Sunday, April 10, 2016

Kelas Al-Quran di Masjidilharam..



As salam...


Sudah lima tahun menetap di Makkah.. baru mendapat peluang sebegini.. MashaAllah Tabarakallah nikmat mana lagi yang mahu ku dustakan. Kisahnya minggu lepas suami mendapat khabar dari Ustaz Zulkifli Esa yang merupakan seorang lepasan penuntut University Madinah. Beliau menawarkan kelas Al-Quran di MasjidilHaram. Bermula dengan memperbetulkan bacaan dan seterusnya menghafaz.. terasa seperti ianya adalah satu peluang keemasan yang sukar untuk ditolak. Bukan mudah untuk mendapatkan peluang sebegini. Dengan masalah komunikasi yang merupakan halangan terbesar untuk kami mencari sebarang maklumat. Apabila tawaran itu datang secara tiba-tiba kami tidak mampu lagi menolaknya! Malah menerima dengan hati yang gembira. :) 


Ustaz Zulkifli menjadi orang tengah yang menguruskan segala proses pendaftaran sehingga di kemuncaknya kami 'bakal' beroleh sijil yang ditandatangan oleh Sheikh Abdul Rahman AsSudais.. ya, perjalanannya masih terlalu jauh untuk saya yang baru bertatih belajar untuk membetulkan sebutan. Kelas petang tadi agak sukar kerana di awal sebutan sudah terdapat banyak kesalahan sebutan. kami para wanita di minta untuk membaca surah al fatihah dan 5 ayat surah al baqarah setiap seorang. Ok lah sebagai permulaan untuk hari pertama. Berpeluh juga dibuatnya. Perlahan-lahan lama-lama pandailah! cita2 sangat besar untuk mendapatkan sijil tersebut walaupun macam samar2 lagi perjalanannya. Untuk diri saya pastinya terlalu jauh! Bayang pun belum nampak. Hehe... sungguhpun begitu saya masih memasang harapan yang tinggi sekurangnya dapat memanafaatkan peluang ini sebaiknya selagi saya masih di sini. 

Teknik pengajian secara bertalaqi ini sangat baik kerana ustazah akan memperbetulkan sebutan setiap orang terlebih dahulu. Apabila semuanya sudah baik, maka bermulalah proses menghafaz. Berbeza dengan orang-orang lelaki apabila saya difahamkan suami kelas bermula dengan membaca secara beramai-ramai selepas asar, solat maghrib dan class hafazan dimulakan selepas maghrib. 

Tawaran daripada ustaz kami peroleh minggu lepas, Sabtu sudah mula kelas. MashaAllah ALLAH mudahkan Alhamdulillah. Oh, ya kelas ini juga terbuka kepada sesiapa yang berkelapangan untuk hadir silalah menyertai kami bersama-sama memperbaiki bacaan Al-Quran dan juga seterusnya menjadi seorang hafiz hafizah termasuk kepada jemaah umrah yang menginginkan talaqi bersama sheikh/sheikah. Kedatangan anda adalah di alu-alukan untuk bersama-sama kami. Boleh datang sekurang-kurangnya dapat sama2 berkongsi ilmu dalam sebutan dan memperbaiki bacaan Al-Quran.. 

Kelas ini ada setiap hari kecuali Jumaat bermula selepas Asar sehingga Isyak. Tetapi kami ahli Makkah akan datang seminggu sekali sahaja. Untuk kaum muslimat tempat adalah di dalam MasjidilHaram, masuk melalui pintu 79, terus ke bahagian dalam kemudian ke bahagian kiri. Insha Allah akan berjumpa nanti. 


Dan untuk para muslimah pula lokasi adalah di aras 1, di kawasan pintu 84. Sheikah akan mengajar membetulkan bacaan bermula dengan surah al-fatihah terlebih dahulu.. 

Saya kongsikan sedikit gambar kenangan kami pada hari pertama kelas. Semoga mendapat sedikit sebanyak gambarannya ya. Insha Allah.. 



Hj.Azhar sedang memperdengarkan bacaannya kepada sheikh. 

giliran adik Arshad pula.. kata suami.. adik Arshad ini sangat bagus bacaan dan sebutannya MashaAllah. Beliau juga turut menghadiri class tahfiz di masjid berdekatan dengan rumah setiap hari selepas waktu Asar. 

