Tuesday, March 15, 2016

Usrah bersama Ustaz Syed Mohd Norhisyam. 10 march 2016.

As salam..


sudah lama menginginkan suasana usrah yang begini. gabungan di antara para pelajar di universiti umm al qura dan juga golongan profesional makkah. selalunya usrah kami tidak bergabung dengan pelajar. tetapi khamis malam Jumaat yang lepas usrah yang telah kami rancang 2 minggu sebelum itu alhamdulillah berjaya dilaksanakan. kebetulan ada beberapa orang pelajar baru yang tiba bulan lepas. jadi majlis tersebut juga merangkap majlis suai kenal dengan mereka.. 

diberitakan Ustaz Syed Mohd Norhisyam ada di Makkah kerana mengerjakan umrah.. dengan pertolongan pelajar senior ustaz aswadi, ustaz syed mohd norhisyam sudi untuk berkongsi ilmu dengan kami walaupun saya difahamkan pada awalnya ustaz kesuntukkan masa dan pastinya penat dengan jadual umrah yang padat.. tetapi ustaz masih sudi meluangkan masa bersama-sama kami. terima kasih ustaz! 

lebih istimewa ustaz berkongsi isi ilmu merujuk kepada buku tulisannya yang bertaju '20 Checklist Akhlak'. ada beberapa perkara yang ustaz tekankan di dalam penyampaian beliau. antaranya adalah : 

sabar dan syukur: 
sentiasa sabar & bersyukur dengan ketentuan ALLAH dalam kehidupan kita.. sangat banyak pahalanya.. dan akan lebih mendekatkan kita kepadaNYA.. 

makan daging saudara sendiri:
janganlah kita mengumpat dan melakukan fitnah kerana ianya adalah suatu akhlak yang keji.. walaupun ungkapan buruk itu betul.. ianya menjadi mengumpat... kalau tidak betul akan menjadi fitnah..

muflis akhirat:
orang islam melakukan amal di dunia mendapat pahala.. kemudian melakukan perkara mungkar dengan contohnya memaki hamun orang lain, menabur fitnah dan lain2... di akhirat kelak pahalanya akan diberikan kepada orang yang dianiayanya dulu... jika tidak mengcukupi, dia juga akan mengambil dosa oarang tersebut dan nerakalah tempatnya.... nauzubillah.. 

itu lah serba sedikit ringkasan usrah ustaz... yang diringkaskan oleh kak Fatimah.. bukan saya.. :) 

majlis seterusnya adalah penyampaian cenderamata untuk ustaz.., tandatangan buku dan juga makan2.. 



makanan untuk majlis usrah ini adalah potluck dari kami semua.. makanan lain saya tak nak masukkan gambar.. kecuali satay ni sebab saya yang buat... yang posing sebelah satay tu.. tukang bakar dan tukang makan sahaja.. hehe... tempat pula kami menyewa kawasan rehlah ini dengan bayaran 800 satu malam. tempat yang luas dan selesa serta dilengkapi dengan kemudahan menarik termasuk kolam renang.. 

ustaz Syed Mohd Norhisyam.. 

makan2... 

cenderahati untuk ustaz di sampaikan oleh Hj Azhar...

sedang memberikan tazkirah, ustaz meminta izin untuk mnegambil gambar semua yang berada di hadapannya. katanya mahu hantar terus kepada isterinya.. hehe.. jadi sebahagian daripada kaum bapa memberikan pose menarik dengan memegang buku ustaz.. opss gambar saya ambil dari facebook ustaz.. minta halal ya ustaz! 

sempat saya bertukar buku dengan ustaz... alhamdulillah.. 
terima kasih ustaz.. semoga ilmu yang ustaz sampaikan bermanafaat untuk kami semua di sini.. dan semoga ustaz beroleh umrah yang mabrur dan pahala yang berpanjangan.. amin...

terima kasih juga kepada rakan2 lain yang bertungkus lumus menjayakan majlis usrah kita. alhamdulillah.. semoga ikatan silaturrahim kita berpanjangan dan majlis kita diberkati.. amin.. 






yang juga menulis buku tapi tak famous macam ustaz,

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete