Tuesday, March 8, 2016

Apabila sudah mendapat jemputan dariNya..


As salam...,
sepanjang menjadi ahli Makkah... sudah ramai tetamu2 ALLAH yang menghiasi kehidupan saya di sini. Allahuakhbar... seronoknya melayan tetamu-tetamu ALLAH ini. daripada keluarga terdekat,  keluarga terjauh, kawan2, kawan kepada kawan, saudara kepada kawan, kawan kepada saudara, kawan ibu bapa.. yadayadayada.. pendek kata aishh memang ramai lah yang telah kami jumpa di sini. daripada golongan VVIP sampailah kepada kenalan alam maya.. yang tidak pernah bersua muka sebelum ini. kelebihannya kelompok sahabat-sahabat saya menjadi bercambah kepada satu kumpulan besar yang sangat-sangat istimewa di dalam hati. anda semua yang telah menemui saya di kota Makkah ini telah saya abadikan di dalam kenangan terindah saya meniti hari2 di bumi barakah ini. tempat untuk saya berkongsi kasih dan mampu mengurangkan rasa homesick saya alhamdulillah. sungguh, setiap pertemuan itu ada cerita yang tersendiri. saya gembira dan saya berharap anda begitu juga. 

Dalam beberapa hari lagi, kehidupan saya di sini sudah menganjak ke 5 tahun. satu jangka masa yang bukan sekejap tetapi lama... sehingga anak2 saya sudah pun selesa dengan kehidupan di sini. rasyad yang sememangnya lahir di Makkah lebih lagi kerana dia tidak pernah merasa kehidupan ditempat lain. kalau ada pun hanya sekejap ketika pulang bercuti ke Malaysia atau ke tempat lain.

tetamu umrah silih berganti... saban hari.. keluarga terdekat saya juga alhamdulillah sudah menjejakkan kaki ke makkah dan madinah.. kecuali MAK saya.. tahun lepas abah sudah datang tanpa mak. ibu mertua juga sudah sampai ketika saya masih di tahun pertama di Makkah. saban hari doa saya panjatkan supaya mak saya mahu datang.. sahabat-sahabat mak di kampung sudah beberapa orang datang menemui saya.. setiap kali bertemu pasti bertanyakan "kenapa tidak bawa mak datang sini?" saya hanya tersenyum tidak menjawab. bagaimana mahu saya jelaskan bahawa setiap kedatangan di kota suci ini adalah dengan jemputan dari ALLAH. jika Dia tidak mengizinkan bagaimana mahu terbuka hatinya untuk datang? 

doa saya tidak pernah padam.. lebih lagi apabila abah datang untuk pertama kalinya pada tahun lepas. selepas tawaf untuk umrah yang pertama, abah menangis memeluk saya.. katanya.. "doakan supaya mak dapat datang juga.." 

kemudian pada musim haji yang lepas.., (perjalanan haji saya tahun lepas ada tercatat di dalam buku travelog saya embara kasang diselimuti oasis. jangan lupa dapatkan di kedai buku berhampiran anda ya! sempat promote. eh. ) ok sambung... ketika saya di dalam perjalanan menuju ke arafah.. saya menelefon mak, seperti tahun2 sebelum itu untuk bertanyakan kalau ada kiriman doa dari mak & abah. mak menjawab "doakan mak supaya ALLAH mudahkan untuk mak datang umrah." terlalu ringkas dan pendek senarai doa mak. tetapi mampu membuatkan hati saya berdebar-debar.. dan hampir menitiskan air mata... saya tahu mak sudah lama berhasrat mahu datang.. tetapi mak belum di jemput. bagaimana mahu melawan takdir ALLAH? melainkan dengan doa yang berterusan?? mak juga kelihatan tidak selesa apabila setiap kali mak di asak soalan "kenapa tidak mahu datang umrah? ada anak dan menantu di sana kan senang." 

alhamdulillah.. ALLAH makbulkan doa kami sekeluarga apabila mak berjaya menjejakkan kaki ke madinah dan makkah pada bulan lepas... cepatnya ALLAH makbulkan doa abah... kata abah ketika bersama-sama datang untuk kali ke 2 untuk menemani mak. turut serta adalah adik bongsu saya. sungguh mak & adik bongsu sangat akrab sehingga mak meletakkan syarat yang mak tidak mahu pergi jika adik tidak ikut..

pemergian mak bersama-sama dengan keluarga sepupunya.. kesemua mereka adalah seramai 13 orang. tiada apa lagi yang saya terlalu inginkan melainkan melihat mak & abah sudah selamat mengerjakan umrah dan doa saya akan berterusan sehingga mereka dapat mengerjakan ibadah haji kelak. inshaallah.. 

sungguh aturan ALLAH itu sudah sempurna dan indah. mak datang ketika beliau betul2 bersedia dan sepenuh hati untuk datang.. apabila ALLAH sudah mengizinkan nescaya semuanya akan jadi mudah. 

