik. kelakar pun ia juga.. saya share dalam buku saya yang akan datang k. dalam buku tersebut banyak menceritakan keunikan budaya orang2 arab makkah ni. sudi-sudikanlah membeli dan membaca nnt ya.. sebelum itu jangan lupa dapatkan buku saya yang sedang berada di pasaran sekarang... kalau dan baca, harap sudi untuk berkongsi review dengan saya ya.. di facebook, intagram atau boleh komen di mana2 entry dalam blog saya ni. nak lebih privacy boleh email saya di masniraramli@gmail.com. :) 


saya tambah sikit info nasi saleek ni berpandukan komen rakan2 di blog & di facebook.

 * Masakan nasi salik berasal dari negara syam dan kebanyakannya diorang masak pada musim sejuk, tapi masakan ini telah ke hijaz terutama kawasan mekah dan madinah diorang kenal salik sebagai makanan tradisional bagi orng hijaz juga. Masakan yg senang dan enak lebih sedap dari bubur lambuk. Boleh cuba dengan daging kambing . (komen dr nabil master) 
*  Actually arabic gum. Binding agent untuk nasi saleek. Baru lebih mantap. Kalau tidak letak benda ni jadi macam kanji atau moi sahaja rupa nasi saleek kita. Jangan letak berlebihan nanti pahit. Saya suka makan nasi saleek dicampur dengan samin barri (minyak sapi). Boleh beli di supermarket atau kedai rempah. Salatah pula di campur dengan kiub nenas. Mabeles makan bila tiba musim sejuk. (komen dari Hj.khairani) 

terima kasih kepada yang berkongsi petua... bertambah maklumat saya. saya sangat hargai.. :) 


yang benar, yang makan nasi saleek satu dulang tanpa rasa bersalah,

10 comments:

  1. Kaka mcm bubur nasi lembik ka ye mas.masa disan buat umrah bulan februari lepas acik mukanya pelik sikit sebab dihidangkan nasi lembik.
    Acik dah baca buku mas.rasa macam tak puas..sebab cepat tamat..rasa macam berada sama ditempat masa masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf bnyk silap taip..guna phone

      Delete
    2. Maaf bnyk silap taip..guna phone

      Delete
    3. mmg nasi lembik.. sy dulu pun awal2 pandang sebelah mata je. rupanya sedap ya rabbiiiii... haha.. menyesal tak makan dr dulu.. saya dah rugi 4 tahun! haha...

      buku tu memang limited pages... publisher tak bg tebal2.. tunggu sambunggannya ya.. terima kasih.. :)

      Delete
  2. Kaka mcm bubur nasi lembik ka ye mas.masa disan buat umrah bulan februari lepas acik mukanya pelik sikit sebab dihidangkan nasi lembik.
    Acik dah baca buku mas.rasa macam tak puas..sebab cepat tamat..rasa macam berada sama ditempat masa masa tu

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba masak nasi ini...tq share resepinya.

    ReplyDelete
  4. Masakan nasi salik berasal dari negara syam dan kebanyakannya diorang masak pada musim sejuk, tapi masakan ini telah ke hijaz terutama kawasan mekah dan madinah diorang kenal salik sebagai makanan tradisional bagi orng hijaz juga. Masakan yg senang dan enak lebih sedap dari bubur lambuk. Boleh cuba dengan daging kambing .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mashaallah tabarakallah terima kasih atas perkongsian ini.. memang sy sedang mencari di mana asal usulnya.. saya edit sikit masukkan dlm entry ni ya..

      betul tu.. dengan daging kambing pun sedap! tp sebab suami kurang menggemari kambing.. ayam je lah optionnya.. terima kasih sekali lg... :)

      Delete
  5. Masakan nasi salik berasal dari negara syam dan kebanyakannya diorang masak pada musim sejuk, tapi masakan ini telah ke hijaz terutama kawasan mekah dan madinah diorang kenal salik sebagai makanan tradisional bagi orng hijaz juga. Masakan yg senang dan enak lebih sedap dari bubur lambuk. Boleh cuba dengan daging kambing .

    ReplyDelete