Giliran Iman pula.. MashaAllah Iman juga tidak kurang hebatnya.. sangat baik bacaannya. tentunya suami yang memberitahu saya kerana lokasi kelas lelaki dan wanita agak jauh. 

Mr.DaDa kerja hari sabtu. jadi habis sahaja waktu pejabat terus ke MasjidilHaram. saya dan anak2 pergi menumpang kereta jiran terdekat dan pulang bersama Mr.DaDa. :) ehem, ok ke tu baca tu... gaya dah terbaik.. ^_^ 

Sedikit gambaran kelas dibahagian lelaki.. jemaah umrah yang kebetulan berada di kawasan berhampiran tidak melepaskan peluang untuk turut sama mendapatkan ilmu dari sheikh.. alhamdulillah.. 



Sessi talaqi Tuan Haji Fadil.. 

Sempat saya curi ambil gambar tadi.. sedang sama menyemak bacaan dari seorang pelajar. Beliau dah sampai surah toha.. kami baru alfatihah.. ^_^ 

Sheikah keseorangan memperbetulkan bacaan kami beramai tadi. Kelihatan kepenatan beliau. semoga berkat tunjuk ajar beliau kami mampu memperbaiki bacaan dan seterusnya menghafaz al Quran.. inshaallah.. 
Agak mencabar membawa 2R ke masjid hari ini. Lebih lagi tanpa bantuan Mr.DaDa. Part paling susah adalah apabila untuk masuk masjid dalam keadaan orang yang terlalu ramai. Saya perlu mendukung Rasyad risau dia ditolak orang yang tidak nampak kehadirannya jika dia berjalan sendiri. Alhamdulillah Rasyad mahu menunggu hari ini sehingga Bonda selesai walaupun tidak dapat menunggu sehingga tamat waktu maghrib sekurangnya sehingga selesai turn Bonda.. dah bersyukur sangat. Rania tidak sempat untuk bertalaqi.. its ok.. Rania juga pergi ke kelas tahfiz harian berdekatan dengan rumah saya. Itu sudah cukup baik. Sahabat Rania, Kak maya juga turut serta tadi. sangat bersemangat walaupun ibunya tidak dapat bersama. Lagi seorang yang tiada dalam gambar adalah Nana... alhamdulillah dengan adanya anak2 ini kelas kami meriah! Cuma tempat yang agak limited dan orang yang ramai agak menyukarkan kami. Ada jemaah umrah yang mengambil tempat anak2 duduk untuk dijadikan saf mereka. Alhamdulillah anak2 tidak meragam cuma kelihatan kurang selesa. its ok.. semoga ALLAH mudahkan urusan kita semua.. urusan jemaah2 umrah dan juga urusan kami sehingga selesai perjalanan yang kami impikan inshaallah.. 

Kami akan berada di kawasan yang tertampal poster tersebut. boleh datang dan join kami inshaallah.. pintu 84, aras 1 ya! eh tengok tu... sungguh2 nampak saya cuba untuk mengikut sama memperbetulkan bacaan.. rasanya sheikah paling penat dapat pelajar macam saya hari ini. ayat pertama pun sudah banyak yang perlu diperbetulkan! (tutup muka)



Ini lah sijil yang kami dambakan... Inshaallah saya terasa seperti terlalu jauh untuk mendapatkannya.. tetapi tidak salah memasang angan2 bukan? Semoga angan2 itu menjadi satu doa yang akan dimakbulkan oleh ALLAH swt.. amin... 







Saya kenalkan Ustaz Zulkifli Esa.. berkat kesungguhan beliau alhamdulillah dapat kami sama2 berada di dalam kelas Al-Quran di MasjidilHaram hari ini.. terima kasih ustaz.. semoga ustaz beroleh pahala yang berpanjangan.. amin (gambar di ambil ketika ustaz memberikan taklimat berkenaan dengan kelas di rumah saya) 


Dengan kebenaran ustaz saya kongsi sedikit sebanyak berkenaan kelas ini ya.. khas untuk orang2 yang berada di Malaysia. 

