Wednesday, March 30, 2016

Cerita Rania dan Doktor Gigi..


Pengalaman Rania dan doktor gigi di sini hampir membuat bonda dan rania agak phobia. sejak gigi rania mula 'tidak sihat', saya dan mr.dada telah mencuba beberapa orang dentist di sekitar makkah ni. bukan semua klinik gigi menerima insurans yang kami gunakan menyebabkan kami perlu mencari hospital yang agak established sahaja. malangnya q di hospital sebegini agak lama.. perlu ada appoinment yang memakan masa berbulan lamanya.. 

suatu ketika, mr.dada bawa Rania berjumpa dentist yang agak bagus hasil kerjanya. walaupun klinik tempat doctor itu bekerja tidak cover insurans yang kami gunakan.. tidak mengapa demi untuk keselesaan rania, kami bayar sendiri sahaja.. kemudian, masa nak follow up check up beberapa bulan kemudian, kami dapati doktor tersebut tidak lagi bekerja disitu.. terpaksa tukar doktor lain dan rania tidak menyukainya.. 

kami cuba mencari dentist yang lain pula.. macam panjang pula cerita rania dengan doktor gigi ni.. macam2 ragam.. macam2 pengalaman yang kami terpaksa lalui.. doktor di sini bukan semua fasih berbahasa english. saya difahamkan mana2 doktor yang graduate daripada negara2 arab, mereka memang tidak fasih berbahasa english kerana mereka belajar di dalam bahasa arab. 

mahu yang fasih perlu cari doktor india ataupun pakistan.. tapi ada kekurangan part yang lain pula. kadang2 saya berbual dengan rakan2 berbangsa lain, sengaja bertanyakan pendapat mereka tentang doktor2 di sini bagi mendapatkan info doktor2 yang terbaik, namun jawapannya sangat berpihak kepada negara asal usul masing2. haha.. ternyata setiap orang mempunyai semangat cintakan negara dan semangat patriotik yang kuat. ;)

pernah bertanya ibu kepada rakan sekolah rania yang bekerja sebagai gynae.. beliau dari egypt dan doktor dari egypt lah yang terbaik dimata beliau. tidak kurang pandangan daripada ibu sahabat rania yang berbangsa india dan pakistan. mereka terus memberikan nama doktor mereka yang bagus! eh, kalau ada doktor malaysia di sini, mesti saya juga akan menemui doktor itu sahaja! (bisik saya di dalam hati sambil senyum sendiri) 

teringat pula doktor yang baik berbangsa egypt yang menjadi doktor saya ketika mengandung dan melahirkan rasyad dahulu. doktor itu sangat baik. walaupun englishnya tidak lancar, beliau cuba sedaya upaya bercakap dengan kami.. sense of humor pun boleh tahan! suaranya yang kuat bergema seluruh bilik kecil itu setiap kali check up.. saya dan suami sering keluar dari bilik doktor dengan senyuman di wajah. sedikit sebanyak beliau mampu 'memaniskan' hari kami selepas kepenatan menunggu agak lama.  


ok, berbalik kepada cerita doktor gigi rania... suatu hari tampalan pada gigi rania tertanggal. sebelum sakit, saya perlu membawa rania berjumpa dentist. kami pergi berjumpa seorang dentist wanita. klinik disitu agak besar di kawasan Awali.. ada disediakan dentist bahagian wanita dan lelaki. tempat menunggu agak selesa dimana dipisahkan terus lelaki dan wanita. seronok kerana bilik2 doktor gigi bahagian wanita berada di dalam bilik menuggu bagi wanita. 

walaupun kami perlu membayar amount yang 'agak mahal'. tidak mengapa. yang penting rania tidak sakit dan selesa sepanjang rawatan. malangnya, doktor itu tidak bagus, dia berjaya meninggalkan luka dan phobia yan paling dalam di dalam hati rania sehingga saya mengambil masa yang agak lama  bagi menyakinkan rania untuk bertemu doktor gigi lagi. 

