As salam...
isteri yang selalu culas basuh baju, :p
jarang sekali saya menulis tentang suami.. tentang perihal rumahtangga... bagi saya hubungan saya dan suami biarlah menjadi rahsia kami.. kerana bukan semua orang senang melihat kita bahagia dan mungkin ramai yang bertepuk tangan apabila melihat kita menangis duka. hati manusia tak siapa boleh meneka..
tapi hari ni, sempena ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 8, bagi chance la ya! ;) nk cerita serba sedikit suka duka kami... elehhh. baru 8 tahun je pun.. orang lain tahun 80 tahun kawen pun ada xde sebok nak buat entry khas... mihahaha... xpe lah.. kita feeling2 sendiri2 je. tapi kalau siapa tak baca rugi.. hehe..
tiada apa yang terlalu istimewa hari ini.. sama je seperti hari2 lain.. suami saya mungkin sama juga macam orang lain. bukan semua yang dalam hati kita dia faham. ada ketika gaduh juga. bukan gaduh2 manja... gaduh2 perang pun pernah.. :p
tapi untungnya duduk kat saudi ni.. lagi2 di dalam tanah haram.. hikmahnya banyak... lagi2 dalam hubungan suami isteri... kita cepat mengalah.. lembut hati dan cepat berbaik sebab kita terlalu takutkan dosa yang berganda di sini.. :( kadang2 saya cakap pada suami...
"b boleh lahh... eksyen kan... mentang2 lah kat sini eira tak boleh keluar sendiri.. tak boleh drive.. tak boleh nk lari ke mana-mana.. kita merajuk pun tak nak pujuk. buat dekkk jek.."
"eh..la... tengah merajuk ke.." itu yang dijawabnya... baiklah tak yah merajuk buat penat je. nasib baik lama tak tengok drama melayu yang hero drama semuanya lelaki romantis tersangat. kalau tak penat je feeling sorang2.. hihi..
then bila kami duduk jauh dari keluarga ni segala urusan rumahtangga kami kena selesaikan sendiri.. lebih lagi urusan anak2.. tiada bantuan ataupun campurtangan dari mana2 keluarga terdekat. kadang2 keluarga tak tahu pun apa masalah yang kami hadapi kat sini. dari situ, kami cepat matang dan cepat memahami di antara satu dengan yang lain. dah boleh baca apa yang suami suka atau tak suka. dah boleh baca mood suami macam mana.. kalau nak minta apa2 tu macam mana nk 'goreng'.. masa dan mood yang tepat!
ingat lagi masa saya tinggal di Malaysia dulu.. waktu mengandungkan Rania.. tengah malam nak makan macd.. teringin sangat! kejutkan suami dia tak nak bangun.. saya merajuk.. ambil kunci kereta beli sendiri.. lepas tu lari kat rumah makcik tak jauh dari rumah kami.. kat sini.. saya tak boleh buat macam tu.. cari pasal namanya.. kalau marah sangat.. lari la duduk bawah katil ke.. bawah kerusi ke sorang2 (ok, yang ni tipu) sbb nak lari keluar tak berani... nak marah2 suami takut dosa.. nak merajuk lebih2 risau anak pun terikut.. ALLAHU.. dah 5 tahun kami kat sini.. rupanya ALLAH mengubah kami secara perlahan.. kami tak sedar pun.. bila fikir2 balik sikap masa awal kahwin dulu dengan sekarang memang jaaauhhh sangat berbeza.. kami tidak lagi buat sesuatu perkara suka hati.. kena fikir panjang.. fikir baik dan buruk.. terima kasih Ya ALLAH.. akan hikmahnya yang dahulu saya tak nampak.. tetapi lama kelamaan saya faham dan bersyukur...
