Friday, April 22, 2016

Makcik Aziah.. semoga ALLAH memudahkan urusanmu... (part 4)

As salam.., 


segala pertolongan dan bantuan hanyalah dari ALLAH swt. sesungguhnya Dia yang maha mengetahui setiap aturan dan rencana dalam kehidupan. siapalah saya untuk menyoal cara dan bagaimana ALLAH mahu menguji hamba-hambaNYA.. dan siapalah kita untuk menyangkal ketetapan ALLAH dengan cara bagaimana dia mahu mengundang sebagai tetamu-tetamuNya.. 

semalam seperti satu perjalanan panjang untuk saya dalam membantu makcik Aziah ini. terlebih dahulu suka untuk saya menyatakan bahawa setiap perkongsian saya di blog ini adalah untuk rujukan dan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada semua penderma yang turut sama2 menyumbang untuk makcik aziah dan turut sama membantu dalam membawa anak makcik aziah ke Makkah.. berita baiknya anak makcik dah sampai malam tadi! dan lebih baik lagi apabila makcik juga sudah dibenarkan doktor untuk keluar dari wad malam tadi. 

panjangnya cerita semalam. macam2 yang saya lalui. selama ini sepanjang saya menetap di Makkah segala urusan berada di bahu suami. bukan tidak pernah keluar masuk hospital. tetapi segala urusan suami yang uruskan. saya tidak ada pengalaman langsung lebih lagi dalam mengurus hal dokumen,form dan sebagainya. memang totally had no idea! ;-) tetapi kali ini suami perlu menguruskan anak-anak makanya setiap urusan dengan makcik di hospital saya perlu cuba untuk selesaikan sendiri.  tengahhari semalam saya dah bertanyakan wakil travel (staff travel yang berada di Makkah) kata mereka, makcik belum boleh keluar wad. mujur staff travel di sini banyak membantu. hari rabu saya tidak berkesempatan untuk melawat makcik. tetapi mereka tetap update pada saya keadaan makcik. alhamdulillah ;) senang sekali dengan keperihatinan staff travel di sini. banyak memudahkan urusan saya. 

lain pula cerita petangnya, dalam perjalanan saya menuju ke hospital, saya mendapat mesej dari anak makcik yang berada di Malaysia yang menyatakan bahawa makcik sudah boleh keluar wad. saya terkejut. dan pihak travel mahu menghantar makcik pulang ke Malaysia secepat mungkin! ketika itu, anak lelaki makcik masih berada di dalam kapal terbang menuju ke sini. saya khabarkan kepada mereka, tunggu sehingga saya datang dan saya cuba untuk menghalang mereka membawa makcik keluar tanpa saya. nasib baik, makcik ingat pesan saya bahawa kami akan menguruskan penginapan makcik andai makcik dapat keluar wad. jadi makcik tidak bersetuju untuk mengikut pihak travel yang seolah berkeras untuk meminta makcik pulang secepat mungkin! 

saya tiba di hospital, pihak travel baru sahaja pulang dan makcik kelihatan sedih bercerita yang pihak travel mahu makcik pulang esok pagi (hari ini) sedangkan anaknya dalam perjalanan ke Makkah. saya cuba menenangkan beliau. kata saya, tidak perlu.. makcik boleh pulang sama-sama ezzad (anak lelaki makcik) nanti. segala urusan saya cuba meminta bantuan pihak konsulat Malaysia. alhamdulillah suami update pada Consulat General Malaysia di Jeddah akan keadaan makcik yang sudah terlebih dahulu maklum tentang kisah makcik sebelum ini. beliau bersetuju untuk memberikan sebarang bantuan. alhamdulillah.. katanya kenapa anak makcik datang dengan visa umrah sedangkan dia layak untuk mendapat calling visa iaitu visa yang membenarkan waris pesakit untuk datang. agak kesal dengan kekhilafan kami here & there dalam mengurus hal ini. saya baru sahaja mengetahui tentang calling visa ini 2 hari lepas dan ketika itu pihak travel agensi di Malaysia sudah dalam proses untuk menguruskan visa umrah untuk anak makcik. pelik kerana pihak travel juga tidak memaklumkan kami akan visa ini. saya anggap mereka tidak tahu sahaja sebab tidak mahu terus menerus mencari salah. 