apa yang dah doktor itu lakukan? proses bius menggunakan jarum besar sangat menyakitkan rania sehingga rania menangis tidak berhenti. juga hidung rania berdarah selepas proses itu! saya terpaksa memegang Rania agak kuat supaya prosedur terus dijalankan selepas suntikan bius. doktor itu juga agak panic selepas itu dan tidak dpt melaksanakan tugas nya dengan baik. sambil beliau letakkan filling, beliau menjerit2.. "khallas rania! dont cry rania! i promise u after this there is no more pain! dont cry rania! u are good girl" ye, kata2 yang positif, tetapi gaya percakapan yang menjerit2 dan mengherdik2 sehingga sakit gegendang telinga saya yang sedang memegang rania kuat ketika itu. terpaksa memaksa rania meneruskan prosedur dengan hati yang remuk dan bersalah kepada rania. saya keluar bilik doktor tersebut dengan hati yang sebal. sempat saya kata kepada beliau.. 

'i never see my daughter going through this kind of thing,  make me so much hurt to see her condition.. i think u are not a good dentist.. u cant control ur mood also.. thats not good especially for the kids... i advice u not to do that again! and i'll never see u again.." dia masih mahu cuba mempertahankan diri.. saya terus keluar dan berlalu pergi.. malam itu rania demam dan mengigau.. :( saya juga tidak keruan terasa sangat bersalah kepada rania.. 

tidak jemu saya mencari maklumat sehingga terbaca tentang paediatric dentist. kemudian kami bawa rania menemui seorang paediatric dentist di GNP hospital, jeddah. saya baca review dan tanya beberapa rakan lain, katanya beliau sangat bagus, nasib masih tidak berpihak kepada kami apabila terlalu panjang waiting list nya. harus menunggu berbulan2... 

dan akhirnya pergi menemui paediatric dentist di IMC hospital, Jeddah dan inilah yang terbaik alhamdulillah... setakat ini dah 2 kali appointment rania dengan doktor samah ini. rania sangat suka dan selesa.. juga berjaya melalui tempoh rawatan dengan baik dan tenang sahaja.. alhamdulillah.. akhirnya pencarian kami selama 2 tahun berakhir.. try & error juga sudah berakhir dengan baik. yang paling penting dapat kembalikan keyakinan dan keberanian rania untuk berjumpa dentist. bukan senang! macam2 saya buat... macam2 cerita, macam2 auta.. hehe.. 

gambar dari instagram saya... rania bersama doktor gigi 2 tahun lepas.., kami datang lagi beberapa bulan kemudian doktor ini tidak lagi berada di klinik itu... di fahamkan dah bertukar ke klinik lain. walaupun beliau bukan pedo dentist tapi layanan nya sangat memuaskan! 

International Medical Center, Jeddah.. 
gambar jadual berus gigi rania... perlu lengkapkan dan next check up akan dapat special gifts from doctor. excited rania setiap kali selepas gosok gigi... mr.dada yang temankan rania sepanjang rawatan, bonda agak phobia nak temankan lagi.. minta mr.dada ambilkan gambar.. tetapi kata mr.dada doktor tak izinkan.. its ok yang penting.. gigi rania cantik dan tak sakit sepanjang rawatan! sakit mcm kena gigit nyamuk je katanya!






kebetulan dah buat entry tentang doktor gigi ni, saya nak share tips2 untuk bawa anak jumpa doktor gigi. tak semua anak2 sama.. kadang2 setiap anak ada cara yang tersendiri untuk approach mereka. ini tips yang saya gunakan sepanjang memujuk anak untuk berjumpa dentist.. 

1) terangkn kepada anak kepentingan jmpa doct gigi. boleh bercerita tentang peranan dan tanggungjawab doktor gigi. tak semestinya dah sakit baru nak jumpa. pergi dari awal seeloknya selepas semua gigi susu dan keluar untuk tahu perkembangan gigi anak2 dan cara penjagaan gigi yang betul.  

