Assalamualaikum...
amaran: entry penuh emosi..
ketika entry ini di publish makcik aziah & ezzad baru sahaja tiba Malaysia... alhamdulillah.. :)
yang benar,
,
si tukang cerita.. ^_^
** Makcik aziah telah pergi mengadap yang Esa pada 18 Ramadan 1437h. ~al fatihah~
amaran: entry penuh emosi..
Kisah dan ujian makcik aziah sudah berakhir di tanah haram, Makkah apabila makcik aziah dan ezzad meninggalkan saudi arabia malam tadi. namun silaturrahim di antara kami dan makcik, saya doakan semoga akan berkekalan sehingga di jannah nanti. kerap kali makcik dan keluarga berkata terhutang budi kepada kami warga makkah/jeddah, saya khabarkan kepada makcik.. jangan lagi menyebut tentang kebaikan kami di atas dunia ini.. setiap kali makcik mengenangkannya.. doakanlah yang baik2 untuk kami semua.. dan sebut lah kebaikan itu di akhirat nanti.. semoga dengan asbab ujian makcik ini, kami dapat sama2 melangkah menuju syurga yang abadi.. ;'-(
saya juga terhutang budi dengan makcik, makcik izinkan kami sama2 menumpang rezeki makcik membuat pahala kebaikan di tanah haram ini.. makcik lah asbab kami semua berganding bahu memberikan yang terbaik dan kemudian mengenali sikap masing-masing dengan lebih baik. makcik lah yang menjadi asbab menolong saya menjadi orang yang lebih penyabar dan positif dalam menangani semua konflik yang datang selepas keterlibatan saya membantu makcik di sini. ikhlas atau tidak saya membantu pada mata manusia itu tidak penting.. tetapi saya hanya mahu yang terbaik dimata ALLAH.. sedangkan saya menulis akan cerita makcik di dalam blog ini juga ada mata manusia yang memandang ianya untuk popularity dan kepentingan diri saya sendiri semata-mata, walaupun mata manusia itu melihat saya menabur fitnah dan memutar belitkan maklumat dan fakta, namun ia tidak langsung menggangu gugat perjalanan saya untuk teruskan misi saya sehingga titik nokhtah yang terakhir. tidak mengapa saya sudah pun maafkan semua.. tidak ada sebab untuk saya marah melainkan saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kalian. :)
saya langsung tidak rasa susah membantu kerana rezeki itu semua adalah rezeki makcik, kami hanya menumpang pahala... itu sahaja yang kami mampu untuk menitupi lautan dosa yang terlalu banyak. sempat saya berseloroh dengan kawan2 di sini.. saya katakan, Allah memilih saya untuk menjadi salah seorang yang membantu makcik kerana saya ini orang banyak dosa.. jadi Allah mahu membantu saya.. memberikan jalan untuk membuat kebaikan...
namun, sebagaimana yang semua sedia maklum dan selalu saya ulangkan di dalam hampir setiap entry kisah makcik aziah ini, saya menulis di sini adalah dengan niat mahu update setiap perjalanan makcik aziah kepada semua yang telah sama-sama menderma... dari segala segi.. dari wang ringgit, dari tenaga, masa dan juga paling istimewa turut memanjatkan doa agar makcik pulih, anak makcik dapat datang dan makcik pulang dengan selamat ke tanahair. dan ALLAH telah makbulkan semua doa-doa itu... alhamdulillah... melihat hari makcik dirawat di hospital dengan mesin bacaan pernafasan yang turun naik, akan ketikanya mendatar.. sy seakan tidak percaya yang makcik boleh kembali sihat seperti sekarang! sejujurnya, ketika saya bertanyakan nurse yang bertugas, beliau juga tidak mampu memberikan jawapan yang pasti hanya meminta saya untuk terus memanjatkan doa. tiada yang lebih mengetahui melainkan dengan ketetapan Allah swt. dan saya percaya setiap yang berlaku adalah aturan yang terbaik yang telah ALLAH rencanakan indah dalam kehidupan kami. dengan asbab makcik sakit juga, anaknya ezzad menjadi tetamu ALLAH. ezzad juga tidak menyangka bahawa dia telah berpijak di tanah haram makkah. kadangkala seperti dalam mimpi katanya.
tidak banyak yang mahu saya kongsikan di sini... dari segi peranan dan tanggungjawab pihak travel dan badan2 yang terlibat membawa makcik ke sini.. walaupun ada yang terkurang, anggaplah ia sebagai satu iktibar untuk menjadi yang lebih baik di masa akan datang. saya percaya, disebalik kekurangan yang tidak dapat dielakkan, anda juga mempunyai 1001 satu kebaikan yang disorokkan. malahan hanya sedikit keburukan itu lah yang digembar gemburkan. silalah memandang isu ini dari segi yang paling positif dengan hati yang rendah dan terbuka. setiap perkongsian saya dari part 1 bukan untuk mencari salah tetapi sebagai iktibar dan pedoman di kemudian hari. kaji dan selidiklah puncanya dari dalam diri tanpa perlu mencari kehinaan orang lain. saya sedar, saya juga manusia yang terlalu banyak khilaf yang mempunyai emosi yang kadangkala tidak dapat dikawal dengan sempurna, maka dengan itu saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas segalanya. perkongsian ini tidak bertujuan untuk memalukan anda.. tetapi ianya sebagai rujukan dan untuk orang lain. saya doakan tuan punya travel agensi yang terlibat mendapat rezeki yang melimpah ruah.. serta dapat membantu lebih ramai orang-orang yang tidak berkemampuan merangkap ibu tunggal untuk datang ke makkah/madinah. teruskan program umrah ini.. cuma perlu masukkan lebih sedikit 'rasa' di dalamnya supaya lebih manis dan indah...rendahkan hati.. saya maafkan anda. tidak ada sebab untuk saya bermusuh kerana tujuannya adalah untuk membuat kebaikan.. sama2 mengejar redha ALLAH swt..