bermulalah 'drama' saya apabila saya baru sedar yang makcik masih dalam pakaian hospital tidak ada baju lain. selipar ataupun kasut juga tidak ada! bagaimana mahu keluar dengan baju hospital ini. wheel chair juga tidak ada.. makcik masih lemah untuk berjalan  jauh..  tidak mahu menunggu lama, saya terus memaklumkan rakan-rakan di sini. minta sesiapa yang free untuk hantar jubah dan wheelchair untuk makcik. Mashaallah seronok sekali apabila rakan-rakan juga sangat2 membantu dan sentiasa menyokong. Kak ina datang dengan jubah dan tudung. siap buat immediately alteration apabila jubah yang beliau bawa agak labuh untuk makcik. dah bawa jarum & benang siap2! hehe.. saya pula pergi membuat beberapa urusan untuk discharge. sementara itu Kak Wina sudah menunggu di luar bersama-sama driver beliau untuk bawa kami ke hotel. dalam kekalutan saya menyelesaikan urusan di hospital, ALLAH anugerahkan saya 2 orang nurses yang banyak membantu! sister amani (saudi) dan juga sister khadijah (philipine)... mashaallah tabarakallah banyak yang mereka tolong. katanya ingin sama-sama berkongsi pahala membantu makcik. :'-) tanpa mereka berdua, pasti saya terkial2 untuk membuat urusan.. 

sebelum keluar sempat sister khadijah membawa saya melawat seorang nenek  yang mempunyai sakit yang sama seperti makcik. baru sahaja masuk wad ketika itu dan masih dalam keadaan kritikal serta berhalusinasi kerana terlalu banyak toksin di dalam badan. kata sister khadijah, nenek ini dari Egypt dan dtg umrah bersama 2 orang anak lelakinya. sedih saya melihat keadaannya ketika itu. hampir menitiskan air mata.. katanya lagi, keadaan makcik ketika sampai hospital juga begitu.. sangat kritikal.. tetapi hari ini dia sudah kuat dan sihat! kita semua di sini di dalam tanah barakah dan doa itu adalah sebaik-baik jalan atas segala kebuntuan.. ;'-) saya tidak jemu memanjatkan rasa syukur ke dalam hati.. wahai pembaca yang saya kasihi.. doa kita semua telah ALLAH makbulkan.. dengan kesihatan makcik hari ini saya percaya ada doa di antara kita yang didengarNYA dan terus termakbul.. honestly saya tidak mampu sendirian tanpa kalian.. 

phew, (masih panjang ni) sampai di hotel yang di taja sebahagian oleh rakan suami yang merupakan owner travel agensi juga (thanks to him semoga ALLAH melipatgandakan rezeki.. amin) saya menemani makcik menunggu anaknya tiba. makcik nampak sangat gembira. tidak putus bercerita kepada saya. macam2 yang beliau kongsi.. terutama sekali pengalaman berada di hospital.. sementara itu anak makcik yang sepatutnya tiba tidak dapat dihubungi. kata suami, seorang pelajar Umm Qura yang kami minta menjadi mutawif untuk membawa ezzad umrah tidak dapat menghubungi beliau. saya jadi resah. tidak saya khabarkan kepada makcik kerana tidak mahu beliau turut risau. lama ustaz itu menunggu ezzad tidak juga kunjung tiba! rupanya telefon ezzad roamingnya tidak aktif jadi tidak boleh dihubungi ataupun menghubungi kami.. 

suami tiba di hotel jam 12 malam untuk melihat keadaan saya dan nampak seorang pemuda sendirian duduk di atas begnya di hadapan hotel.. wajahnya sugul dan kelihatan sangat penat. lantas suami menegur ezzad kah? entah dari mana suami mengenali beliau. dan ternyata betullah itu ezzad! mashaallah tabarakallah.. rupanya ezzad tidak dapat menghubungi kami.. lantas terus mengambil teksi sendirian dan terus ke hotel. tiba sahaja, beliau sudah rasa helpless dan hanya menunggu di depan hotel memikirkan apa yang perlu dilakukan. ketika itulah suami menegur beliau. katanya baru 2 minit beliau di situ. ternyata kuasa ALLAH melebihi segalanya yang sudah mengatur indah memilih ezzad menjadi tetamuNya dengan cara yang sangat unik. pasti ia akan menjadi kenangan indah untuk ezzad nanti. makcik sangat gembira melihat ezzad muncul di depan pintu bilik. memeluk dan mengucup ezzad berulang kali tidak menyangka ezzad anaknya muncul dalam pakaian ihram. sangat indah moment itu.. tetapi saya tidak dapat merakam kerana telefon sudah kehabisan bateri. sebak dan gembira melihat mereka 'bersatu' di tanah barakah. terima kasih kepada semua yang membantu! 