*anda boleh merujuk website : http://www.alfikrahgroup.com/program/
*kalau peserta datang melalui Ustaz Zulkifli, program insentif lain juga boleh dibuat dengan pihak masjid seperti lawatan dalam masjid, kuliah tajwid dan tafsir al fatihah.
* terbaru: ustaz sedang menguruskan program ijazah sanad qiraat 10.  Tempoh yang akan diambil selama sebulan. Peserta merupakan para hafiz dan guru hafazan al-quran. 
*seperti yang saya kongsikan di atas, sijil tertera seperti gambar di atas. 
*program akan diadakan pada bulan 12 (December) ini dan pendaftaran sedang dibuka! 
*bagi jemaah umrah yang mengikuti kelas selama 13 hari sijil penghargaan juga akan diberikan. 
* untuk maklumat lanjut boleh berhubung sendiri dengan Ustaz Zulkifli Esa, 019-9967411





Pengalaman yang kami peroleh hari ini amat beharga! Pasti hari pertama ini mahu saya sejarahkan di dalam ruangan kesayangan saya ini. Namun, istiqamah itu lebih penting. Perjalanan ini baru sahaja bermula.. untuk sampai ke garisan penamat semestinya memerlukan pengorbanan dan azam yang kuat! Inshaallah.. tiada yang mustahil dengan izin ALLAH... 

Perjalanan umrah anda akan lebih bermakna jika dapat bersama-sama kami bertalaqi di dalam MasjidilHaram. Jadi jangan malu atau lepaskan peluang ini ya. Saya ulang sekali lagi kelas ada setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Masa selepas Asar sehingga Isyak. :) 

Jom kita panjangkan informasi! Boleh share tanpa izin saya ya.. 




TERBARU! 

Program AlQuran @masjidil Haram Makkah Al Mukarramah.

Keterangan : peserta akan berdaftar secara rasmi membaca ,membetulkan bacaan dan menghafaz AlQuran.padat dgn program2 llmiah berkenaan Al Quran spt ilmu tajwid dan mendalami surah al fatihah yg dilaksanakan oleh pihak Masjidil Haram.berbeza dgn Program Umrah biasa yg mana peserta mendaftar sebagai ahli program dan byk akan menghabiskan masa di dalam Masjid dan berprogram.program2 lain yg disusun spt lawatan di dalam masjidil haram,kilang air zam zam ,kelambu kaabah dll.peserta akan diberikan sijil yang dikeluarkan oleh pihak Masjidil Haram.pengalaman berhalaqah dgn sheikh dan sheikhah di Masjidil Haram sudah tentu akan menyerikan lagi Ramadhan anda.
Tarikh : 2 jun2016 (13 hari 11mlm).
Yuran program : dari rm7500 ( all in )
Hotel : mubarak silver ( madinah)
Ritaj assofwa 1 (makkah)
AYUH SERTAI DAN ISI RAMADHAN KALI INI DGN MASJIDIL HARAM!!
Hubungi :0199967411 wassap
0142994988
Program lain2 :
1.ujian hafazan Al Quran.
2.Ijazah sanad Al Quran.
3. Ijazah sanad Al Quran Qiraat 10.
4.Ijazah Muzakkirah Tajwid.




pelajar paling nakal,




8 comments:

  1. Mashaa-Allah, tabarakallah.

    Seronok sangat tengok; dan teringinnya nak turut serta.
    Doakan saya agar Allah beri kesempatan untuk sertai macam ni juga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. boleh join kami kalau berkesempatan untuk berkunjung ke Makkah.. :)

      Delete
    2. ada lagi ke program i nk join insyaallah

      Delete
  2. Allahuakhbar...
    Pn,untuk jemaah umrah ada tak peluang nk ikut kelas ni... teringin sangat... dapat turut serta sebagai pendengarpun jadilah.in shaa Allah sya akan ke sana hujung bulan mei nt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh puan... datang je ke lokasi yang telah sy maklumkan.. boleh sama-sama sertai kami.. :)

      Delete
  3. MashaAllah..bertuahnya ukht Masnira, dapat tinggal di tanah suci Makkah & belajar al-Quran di sana. Cita² saya sejak kecil..moga Allah makbulkan impian ini satu hari nanti. Allahumma amiin..

    Jazakillahu khayr ^^,

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, mcm mana cara saya nak daftar anak lelaki utk belajar membaca dan menghafaz al quran dimasjidil haram? anak saya berumur 16 tahun

    ReplyDelete
  5. masih ada lagi ke program ni, kat mana saya boleh tahu dengan lebih terperinci ?

    ReplyDelete