langkah makcik & ezzad menuju airport di iringi dengan sandstorm dan kemudiannya hujan yang sangat lebat! risau hati saya yang ketika itu sama2 berada di dalam kereta menuju ke airport. saya panjatkan doa supaya perjalanan ke airport mudah dah tiba dengan selamat. alhamdulillah hujan tidak lama.. tiba sahaja kami di airport cuaca sudah kembali tertukar terang.. makcik kelihatan gembira dan bercampur terharu kerana beberapa orang rakan-rakan saya turut bersama-sama menghantar beliau dan ezzad ke airport. sengaja mahu mencipta kenangan terakhir bersama.. :)
hujan... air naik di sisi jalan. ada kereta yang separuh tenggelam disitu.. |
miza & kak ton turut sama2 membantu makcik dan ezzat dalam urusan check in.. terima kasih.. |
ezzad sebelum check in.. |
terima kasih abeed yang banyak membantu kami menguruskan beberapa perkara di airport semalam.. :) |
international departure... |
lambaian dan senyuman terakhir! till we meet again... kalau tidak di dunia.. mungkin di 'sana' nanti... ;'-) |
memetik kata 'seseorang'.. saya lah penulis, saya lah penerbit, saya lah yang mengarang cerita dan saya juga yang menjadi watak2 dalam cerita makcik aziah dan ezzad ini... tetapi beliau terlupa sesuatu, bahawasanya setiap plot & konflik di dalam cerita ini bermula dari orang lain. dan jalan cerita itu telah disusun lengkap olehNYA! tidak mengapa.. siapa kita untuk menghukum.. tugas di dunia ini adalah untuk membuat kebaikan.. dan segala hukuman dari ALLAH juga yang selayaknya dan lebih mengetahui..
terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam misi membantu makcik Aziah dari awal.. happy ending mashaallah alhamdulillah.. makcik dan ezzad pulang dengan kenangan pahit yang telah bertukar indah akhirnya... segalanya telah ALLAH susun indah dalam diari kehidupan mereka.. alhamdulillah.. :)
ketika entry ini di publish makcik aziah & ezzad baru sahaja tiba Malaysia... alhamdulillah.. :)
yang benar,
,
si tukang cerita.. ^_^
** Makcik aziah telah pergi mengadap yang Esa pada 18 Ramadan 1437h. ~al fatihah~
Alhamdulillah..semoga mas suami dan rakan2 disana di Rahmati
ReplyDeleteamin.. terima kasih.. :)
DeleteAlhamdulillah..semoga mas suami dan rakan2 disana di Rahmati
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih yang tidak terhingga saya dan keluarga ucapkan kepada mas, suami serta rakan2 malaysians di sana yg telah banyak membantu dr segi tenaga dan juga kewangan..
ReplyDeleteTidak lupa juga kepada dermawan di malaysia atas keprihatinan anda..
Hanya ALLAH SWT shj yg mampu segala jasa baik kalian..
Semoga silaturrahim yg terjalin tanpa disangka ini berkekalan smpai bila2.. insha allah..
Terima kasih mas.. terima kasih atas sokongan dan kata2 semangat yg mas berikan ketika kami sekeluarga risaukan keadaan ibu.. terima kasih sbb sanggup bersusah payah untuk kami sekeluarga utk memastikan keadaan ibu dan ezad disana selamat hgga selamat smpai ke tanah air..
Tidak terbalas rasanya dan tiada ucapan yg dapat diberikan melainkan jutaan terima kasih..
Doakan semoga kami disini murah rezeki agar dapat dijemput menjadi tetamu ALLAH SWT satu hari nanti.. insha allah..
dont mention ein.. semua pertolongan adalah dr Allah.. alhamdulillah ibu ein dah selamat smpai di Malaysia.. kami pun tumpang happy.. :)
DeleteSaya cadangkan Mas bukukan pengalaman ini. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga dengan apa yang telah Mas buat, sebaliknya sebagai panduan kepada mana-mana pihak yang mungkin berdepan dengan suasana yang serupa di masa hadapan kelak.
ReplyDeleteBanyak perkara yang boleh dipelajari dan diambil maklum oleh kita dari episod ini - tentang persediaan sebelum ke tanah suci, tentang penajaan (apa nilai tambah yang patut diadakan), tentang urusan TA (apa yg sewajarnya disediakan), tentang ruang dan peluang untuk berbakti yang Allah berikan, tentang sikap manusia menghadapi situasi begini, tentang urusan visa dan berbagai perkara lagi.
Dalam 6 siri ini pastinya masih banyak perkara yang tidak dapat diperincikan, maka seandainya ia dibukukan, lebih banyak perkara yang baik boleh dikongsikan.
Maaf, saya sekadar mencadangkan.
cadangan yang menarik, haji.. inshaallah sy fikirkan ya.. terima kasih atas sokongan haji dr awal.. saya sgt2 hargai.. 😇
Delete