ustaz mutawif pulang sendirian ke Makkah dan memimpin ezzad menyiapkan umrahnya dan selesai sebelum subuh tadi. alhamdulillah.. sekarang ezzad dan makcik sedang berehat di bilik. :).. makanan juga di sponsor.. full board lagi alhamdulillah.. 


laporam medical dari doktor dihantar oleh wakil agensi pada saya melalui whatsapp. thnks hj.ibrahim! 

dalam sedih dan air mata bercerita pada saya.. 'makcik taknak balik esok... makcik nak balik sama2 dengan ezzad.. eh sedap pulak nasi goreng yang eira masak ni." hehe... 

kak ina datang bawakan jubah untuk makcik..

dah try.. labuh sangat... sempat kak ina buat alteration.. hihi.. hebatlah kak ina mashaallah! terima kasih kak ina banyak bantu eira semalam.. tumpang duduk di wheelchair .

happy sangat makcik dapat keluar wad.. 

tergambar kegembiraan alhamdulillah.. 

semasa menemani beliau di bilik.. makcik sudah boleh solat tahajud berdiri.. sepanjang malam semasa ezzad sedang umrah.. makcik juga tidak tidur.. kata makcik.. dah puas berehat di hospital..


ada 3 perkara yang membuat saya agak 'ralat':

pertama, terlupa nak mengambil gambar nurse amani dan khadijah yang menjaga makcik dengan penuh kasih sayang.. :( tiada gambar kenangan bersama mereka.. 

kedua, tidak bertindak lebih awal untuk memastikan ezzad datang dengan calling visa. kepada semua yang membaca kisah makcik aziah... kita sama2 aware ya selepas ini kalau ada sesiapa yang datang umrah dan sakit di hospital, waris pesakit boleh datang dengan calling visa. hospital akan keluarkan surat yang meminta waris untuk datang. dan untuk travel2 agent yang mungkin tidak tahu walaupun mereka sepatutnya tahu, jelas dan nyata melainkan mereka yang buat2 tak tahu.. ;) 

ketiga, tak dapat ambil gambar ezzad tiba malam tadi. sebab phone habis bateri.. ;( 

akhir sekali.. nak berterima kasih kepada semua yang turut sama membantu saya.. nak buat special thanks untuk staff2 travel agent di Makkah yang kelihatan begitu tulus dan ikhlas membantu makcik aziah dan memudahkan urusan saya.. hj.Ibrahim.. hj. Abdullah.. hj fattah.. hj mahmood.. dan beberapa orang lagi yang saya tak tahu nama... terima kasih malam tadi terus hantar beg2 makcik ke bilik hotel.. hj fattah menunggu di airport walaupun sudah di khabarkan kepada wakil travel di Malaysia bahawa transportation juga diuruskan oleh kami. mungkin ada misscomunication di antara mereka.. maaf.. hj fatah menunggu lama di airport sedangkan ketika itu ezzad sudah selamat tiba di Makkah.. staff2 pihak travel di Makkah ini kebanyakkannya adalah orang-orang Pattani yang tinggal di Makkah dan bekerja dengan travel agent ini. saya dapat melihat keikhlasan mereka bekerja dan turut membantu kami.. alhamdulillah.. 


sampai di sini sahaja untuk hari ini ya... terima kasih... 






yang benar,

49 comments:

  1. Saban hari saya mengikuti kemas-kini penulis, dengan harapan dan debaran. Harapan semoga segalanya dipermudahkan, dan debaran apakah akan berlaku seterusnya, lantaran saya hanyalah pembaca kerdil yang sekadar mampu memanjatkan doa.

    Terlalu besar ruang yang Allah berikan untuk hambaNya berbuat kebajikan; maka siapakah yang mahu menyambut tawaran itu?

    Saban hari dapat diikuti karenah manusia, betapa masih ada ramai insan-insan berhati mulia dan sanggup berpayah demi membantu seorang saudara yang tidak ternama.