2). bawa berjumpa doct yg betul. ini penting! jangan jadi macam saya.. perlu bawa jumpa paediatric/pedo dentist. mereka sgt pro tackle anak2 kita. silap dentist boleh jadi trauma anak2 kita. 

3) bawa anak bersama apabila kita melakukan prosedur ringan dgn dentist seperti scalling.. yang ni saya dah biasakan rania ikut saya semasa umurnya 2 tahun lagi. biasakan dia dengan bilik rawatan.. kalau rawatan yang berat2 tu janganlah bawa ok. takut pula anak kita tengok nanti. 

4) tunjukkan video keburukan/akibat tidak menjaga gigi dgn baik.. ini senang. buka je utube ada banyakkk video yang seram2 sikit kalau tak jaga gigi dengan baik.. 

5) kaji sedikit latar belakang doktor.. seeloknya baca review ttg doktor berkenaan ataupun tnyakan kawan2 yang pernah berjumpa dgn doktor tersebut. 

6) pastikan kita berbual dgn doktor tersebut terlebih dahulu utk meyakinkan anak bahawa kita meletakkan dia pada 'tangan yang baik'. 

7) pastikan kita memberitahu doktor sedikit sebanyak karektor anak sebelum memulakan prosedur supaya doktor lebih bersedia akan sebarang kemungkinan.. contohnya: anak yg manja, sakit sikit dah nangis padahal tak sakit sangat (drama queen) atau berani terlebih dan tahan sakit, atau cepat panic, atau suka menjerit..

8) terangkn serba sedikit dgn anak ada ttg prosedur yg akan di lakukan supaya sudah ada sedikit sebanyak gambaran.. contohnya cerita macam mana pengalaman kita melalui prosedur yang sama dengan jalan cerita yang tidak menakutkan.. doktor yang baik juga biasanya akan menerangkan prosedur rawatan kepada anak2 terlebih dahulu sambil menunjukkan tools yang digunakan. kecuali jarum utk bius! ;) 

9) tidak digalakkan bg anak tonton video semasa prosedur megelakkn anak takut.. plss.. jangan bg tengok pulak video macam mana org tampal gigi contohnya. memang akan menakutkan anak2! 

10) biasanya doktor yang bagus akan xray gigi bagi mengetahui secara detail dan jelas kedudukan gigi dan rawatan yang akan di lakukan.. 

11) ajar anak isyarat sepanjang sesi rawatan seperti kalau sakit angkat tngan.. sakit sikit tunjuk 1 jari, sakit sangat tunjuk 2 jari, tak tahan sakit sila jerit! (contoh) haha 

12) mcm doktor samah ini  akan berbual2 dengan rania sepnjg prosedur., siap suruh main games pejam mata paling lama, bayangkan ada rama2.. masa nak cucuk tu.. mcm2 trick yang beliau guna.. jarum untuk bius ataupun dia panggil 'sleeping juice" nurse akan hulurkan kepadanya melalui bawah kerusi supaya anak tidak nampak.. dan mana anak2 yang tidak boleh tolerate dengan jarum ni mereka akan bius guna gas. tapi itu jarang2 digunakan kerana doktor yang betul2 berkelayakan sahaja boleh lakukannya... 

13)  jangan berhenti berdoa  dan ajar anak zikir2 mudah untuk kurangkan nervous dan sakit. sangat berkesan pd rania untuk kurangkan phobia dia.. ;) 

14 ) akhir sekali, saya biasanya akan reward something dan compliment rania sebelum dan selepas prosedur di jalankan., 

itu sahaja tips yang saya gunakan untuk membawa rania berjumpa dentist.. selepas dia dah trust memang agak mudah. dia sendiri yang excited dan tak sabar nk jumpa sebab menunggu special gift yang doktor akan bagi. :) 




sekian sahaja kisah suka duka rania bersama doktor gigi di makkah dan jeddah! semoga dentist ni berkekalan sampai rania tumbuh gigi kekal nanti.. amin.. 



salam sayang!
     

No comments:

Post a Comment