jangan persoalkan kenapa seseorang itu tidak terbuka hatinya untuk mengerjakan ibadah umrah... jangan memandang rendah kepada orang yang kelihatan lebih daripada mampu untuk pergi menunaikan tuntutan umrah tetapi memilih destinasi yang lain sebagai tempat percutian mereka, jangan pernah memandang serong tanpa mendoakan supaya ALLAH menjemput mereka.. supaya ALLAH membuka pintu hati mereka.. supaya ALLAH memberikan mereka peluang untuk menikmati perjalanan menjadi tetamuNYA yang nikmatnya tidak sama dengan bercuti ke tempat lain... jangan pernah membezakan kelebihan  diri kerana sudah selesai umrah mahupun haji.. kerana apabila ALLAH sudah membuka pintu hidayah dan jalan untuk menjadi tetamuNya.. orang itu mungkin akan jadi lebih baik dan sempurna amalannya berbanding kita... jangan jemu mendoakan walaupun orang itu tiada apa2 pertalian darah pun dengan kita. kita semua hamba ALLAH.. kita semua sama di sisi ALLAH nanti. apa yang membezakan adalah amalan semasa di dunia ini. kita tidak tahu amalan orang lain. mungkin lebih banyak dan sempurna berbanding diri sendiri.. ALLAHu..semoga ALLAH jauhi kita dari sikap lalai dan mendabik dada... dari benci membenci dan berprasangka... tetapi jadikan kita orang yang saling mendoakan.. yang saling melakukan kebaikan.. walaupun terasa diri tidak layak mendoakan untuk orang lain, saya tetap mendoakan.. kerana.. tidak salah mencuba.. mungkin ALLAH akan pandang doa manusia yang banyak dosa ini. :-( 

mak... selepas memasuki raudah... saya berkesempatan menemani mak berdua masuk ke dalam raudah. pasti mak terkejut melihat keadaan disitu.. nasib baik ada anaknya yang urat besi tulang dawai ni tolong jagakan! walaupun hampir tumbang dlm kesesakan. hehe

bergambar kenangan ketika makan malam di rumah saya. alhamdulillah dapat menjemput semua makan di rumah walaupun last minutes driver coaster tak nak hantar sbb katanya tidak termasuk dalam pakej. jadi mereka terpaksa datang dengan  menaiki teksi! mereka semua adalah keluarga sepupu mak.. ayah de, encik.. anak, menantu dan cucunya... YB Dato Shahaniza (anak), Dato anandzackery (menantu dan turut serta ibunya.) paling istimewa apabila sahabat baik Dato Shahaniza iaitu YB Dato Mas Emieyati juga turut datang bersama-sama suami dan adik beliau. 

mak & abah.. 



ada banyak cerita suka duka sepanjang perjalanan umrah ini. tidak kurang dengan ujian yang terpaksa ditempuhi mereka ketika di madinah dan makkah.. saya ceritakan lebih detail dalam buku saya yang seterusnya nanti ya.. ;)

terima kasih kerana sudi membaca... jangan lupakan doakan sesama kita ok. doakan yang baik2 untuk saya juga... :)) aminnn.. (dah aminkan siap2 doa2 anda..)





yang benar,
anak paling degil dan selalu buat ibubapanya menangis.
tetapi tetap menyimpan hasrat untuk membawa kedua mereka ke tanah suci...


8 comments:

  1. Allahu Allah~
    Seronoknya bila bersama family di sana...
    Seronok baca kisah² dekat sana ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. mmg seronok bila family dtg.. hilang sekejap rinduu.. :)

      Delete
  2. Allahuakbar,semoga Allah swt mempermudahakan dan mendengar doa kita semua...insyaAllah,aamin..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Allah akan permudahkan bagi mereka yang sentiasa sabar dan terus berdoa.. Sungguh mulia hati seorang anak... Setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya .. Cuma kita saja yang tak tahu.. Selama saya ke umrah bersama family saya.. Mak saya , mertua dan adik beradik ipar duai.. Teringin saya berjumpa dengan Puan Masrina.. Walupun baru mula mengenal terasa spt aturan darinya.. Mungkin inshaallah slps saya menunaikan umrah wajib bagiku... Kalau ada jodoh dan rezeki inshaallah berjumpala kita... Insha allah.. Setiap yang kita niatkan Allah maha mengetahui... Sesuatu itu bermula dengan niat dari hati yang ikhlas..semoga keluarga puan Masrina sentiasa diberkati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma ameen.. semoga direzekikan utk berjumpa.. 😊

      Delete
  4. Allahuakhbar...kata2 puan telah membuka kotak pemikiran saya. Syukur Alhamdulillah... ingin sekali menjejakkan kaki sekali ke sana bersama seluruh ahli keluarga jika diizinkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  5. Allahuakhbar...kata2 puan telah membuka kotak pemikiran saya. Syukur Alhamdulillah... ingin sekali menjejakkan kaki sekali ke sana bersama seluruh ahli keluarga jika diizinkan oleh Allah..

    ReplyDelete