kalau dahulu ada ketika perkara yang saya lakukan adalah untuk menarik perhatian suami.. untuk dia lebih sayang dan menghargai.. tetapi sekarang prinsip saya dalam perkahwinan ini mudah. setiap apa yang saya lakukan dalam rumah ni adalah ikhlas kerana ALLAH.. kerana saya percaya kita meletakkan ALLAH sebagai pilihan utama nescaya ALLAH akan menghadiahi apa yang kita hajatkan.. cuma cepat atau lambat sahaja.. kadang2 saya penat dengan urusan rumahtangga.. kalau suami tak nak tolong saya ikhlaskan hati.. fikir semua ni ada ganjaran pahala yang menanti.. lagi2 di sini.. pahalanya pasti berlipat kali ganda... (kalau suami baca ni.. mesti dia kata saya tipu sbb saya selalu minta tolong dia juga.. muncung juga kalau penat.. tapi muncung2 pun ikhlas tauu... :p) nasib baik suami rajin menolong.. lagi2 urusan anak2... alhamdulillah.. :)
saya faham suami selalu penat sbb di sini segala urusan di luar rumah terbeban di bahu beliau seorang. dari pagi... hntar rania ke sekolah.. pergi office.. lunch time ambil rania.. then balik office semula.. tetapi malam hari tetap layankan saya dan anak2 keluar.. kadang2 beli barang dapur.. kadang2 jumpa jemaah yang datang. hari2 jadual suami sangat penuh! tetapi jarang sekali beliau merungut.. penat sikit2 itu adalah.. saya belanja je secawan kopi!
saya selalu membaca status supermom di Malaysia buat macam2 kerja sehari-hari.. tetapi kami kat sini ada superdad! tiada pilihan di sini.. kalau tiada pemandu peribadi suami itu harus menemani isteri kemana2 sahaja... lebih lagi kita kan foreigners... macam2 dugaaan.. alhamdulillah kami berjaya juga bersama2 menempuhinya walaupun adakalanya bertikam lidah! haha.. semua itu dah jadi pengalaman manis.. dialah sahabat baik untuk berkongsi semua cerita.. kami tiada rahsia.. sentiasa berkongsi rasa. walaupun dah 8 tahun ada sahaja cerita untuk kami bualkan sampai ketawa guling2.. lagi2 bila anak2 dah tidur lewat malam dan kami suka curi masa tu utk minum coffee, makan biskut dan berbual sampai subuh! kadang kala mata xlarat nak angkat pun saya masih layankan cerita suami walaupun cerita itu selalu diulang2.. saya dah hafal pun.. tapi saya buat2 juga excited macam pertama kali dengar. begitu juga suami.. tetap masih sudi menjadi pendengar terbaik walaupun cerita yang baru saya cerita semalam.. hari ni beliau dah lupa..
dah 2 hari rania siapkan anniversary card untuk bonda & dada... punyalah comel cardnya mashaallah.. tak sabar2 dia nak bagi.. terima kasih sayang... bonda & dada appreciate sangat.. bila tnya rasyad, "ada apa2 tak untuk bonda & dada?" dia jawab.. "hugs & kisses je boleh tak?"
terima kasih YA ALLAH.. untuk 8 tahun yang penuh suka duka ini.. untuk kebahagiaan yang kami nikmati hari ini.. untuk kehidupan yang kadang2 perih dan payah.. tetapi tetap gigih berjalan atas redhaMu.. untuk ujian nikmat dan kesenangan dalam kerinduan pada keluarga tersayang.. untuk nikmat beribadah di dalam tanah barakah yang indah.. untuk setiap hela nafas yang kami pinjam dariMU.. untuk senyuman mahupun tangisan yang menjadi asam garam dalam kehidupan rumahtangga.. untuk kasih sayang yang tak pernah pudar... untuk setiap perjalanan hidup yang Kau aturkan.. hanya Engkau yang maha mengetahui... rendahkan hati kami ya ALLAH... jauhi kami dari kufur dengan nikmat dunia... pndanglah kami Ya ALLAH... jangan Kau tinggal.. jangan Kau jauhkan.. jangan berhenti dari membimbing dan memberi hidayah kepada kami.. ALLAHU.. dalam setiap degupan jantung yang Engkau hadiahi.. aku ingin sekali memohon agar kehidupan ini menjadi kehidupan yang berkat dalam rahmat dan redhaMu... amin ya rabbal alamin.. :(
isteri yang selalu culas basuh baju, :p
Happy anniversary mas..tahniah..baru 8 tahun..Alhamdulillah mas banyak bersabar dan beruntung berada di bumi barakah.semoga kekal bahagia walau dimana saja mas berada
ReplyDeleteHappy anniversary mas..tahniah..baru 8 tahun..Alhamdulillah mas banyak bersabar dan beruntung berada di bumi barakah.semoga kekal bahagia walau dimana saja mas berada
ReplyDelete