Monday, March 7, 2016

Orang Lama Makkah.

As salam.. 

Apabila menyebut tentang orang lama Makkah.. tahukah kalian bahawa di makkah terdapat ramai orang-orang melayu yang sudah lama menetap di sini. ada yang murah rezeki sudah pun mendapat kewarganeraan saudi. ada juga yang masih memegang passport Malaysia walaupun sudah menjangkau puluhan tahun menetap di sini. 

kebanyakkan mereka datang puluhan tahun dahulu dengan menaiki kapal layar ataupun kapal laut dan terus menetap di Makkah. ada yang berkahwin dengan orang tempatan, anak-anak mereka sudah tidak boleh berbahasa melayu dengan baik. namun ada juga yang masih mengekalkan budaya melayu dalam kehidupan seharian mereka walaupun sudah lama menetap di makkah. sudah sebati dengan keadaan di sini... tetapi masih berbangga membawa adat dan budaya kita di kalangan orang-orang arab. 

bukan orang-orang Malaysia sahaja, malahan saya juga kenal beberapa orang 'orang lama makkah' yang berasal daripada patani, indonesia dan singapore. kebanyakkan mereka kurang fasih berbahasa melayu. lebih selesa menggunakan bahasa arab sebagai bahasa seharian. mungkin kerana mereka di lahirkan di sini dan sudah terlalu selesa berada di sini. teringat akan ibu kepada kawan 1 sekolah Rania yang ibunya berasal dari singapore dan ayahnya orang saudi. mula-mula berjumpa saya kebetulan sama-sama menunggu anak pulang dari sekolah. beliau yang menegur di dalam bahasa melayu yang agak pelat dan lambat2 sangat menarik perhatian saya untuk mengenalinya lebih rapat lagi. alhamdulillah pertemuan tersebut mengizinkan saya untuk bertemu ibunya yang sangat2 teruja untuk berjumpa dengan saya! macam2 yang kami bualkan. walaupun bukan 1 negara yang sama. masih sama2 orang melayu. :) 

lebih istimewa nama2 mereka juga turut dikenali dengan nama2 tempat asal mereka. contohnya.. hassan al kadah (kalau berasal dr Kedah lah), mohammad al patani, husni al banjari... dan macam2 lagi.. 

panjangnya pengenalan... sebenarnya saya nak kongsi cerita makan malam kami di rumah orang lama makkah ini. mereka adalah pasangan Hj. Kamil & Hjh Sharipah. Hj.Kamil sudah mengjangkau 56 tahun menetap di Makkah setelah mengikut kedua ibu bapanya yang berhijrah ke sini ketika umurnya baru 9 tahun. kemudian apabila dewasa beliau dijodohkan dengan puan. hjh sharipah oleh ibunya bagi mengekalkan 'darah melayu' yang ada pada di dirinya. alhamdulillah hj.kamil dan hjh sharipah sangat2 'melayu' walaupun sudah lama menetap di sini. susun atur rumah, makanan, layanan serta kemesraan yang ditunjukkan membuat kami terasa seperti sedang berada di Malaysia. saya sudah agak lama mengenali hj sharipah atau saya memanggilnya 'kak pah' ini. sudah beberapa kali berkunjung ke kediaman beliau. 

kalau bertanya kepada kepada Hj. Kamil tentang kedua anak mereka boleh berbahasa melayu lagi atau tidak kerana keduanya lahir dan membesar di Makkah, pasti Hj. Kamil akan menjawab. 

"di rumah kami ada cermin, kami boleh melihat diri sendiri yang kami bukan orang arab. tetapi orang melayu." 


makan malam kami dengan beberapa rakan yang lain sangat meriah dan alhamdulillah makanan yang dijamu sangat enak tidak terkata mashaallah. :) kakpah masak mee rebus pulau mutiara. terasa seperti betul2 makan di penang bak hang. eh.. terlupa nak bagitahu yang kakpah memang berasal dari Pulau Pinang. makan2 kami diserikan lagi dengan potluck kuih muih yang kami bawa. memang macam2 juadah yang mengundang saya makan tidak berhenti, kemudian barulah rasa risau berat naik lagi. (eh. jadi pantun 2 kerat pula.) 

sedang berbual, Hj Kamil menceritakan tentang hobi beliau yang suka mengumpul stem. mashaAllah memang banyak koleksi nya dari zaman sebelum saya lahir dahulu.. seronok membelek album-album stem beliau yang sangat banyak. koleksinya bukan hanya dari negara saudi dan malaysia sahaja, malah dari seluruh dunia! teruja saya melihat koleksi2 tersebut. tak boleh nk lebih menaakur apabila 2R pun sama teruja juga. sebelum apa2 yang lebih buruk terjadi lebih baiklah saya simpan semula di dalam kotaknya nya.. 




di antara makanan terhidang mashaallah sedap tidak terkata... lazziz..lazzizz... kata orang arab! 

ladies... :) 

ladies lagi.. hjh sharipah adalah yang pakai baju pink itu.. 

hj kamil & geng abg haji.. 

nasi kabsah air tangan kak pah terlalu sedap! 

begitu juga dengan air lemon mint ini. sedap sehingga rasyad minum tidak berhenti.. hehe..

sesi menaakul koleksi stem hj. Kamil..

Tn. Haji. Kamil.

rasyad turut sama teruja.. 

di antara koleksi stem yang menarik perhatian saya.. 

tengok tuu... ramai pembantu  yang menawarkan diri secara sukarela untuk menolong!haha.. 

kami pulang membawa perut yang kenyang.. sudahlah kenyang.. dapat bungkus bawa balik lagi! Mashaallah terima kasih yang banyak kak pah & hj.Kamil... tidak dilupakan juga terima kasih untuk anak mereka 'amira' yang turut melayan kami dengan baik... semoga ALLAH melipat gandakan pahala dengan kebaikan yang kalian berikan.. amin... 



yang benar, 
masnira al makkawi,  (eh? )

4 comments:

  1. bestnya tinggal kat sana,hubungan sesama malaysian mesti rapat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sangat rapat.. bila family jauh kawan2 jd pengganti.. 😊

      Delete
  2. salam nak tanya. hj kamil ada pertalian dengan pak lah bekas pm tu ke @ muka serupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya betul mmg ada hubungan persaudaraan.. setiap kali paklah dtg makkah pasti berkunjung ke rumah mereka..

      Delete