    Semoga semua yang tgerlibat diberi rahmat oleh Maha Pencipta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih haji.. saya akan terus update supaya setiap penderma juga jelas matlamat saya dalam masalah makcik aziah ini. harap ianya akan berakhir dengan baik.. inshaallah.. aminn

      Delete
    2. bagus usaha sis update kat sini.
      terima kasih banyak2.
      sangat telus dari hatimu yang tulus.

      Delete
  2. Syabas puan masnira suami n sahabat2. 3 thn lalu Mak mertua Abg sy jatuh sakit di Dubai dlm perjalanan umrah travel agent tggal mcm tu je dihospital Dubai ditemani suami. Alhamdulillah pihak kedutaan Msia yg uruskan rawatan penginapan n penerbang blk. Travel agent kena lebih prihatin CSR bukan tuk umtung semata2.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL! First of all, tak perlu nak defensive sangat. Eira tak sebut sezarah pun nama agency parents kamu. FYI, nobody knows which travel agent pun. Kalau rasa eira salah, PM her instead. Tak perlu nak post sini. Kamu sendiri yang bukak pekung.

      The way you commented pun dah tau how defensive you people are.

      Satu benda nak tanya, kenapa in the end biarkan orang lain yang uruskan Makcik Azizah sedangkan jemaah dibawah tanggungjawab travel agency parents kamu? Dah penat nak layan Makcik Azizah? Sakit hati dengan family Makcik Azizah? So bertindak tinggalkan dia sorang2 kat hospital? Really?

      Your point of explanation kononnya nak clear your mother's name tak relevant langsung. Kenapa saya ckp mcm ni?

      Sebab in the end orang lain yg tolong Makcik Azizah. Bukan mak kamu. Faham?

      So try la explain berhujah mcm mana pun. You will not make things easier. Sb berdiam itu lebih baik. And guess what? Bila kamu post comment mcm ni, orang lagi naik menyampah.

      Kamu cakap Allah swt lebih tahu segalanya kan? So leave it to HIM la. Tak perlu nak gelabah comment dekat blog orang. Kalau eira salah, then percaya pada kifarah je lah. Tapi the way you acted...clearly stated the other way. So do not expect people to be on your side after reading what you wrote.

      Salam.

      Delete
    2. Oh wait. I miss understood rupanya. Your mum bukan from the travel agency and sebenarnya tak perlu pun kamu2 nak gelabah terasa mcm2 bagai. Lol! Ok. Sorry sb igtkan you are from the agency. Tersalah baca reaction kamu. Sb igtkn marah2 sb your mother owner travel agency. Hahaha tersalah rupanya. Oh emm! 😂😂😂😂

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. LOL! Thing is, lepas know WHO YOU ARE I definitely do not understand kenapa you need to be here to kononnya clear things up. Arent you supposed to back eira up? Sebab yg salah dlm situasi ni adalah travel agnecy tu. Bukan pihak your mum kan? So what's the fuss dowh? Gila publisiti ke?

      Kalau rasa orang2 kampung tu tuduh mcm2, pegi la talk dgn org2 kampung. Yang sibuk pi attack blog eira kenapa???

      Nak tanya who am i? I'm eira's sister. Org ckp cubit peha kiri peha kanan terasa. So tak perlu nk point out benda tah pape about my writing. So what kalau salah tulis nama. At least i deliver my point. Daripada you yang tiba2 meroyan dekat blog org yg cuba bantu best friend mak you and said die buat mak you sedih.

      Celah mana yg die buat your mum sedih??? Takde kene mengena la! Yg eira marahkan travel agency tu. Not your mum. She doesn't even know your mum existed pun! This whole story pun takde kene mengena with your mum.

      Kalau you rasa penduduk ipoh tu semua tuduh your mum macam2, pi la berckp dgn penduduk ipoh tu semua. Clear things with them. Or write something on your personal space. Yang pi attack blog org nak buat apa?

      Your mum has done enough. Plus she had no choice but to return home sb travel agency tu bangang tak nak tolong makcik aziah tu. So? Apa yg susah nk tegakkan yg your mum tak salah? Kenapa nak suruh eira remove post? You should thank her for brought this up. Bukan go against her. Faham ke tak faham ni?

      Sb honestly, the way you commented tu yang mcm budak tak habis sekolah. Pikir sebelum buat apa2. Bukan meroyan tak tentu pasal. Orang luar pun boleh faham cerita. Ni diri sendiri sibuk nak create drama. smh

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. says perempuan gila publisiti. lol

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. Sendiri cari pasal. Sendiri create drama. Sendiri yg bukak pekung. Lepas tu sibuk tagih pahala. Mendeeeeeee????

      Delete
    9. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam Sis Suhailyna,

    First of all, thanks for posted your feedback here. At least now we know and could make own judgment on what happened.

    On my side, all the details that mentioned in this blog are based on true experience and what I personally encountered.

    I need put in record that Mak Cik Aziah had never complained about the sponsorship and I believe her relationship with the sponsor and sponsor's family is very good.

    My role in this episodes of Mak Cik Aziah's umrah journey started from my first visit to hospital on last 13-April-2016 afternoon, after been informed by her daughter which happen to be my former college-mate. Whatever episodes before that is none of my business.

    If the cost of transportations to and from hospitals is troubling you, we in Makkah is willing to bear that cost in order the ease your burden. Just PM me the cost and I pass the money to Mak Cik and she will give you once she returns.

    Let me emphasise here that my friends and me in Makkah & Jeddah, is just helping out a helpless person who really needs help. The collection started after the travel agent insisted that the cost of bringing in MakCik's waris should be from the family. We knew the travel agent is more than capable to bear the cost especially the accommodation in Makkah. We knew the travel agent had leased the hotel in Makkah, and to provide just a bed for her son is non issue.

    Within 24-hour for my announcement to Malaysian in Makkah & Jeddah, we able to raise enough fund to support her son to be here.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. Sis Suhailyna,

    All the informations that had been posted in this blog and FB are purposely to update the DONORS which some of them are my FB's followers and Blog's followers other than that are my friends in Makkah and Jeddah.

    I, with utmost responsibility NEVER mentioned who the travel agent is, who the owner of travel agent (aka the rude/arrogant guy) is and who the sponsor is. You may refer from all my posts.

    The informations mentioned are based on true events and backed up with details.

    After vetting through your comment here, I personally believe you have been misinformed again and I not sure for how many times you have been misinformed.

    I suggest you just compare the informations in this blogs and the informations you received from your source.

    I appreciate your kindness in treating and visiting MakCik while your mom and sister were here. Thanks for changing the old bag with the new bag. But she still needs her clothes during discharge which were unavailable during the discharge day.

    We are sorry to here the harsh words and mental torture that the travel agent's staff going through, could be this due to bureaucracy and indecisive manner within their own management.



    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. Sis Suhailyna,

    About MakCik's son Eezad.

    As I mentioned before, we have managed to raise enough fund to support his flight tickets and accommodation for accompanying his mom here.

    The fund raising was required after the owner of travel stated it is not his obligatory to support any family member of MakCik. We do aware there is no specific Act or SOP from our laws and regulations. As such, we initiated the fund raising to help MakCik's son arrive and safely return to Malaysia.

    We do communicate with travel agent through MakCik's daughter to provide us the account details so that the fund transfer can be made. Until now, it is still pending. Again, we believe this due to INDECISIVE manner from the travel agent or the sponsor. We are ready here to transfer the money for the air tickets which was quoted RM2900.00. This cost was originally quoted RM5000.00 by the travel agents. But we do not know how it was reduced. Alhamdullilah.

    We want to transfer the money as quickly as we can, before MakCik return to Malaysia. This to avoid any future accusations or allegations towards Makcik that there is money due to her while she is performing umrah. All must be cleared before she returns.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  12. Cerita sebaran dari pelbagai pihak, saya ikuti perkembangan makcik aziah ini dari pelbagai pihak, pelbagai perspektif di blog dan facebook. setiap satu ada cerita mereka tersendiri jadi sebagai pembaca, saya sendiri tak dapat nak ungkapkan kebenaran setiap satu cuma yang diharapkan sekiranya ada salah faham di antara pihak - pihak yang terlibat dapat diselesaikan secara baik, bertemu muka untuk selesaikan masalah lebih baik daripada menjadi keyboard warrior semata - mata.

    Yang penting dan utama, adalah Mak Cik Aziah dan anaknya selamat pulang ke tanah air dan ke pangkuan keluarga. Segala perselisihan faham di antara pihak - pihak yang terlibat haruslah diselesaikan dalam keadaan profesional dan bukannya sekadar mengikut emosi.

    Pengalaman mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih baik bukannya untuk mempersalahkan mana - mana pihak yang terlibat. Komunikasi yang jelas antara pihak yang terlibat lebih baik daripada hanya menjadi keyboard warrior menguatkan pendapat dan pegangan masing-masing.

