Assalamualaikum...
2 malam lepas kami pergi makan di restoran makanan arab ni.. memang agak jarang makan makanan arab sebab dah jemu.. selalunya pergi foods hunting makanan lain.. chinese, western, japan & korea.. or indonesian foods... kadang2 pergi juga try beberapa restoran malay foods yang ada kat makkah or jeddah..
tetapi, 2 malam lepas pergi jumpa kakak dan abang ipar yang datang umrah. jumpa jam 9.30 malam kami ke hotel rupanya abg ipar belum makan lagi.. baru balik masjid dan katanya mahu makan nasi arab kambing. so jomlah kita ke restoran hera yang terletak di aziziah ni..
dalam buku saya Embara Kasang Diselimuti Oasis ada menerangkan bahawa orang perempuan tidak boleh sebarang makan di restoran. perlu cari restoran yang mempunyai family area sahaja.. kenapa? kena lah baca buku. ;-)
kebetulan, semasa smpai di restoran ini bahagian family area kosong.. hanya kami sahaja.. jadi bolehlah saya ambil gambar suasana dalam restoran. selalunya kalau ada family lain saya tak berani nak mengambil gambar sebarangan.. ada sesetengah orang arab ni yang masih konsevatif agak sensitif bab2 ambil gambar ni. silap langkah, boleh jadi gaduh. mereka sangat menjaga kaun wanita mereka.. mengambil gambar kaum wanita mereka sewenang wenangnya beerti kita tidak menghormati mereka. lebih lagi kalau yang tidak memakai niqab. hati2 ya! tetapi ada juga yang sporting dan tak kisah.. tidak semua konservatif..
|
belanja sikit. |
|
jangan lupa dapatkan buku saya di mana2 bookstore MPH atau Popular ya... nak lagi mudah klik sahaja gambar buku pada bahagian kanan page ini.. anda akan terus boleh membuat pembelian online di situ.. |
|
contoh ruang makan family area.. |
|
setiap kawasan diletakkan penghadang untuk memberi lebih privacy kepada setiap keluarga.. |
|
us... muka sebelum dapat makanan... hehe.. |
|
ni my brother in law.. Prof. Madya. Dr. Rustam Abbas... lapar sangat masa ni katanya.. pergi masjid daripada waktu asar sehingga lepas isyak.. waktu ni baru nak dinner.. |
|
hujung sekali tu... my sister in law... Cik Hajjah Rosliya Abbas... sebelah beliau adalah anak saudara kami Naqib, anak kepada kakak mr.dada yang lagi seorang... tidak ikut serta datang umrah.. |
baiklah, semoga mendapat sedikit info dari Makkah ya... bagi yang baru meninjau blog ceritadarimakkah ni, hy..! salam perkenalan dari tuan tanah... salam ukhwah..! :)
yang malu-malu kucing,
No comments:
Post a Comment