    Harap secebis pandangan saya dari pengikut kisah Mak Cik Aziah ini dipandang dan diterima oleh semua pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  13. Why there are comments that have been deleted by the author?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  14. Assalamualaikum, Sis..saya respect sis.Saya rasa kami tak pernah involve mommy and kak sally dalam hal ni.Once dah keluar komen macam ni,I felt like family ni yang buat problems.So kami nak tengok and observe sejauh mana sis boleh komen and told something yang diberitahu.We will comment later after asking opinion from all family members.

    If money and the ticket fee is the problem,we will no matter how...Please give me the account no or I can show up with money at travel agent's office at any time.

    If you need any clarification please feel free to contact me.

    Shahril Azlan Datuk Hj Mhd Subre
    0176579612

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu shahril.. dan makcik tak pernah cerita yang tak baik ttg family ni.. :) thnks shahril.. kita sama2 doakan semoga ezzad & makcik dapat pulang dgn selamat inshaallah..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. baca jalan cerita saya dengan teliti... makcik aziah discharge hari jumaat dan travel agent terus mahu hantar makcik balik pada hari tersebut dan ezzad masih belum smpai ketika itu.

      tiket dan passport belum diserahkan ketika itu. handbag makcik pun entah kemana. lewat malam trsebut baru dpt. saya tanya mana passport dan tiket kepada wakil travel di Makkah, katanya masih dgn muasasah. jadi sehingga kini belum diberikan.

      merujuk pada post saya dlm part 1. pihak agensi mmg mahu saya bertanggungjwb kalau waris makcik datang. (kata owner travel dengan jelas dan marah2 kpd saya melalui perbualan telefon ketika itu). jadi saya maklumkan pada konsulat malaysia di jeddah dan mereka maklum.

      pihak agensi seperti tidak memberitahu maklumat yg sebenar kepada sis Suhailyna.. segala agenda tersembunyi mereka diluar pengetahuan saya. :)

      Delete
    4. opss sorry... makcik discharge khamis malam jumaat. ezzad smpai makkah jumaat pukul 12 malam.. dan selesai umrah sebelum subuh.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
  15. Mas... cer reveal nama travel agency ni mas... boleh lah jadi panduan supaya tak ter kena lat orang lain... huhuhu...

    Cam scary duh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak reveal pun dorang dah defensive.. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  16. To Suhailyna Khairuddin,

    It is better for you to communicate in language which you are familiar with.

    Your writings in English on the above comments made by you are very PATHETIC!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Are you saying thank you? I'm not familiar with your language used.

      But seems that the language that you used from now on. Thanks dear.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  17. Pendek cerita dah tertulis makchik aziah dan Ezzad sampai ketanah suci. Rezeki ezzad..kalau ALLAH NAK JEMPUT TAK ada duit pun boleh sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Nampaknya sis dan orang2 berkenaan masih disebulungi perasaan takut..takut kena jatuh sakit,takut kena tahan imigresen,takut ezad tak bleh survive,takut handle orang arab,takut masuk pintu jemaah haji....takut saja... Serahkan perasaan takut tu kepada Allah.Insyaallah semua dipermudahkan.

      p/s:Setakat pukul 12.40 waktu malaysia,tiada sorang pun hunbungi saya untuk kepastian dan sebagainya.Harap semuanya selesai dan tenang-tenang aja.Ibarat pepatah Greece " sudah dicucuk bontot baru melompat" dan kata pepatah dari adik ipar saya (kredit kepada Khairil Faez).. "sudah dijentik melompat pula...hati tisukah".Terima kasih.

      Delete
    2. depa takut ngan bayang2 kesalahan tu bro... banyak benor kot buat salahnya. pandang rendah sangat kat orang susah, last2 depa nampak kecik je dlam hal ni.

      Delete
  18. To Suhailyna Khairuddin,

    I don’t believe in plastic surgery, but in your case, go ahead..

    You sound better with your mouth closed.. you know why?

    I’ll try being nicer, if you try being smarter..

    Find your patience before I lose mine..

    Don’t take yourself so seriously, no one else does..

    So did you choose today to humiliate yourself in public?

    Before talking please connect YOUR tongue to the brain.. IF YOU HAVE ONE!

    ohhh.. I forgot that you only EXIST when you NEED SOMETHING right??

    KEEP CALM, SIT BACK & ENJOY THE MOMENT.. OK?

    ReplyDelete